04/01/2007

PINDAH RUMAH

Bersempena dgn Maulidur Rasul ni aku dengan rasminya telah berpindah ke rumah baru.  Nak berhijrah ke service blog yang lain pulak.  Asyik sama je....bosan............hehehe

Semoga sudi berkunjung ke rumah baru aku http://khalsunshine.bravejournal.com

Nama khalsunshine tetap tak ubah......trade mark tu.....sebut je khalsunshine org tau aku....macam farah2u gak....sebut je farah2u.com org tau aku ler tu.....hehe

Selamat tinggal rumah lama.  Kau tetap kukenang.

03/26/2007

Jemputan Ke Majlis Makan Malam

Aku nak jemput semua rakan-rakan & pembaca blog aku ke Majlis Makan Malam bersama Pengerusi Lifecode Resources Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Sulaiman Mohamad berserta dengan Majlis Penganugerahan kepada semua Leader Lifecode kawasan KL/Selangor. 

Di mana?  Bila? Pukul berapa? Berapa kena bayar? Ada dress code ke?

Di Hotel De Palma, Jln Ampang (Grand Ballroom).  30hb Mac 2007 ini.  Jam 7.00 malam (pendaftaran).  Free, tak perlu bayar apa-apa.  Datang tengok kami terima anugerah, dengar ucapan dari mereka yang berkenaan, kemudian makan.  Di samping tu, terdapat pelbagai promosi pada hari tersebut.  Tidak ada dress code untuk para tetamu.  Tapi, jangan ler pakai over sexy plak....hehehe

My wish, kawan-kawan semua dapat hadir terutama Abg Long, Nieys, Eyman Hykal, PB, Amylia......dan ramai lagi la.  Bila dah dtg tu jgn lupa cari aku kat sana.  Ni aku bagi lagi sekali contact no aku....012.256.7454/013.610.7004.  Mana yg aku tak kenal, bole kenalkan diri. Bole la kita pun berkenalan pada hari tersebut.......sambil menyelam sambil minum air.....hehehe

03/22/2007

WEBSITE

I would like to make a little bit announcement here.

My website www.farah2u.com has been updated recently.  Please feel free to browse it.  There are many things for you to choose as well as service.

Thank you for your support.

03/07/2007

MESSAGE FOR AMY........URGENT

Mesej ni aku nak tujukan pada insan bernama AMY...............kalau ikut dia kata dia selalu baca blog aku (seronoknya)...hehe

AMY TOLONG SMS/CALL AKAK. AKAK NAK CONFIRM PASAL SABUN AVEER YANG AMY ORDER JUGA PASAL PERTUKARAN UPLINE.

03/06/2007

SIAPA MEGAT TU???????

Ada sesapa yg kenal makhluk bernama Megat yg bagi komen kat tag board aku tu? Napa dia komen camtu ek? Pengecut kan dia tu?  Bagi komen tapi hide identity.  Aku sebenarnya puzzle sekejap bila baca komen dia tu.

Argh!!!! Lantak la.....malas aku nak layan sebab dah biasa dah jumpa orang2 giler mcm tu. Lantak ko ler Megat nak provoke apa kat pembaca & peminat blog aku ni. Penyokong blog aku kan ramai...........hehehe......Nak saman? Saman ler.....entah apa yg dia ni nak saman aku pun tak tau.  Polis ke dia ni?

Akhir sekali aku nak pesan kat makluk yang bernama Megat ni (kalo dia baca lagi blog aku ni ler)......MIND YOU OWN BUSINESS & BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Eh! Aku rasa aku tau la sapa.....walau tak pernah bersua muka tapi rasanya mcm tau sapa dia ni. Aha....tak tau......aku....biasa lerrr........kan aku punya instinct yg kuat & selalunya betul.

02/16/2007

Mobile Stockist

Alhamdulillah, w.e.f from 18/1/07 ni aku buka cawangan Mobile Stockist (Lifecode) aku di Muar.  The address is, A54, Jalan Tun Perak, Kg Kenangan Tun Dr Ismail II, Sg Abong, 84100 Muar, Johor.  Contact person : Fazitah ( 06-9525733 / 017-6956945).

Those who want to purchase Lifecode products as well as to register new member can go to my Mobile Stockist over there.  Actually, aku nak open Stockist Centre in the first place but due to macam-macam hal nak kena fikir so better aku continue with my Mobile Stockist je la.

So, pada mereka yg tinggal di Muar atau kawasan yg sewaktu dengannya spt Tangkak, Merlimau, Umbai, Sg Rambai, Pt Jawa dsb boleh la dapatkan barang-barang tersebut ye!  Harap selepas ni dah tak de complaint lagi dari orang sana to get Lifecode punya product.

To those yg belum tahu or not sure apa tu product Lifecode, please visit www.lifecode.com.my or my web at www.farah2u.com (yg ni banyak mix with other products).

 

01/10/2007

SELAMAT DATANG 2007

Hmmm.....nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2007 pada semua.  Harap masih belum terlewat.  Vey the very bz.  Awal tahun mcm ni la.  Bz dgn anak2 sekolah.  Walaupun tak de yg masuk thn 1 but still bz uruskan dia org.  Tambah lagi pulak yg sulung si Afiq tu aku tukarkan dia sekolah kat kg.

