03/10/2006

Air cemar - Ozon lebih sesuai ganti klorin

Berita ni dalam Utusan Online hari ni, 10 March 2006. (Jangan lupa lihat gambar di bawah)
ISU air paip berbau najis baru-baru ini yang dikaitkan oleh kehadiran ammonia yang diklorinkan perlu diberi perhatian serius.
Di Malaysia, lebih 90 peratus dari loji olahan air minuman menggunakan sistem disinfeksi (membasmi kuman) secara pengklorinan terhadap air mentah.
Hanya beberapa loji sahaja yang menggunakan ozon atau sistem lain untuk tujuan disinfeksi. Sekiranya kandungan bahan organik dalam air mentah tinggi, pengklorinan air ini boleh memberikan hasil sampingan klorin dalam bentuk organoklorin (unsur trihalometana atau THM), terutama dibromoklorometana (yang paling kerap dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser oleh pengambilan berterusan air yang mengandungi unsur ini).
THM terbentuk hasil pengklorinan bahan-bahan organik dalam air yang hadir secara semula jadi atau ditingkatkan parasnya oleh pencemaran kumbahan, air sisa industri, larut lesapan (air sampah atau leachate) dan lain-lain.
Air yang tinggi kandungan organiknya tidak sesuai diklorinkan tetapi ozon boleh dilakukan sebagai gantian. Sebagai langkah berjaga-jaga (sekiranya berlaku), operasi loji perlu diberhentikan buat sementara pada ketika tersebut.
Risiko pemberhentian operasi loji pada keadaan tersebut, saya kira lebih kecil berbanding risiko melakukan pengklorinan dan membekalkan air kepada pengguna.
Kajian tentang kehadiran bahan-bahan sampingan proses pengklorinan di Malaysia masih terhad dan kurang data diterbitkan.
Saya tidak pasti sama ada pihak-pihak berkuasa air di negara kita mempunyai sistem untuk menguji parameter-parameter kandungan organik sebelum pengklorinan dilakukan.
Kalau saya tidak silap, parameter THM juga belum lagi termaktub dalam standard bekalan air minuman di Malaysia.
Sehubungan ini, saya mencadangkan:
l Kajian tentang kehadiran THM dalam air yang dibekalkan perlu dipergiatkan. Sama ada masalah ini serius atau tidak perlu ditentukan segera. Sebagai langkah awal (sekiranya belum ada), semua loji air minuman di negara kita perlu mempunyai kelengkapan memantau kandungan bahan organik air mentah sebelum pengklorinan dilakukan. Standard air minuman tentang THM dan `keluarga'nya perlu digubal.
l Reka bentuk dan operasi tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia perlu menggunakan konsep semi-aerobik yang lebih mesra alam.
Selain tapak pelupusan haram yang mengamalkan operasi pelupusan terbuka, kebanyakan tapak pelupusan di Malaysia bercirikan anaerobik.
Di samping itu, pihak berkuasa tempatan perlu mempertingkatkan usaha membetung operasi kambus tanah haram di kawasan masing-masing.
l Semua larut lesapan perlu diolah sebelum dilepaskan ke persekitaran. Kajian yang saya lakukan sejak beberapa tahun dahulu menunjukkan lebih 90 peratus tapak pelupusan di Malaysia berada dalam keadaan yang menyedihkan di mana larut lesapannya tidak diolah.
Terdapat beberapa tapak yang mempunyai kolam tahanan dan melaksanakan pengudaraan sahaja, tanpa olahan susulan. Tidak kurang yang tidak mempunyai kolam tahanan langsung.
Olahan larut lesapan bukan semudah yang disangka dan tiada satu sistem tetap yang boleh diterima pakai di mana-mana.
Teknologi luar negara tidak semestinya boleh terus diguna pakai di negara kita, seperti yang pernah dicuba oleh beberapa pihak.
Pengalaman pihak USM menunjukkan teknologi olahan larut lesapan yang dibangunkan telah berjaya mencapai standard untuk kebanyakan parameter yang ditetapkan di mana sebuah loji di salah satu tapak pelupusan sedang beroperasi dengan jayanya manakala sebuah loji lagi sedang dalam peringkat akhir pembinaan.
l Masalah pembakaran atau penggunaan insinerator menggantikan tapak kambus tanah telah lama dibicarakan. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan.
Isunya bukan setakat mana satu yang lebih baik tetapi lebih dari itu. Saya tidak fikir pembakaran sampah boleh menyelesaikan kesemua masalah pelupusan ketika ini, sekiranya operasi pengendalian sisa kita tidak berubah.
Masalah utama kita adalah operasi pelupusan sisa yang diamalkan ketika ini di mana sisa yang kita buang adalah bercampur di antara bahan organik, plastik, kertas, logam dan sebagainya. Ia diburukkan lagi oleh reka bentuk serta operasi tapak yang kurang sempurna.
Di kebanyakan tapak yang saya lawati keadaannya hampir sama. Di negara kita, kandungan plastik, kertas, kaca dan logam mewakili lebih kurang 50 peratus dari sisa yang dilupuskan.
Sekiranya sebahagian besar sisa ini boleh didapatkan semula atau dikitar semula, kedua-dua sistem kambus tanah atau teknik pembakaran boleh berjaya.
Peratus kejayaan kitar semula di negara kita masih amat rendah berbanding Singapura, Switzerland dan Austria yang berjaya mengitar 47 peratus (%) dari sisa mereka, Belanda (75%), USA (30%), Hong Kong 35%).
l Ozon digunakan sebagai bahan disinfeksi menggantikan klorin untuk loji air yang mempunyai risiko tinggi menerima pencemaran sumber air.
l Sekiranya masalah air paip berbau berulang dan disebabkan masalah yang seumpamanya dan untuk mengelakkan risiko yang dibincangkan, pengguna dicadangkan untuk minum air minuman atau air mineral yang banyak terdapat di pasaran buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.
- PROF. MADYA HAMIDI ABDUL AZIZ,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia.
Aku jual Ozoniser ni.  Boleh guna & memang amat sesuai kita beli di dalam keadaan air & udara yang semakin tercemar di negara kita sekarang.  Utamakan kesihatan anda.  Harganya RM650.00 & jika nak jadi member cuma bayar RM430 – dapat 1 unit Ozoniser + Starter Kit & dah boleh start buat business (jika mahu).  Jika tidak, next time boleh beli barang-barang lain dengan diskaun 50-106%.  Hebat tak?  For more info, visit www.farah2u.com
 

12:47 Posted in Information | Permalink | Comments (0)

The comments are closed.