Kesibukan bertambah dgn nak sambut raya haji.  Mak pulak nak buat kenduri before raya haji tu then raya haji ke-2 dia buat korban.  Mmg cadang nak juga update blog fr kg tapi tak sempat juga.  Ada la pergi cc dari sana tapi masa tu internet very slow due to earth quake kat Taiwan.  Cuma hantar e-mail yg urgent je.

Buat abg long yg setia mengunjungi blog aku nak minta maaf sbb dah lama tak update blog juga dah lama tak visit blog abg long.  Begitu juga dgn nieys & yg lelain.  Skrg ni masih bz lagi.  Entah, thn baru ni biz laju la pulak.  Ditambah, this year aku dah start 1 lagi biz baru iaitu aku buka butik pengantin, share ngan kawan.  Kerja lagi. Bertambah la lagi kesibukannya.  Adusssss!!!  Apapun, aku takkan lupakan mereka.  Ni pun ambik kesempatan curi masa update blog kejap.  Patut nak balik dah ni.

Buat semua pengunjung yg setia ke tak setia ke pd blog aku ni, sekali lagi aku nk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2007.  Nk ucap selamat raya haji, dah lama berlalu.....hehehe.  You all ada buat azam baru ke.  Aku ni azam baru sama je for every yr iaitu aku berazam nak jadikan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.  Doa aku juga buat semua, semoga korang semua berjaya dalam apa jua bidang yg korang ceburi.

Nanti ada masa aku nak cerita pulak pasal biz aku. Kalo dulu aku dah hampir give-up dgn dunia biz ni tp skrg dah makin seronok plak.

 

10/18/2006

14th Years Anniversary

Hari ni genap la 14 tahun usia perkahwinan aku dgn suami tersayang.  Semoga rumahtangga yg kami bina ini akan terus berkekalan hendaknya.

Mengimbau kembali detik2 awal perkahwinan kami, aku rasa makin lama usia perkahwinanku, semakin mesra & semakin serasi ku rasakan.  Mudah-mudahan akan berterusan begini.  Setakat terkucil sikit tu biasa la dlm alam rumahtangga bak kat pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.  Tapi, selama 14 tahun kami kahwin belum pernah lagi kami perang besar.  Yang selalu merajuk ada.  Aku ler tu....hehehe

Tidak dinafikan juga, disepanjang kami menempuh alam perkahwinan ini, ada insan yang cuba mengganggu rumahtangga kami.  Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.  Kami bertindak tidak mengikut perasaan.  Itu la sebabnya kita jangan percaya pada pihak ke-3.  Dan toilerasi itu penting sangat dalam rumahtangga. 

Suamiku memang seorang suami & ayah yang baik.  Suamiku bukan hartawan, bukan jutawan juga bukan cendekiawan.  Namun begitu, aku bahagia sangat disamping nyer.

Buat suamiku, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke-14.  Tak payah hadiah2 la ye!  Kita p makan je kat luar nak?  Bawak anak2 sekali. 

10/01/2006

ANNOUNCEMENT / PENGUMUMAN

This is to inform that Nano Technology Shaping Undergarments under products codes F002 & F002A will be discontinued with the stock are now sold out.  Consequently, Package D (PP03A) & Package E (PP04) will be no longer available with immediate effect.  Visit www.farah2u.com

Dimaklumkan bahawa Pakaian Dalam Pembentukan Rupa Badan Berteknologi Nano di bawah kod produk F002 & F002A tidak lagi dijual setelah penghabisan stok.  Justeru itu, Pakej D (PP03A) & Paken E (P004) juga tidak akan berada di pasaran lagi.  Berkuatkuasa serta merta.  Layari www.farah2u.com

 

 

09/29/2006

NAK TUTUP DAH....................

Sorry la, nak post citer pasal kuih raya je skrg ni.  Ni nak bagi tau, aku dah nak tutup order utk kuih raya.  Sapa2 yg ada niat nak order tu baik order cepat2....nanti kempunan tak dapat.  Macamanapun aku mmg selalu akan ada xtra sbb dah biasa mmg tiap2 thn mesti akan ada ad hoc order la, lupa order la, tak sempat la & macam2 lg.  So, disebabkan nk jaga hati customer aku pun gamble ambik stock lebih.  Alhamdulillah, so far boleh habis.  Pernah sekali dulu sampai aku sendiri tak de kuih raya sbb dia sapu semua yg aku punya.

Tapi yg nak order hamper raya tu mmg aku tak leh tolong.  Kalau lambat mmg tak bole buat tapi kalo order tu dlm kuantiti yg sikit mungkin bole consider.

Yang pada awalnya aku jual kuih raya ni punya la risau.  Mmg tiap2 thn aku jd mcm tu.  Kadang takut gak, ada ke rezeki aku kali ni.  Mmg order kali ni berkurangan berbanding thn2 sebelumnya.

Cepat2 buat order.  Order boleh dibuat melalui e-mail atau sms/call.

All the posts