06/28/2006
4 JENIS MAKANAN & MINUMAN YANG DILARANG UNTUK.....
WASIAT RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAFAhmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naardari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "WahaiAli,
bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan
kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya . Maka
sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh(
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan
tujuhpuluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin
sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan
pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu
pertama perkahwinaniaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan
ini di larang..?"
Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan
sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat
anak.Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di
larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."
12:46 Posted in Information | Permalink | Comments (0) | Email this
06/23/2006
MY DAILY AFFIRMATION FOR SUCCESS
I am a Total Success
I am a Success at everything I do
I believe in myself completely
I feel in positive at all times
I am a warm and friendly person
I am a very healthy person
I am happy at all times
My work quality increase day by day
I can complete all the work effectively
My performance level is rising higher and higher
I deserve higher income and positions
I believe in Universal Laws
I love my Company
I love to give
I contribute positively to my Company
Good life is mine
Success is mine
I feel wonderful at all times
Success is my DESTINY
17:30 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
06/21/2006
AKU RINDU
Namun begitu aku tak pernah melupakan kalian semua. Kalian semua sentiasa dihatiku. Sahabat tidak bermakna kita becakap hari-hari, berjumpa selalu, berhubungan selalu tetapi apa yang tersemat di hati sebenarnya. Moga berkekalan ikatan persahabatan kita.
Sebenarnya bukan blog kalian je aku tak sempat nak singgah. Website lain yang kukira amat penting seperti Alaf, KLFM, gengjurnal, Fotopages, Myspace, Friendster juga tidak sempat untuk kulayari. Aku kena kerja keras sekarang untuk promote business/website aku.
Aku juga rindu dengan Yatie. Harap kita dapat jumpa bila Yatie balik dari Dubai untuk bercuti. Sekejap pun jadi la. Yatie ni terlalu baik buat aku.
Kalian semua tetap diingatan & percayalah kalian semua takkan kulupai. Aku berjanji akan menjengah & membaca blog kalian bila kelapangan waktu. Sekarang ni business masih belum smooth lagi. Aku kena kerja lebih keras sekarang. Aku kena beri lebih perhatian pada network aku sebab aku memang dah berjanji pada diri aku yang aku akan Bantu mereka jika mereka benar-benar serious. Insyaallah, bila segalanya dah berjalan lancar aku akan punya masa untuk baca blog kalian juga update blog aku.
Doakan aku berjaya dalam kerjayaku ini & dalam bidang perniagaan yang kuceburi.
Wassalam.
210606 @ 1230 pm
12:15 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
06/19/2006
THANK YOU....THANK YOU....THANK YOU VERY MUCH
Worth it juga business guna internet ni ye! Tak rugi rasanya aku invest money to build my own website. Nak business nak success kena la invest sikit. Tu la kata-kata motivasi from my friends.
Disamping tu, kita tak boleh bergantung harap gak cos kita kena rajin gak buat promotion, cari market sana sini bak kata orang rezeki takkan datang bergolek & lagi bukan senang nak senang. Alhamdulillah, segala usaha aku telah memberikan hasil. Ini pun aku rasa still kurang lagi usaha aku.
I do understand that business thru internet is not easy apatah lagi untuk buat orang trust kat kita tapi aku percaya jika niat kita ikhlas maka Allah akan permudahkan jalan buat kita. Memang ramai orang tertipu dealing business thru internet ni. Bagiku kepercayaan orang adalah rezeki aku. Aku takkan khianati kepercayaan orang terhadapku & aku takkan mensia-siakan rezeki yang Allah bagi padaku. Lagipun, memang tak pernah terlintas walau sedetik di hati aku untuk menipu orang. Aku kena tipu adalah but now aku takkan diriku ditipu lagi. My experience is my teacher.
Those yang pernah deal thru internet dengan aku especially Lyna, Anna, Salina, Siti, Khairul & ramai lagi yang tak dapat nakku ingat namanya sekarang, thank you very much atas kepercayaan kalian & moga silaturrahim kita akan terus berkekalan. Juga moga kita sama-sama berjaya dalam business.
Jumpa anda semua di puncak kejayaan, insyaallah.
Selalu-selalu la jenguk www.farah2u.com ye! J
190606 @ 1245
12:45 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
06/16/2006
SABAR JE LA.......
Namun dalam pada tu ada juga la terkilan dengan network aku ni. Biasa la, bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Kadang dia orang ni sekali kita tolong wah! Terus nak bergantung pada kita. Patut-patut la, aku pun nak kena jaga network aku yang lain gak. Mati la aku semua nak kena jaga.
Ada pulak yang kata aku ni downline dia. Ha….ha…ha….sampaikan status pun nak berebut padahal setiap yang ada downline tu mesti la akan jadi upline & kalau berusaha keras lagi akan dapat jadi leader, macam aku sekarang ni la. Tapi, tak pe, aku tak kisah sebenarnya, orang nak kata aku ni downline dia ke apa ke sebab yang penting tiap-tiap minggu aku dapat income dari Lifecode itself. Apa ada pada status.
Ada lagi…..aku punya amount bonus tiap-tiap minggu pun dia orang nak tau. Aik! Macam ni tak de privacy la aku. Income aku semua dia nak tau sedangkan dia downline aku. Aku yang upline pun tak sibuk nak ambik tau berapa downline aku dapat, cukup sekadar bertanya `dah dapat bonus belum’? Upline aku sendiri tak pernah tanya berapa aku dapat. Perangai aku ni pulak memang tak suka nak cerita berapa income aku, takut jadi riak pulak nanti. Hehehe….ada gak part yang kena jadi secretive.
Tu belum lagi aku beritahu downline aku yang nak control aku lagi. Aku siap kena marah dengan downline aku la sebab dia orang ingat aku ni diam sebab tak serious la, tak nak ambik tau la, tak nak tolong la. Laaaa….takkan la apa yang aku buat semua nak report kat dia. Gila kuasa apa ke budak ni? Apa-apa aje la.
Pelik…pelik….perangai manusia ni kan? Ada yang bila aku dapat prospect seboleh-boleh nak duduk bawah aku. Ni la antara cabaran yang aku kena hadapi. Kalau la aku dok fikirkan semua ni, mau pengsan aku dibuatnya. Tapi, aku ni dah memang dari dulu memang jenis manusia yang buat derk je apa orang nak buat, apa orang nak kata. Bagi aku rezeki aku datangnya dari Allah. Yang penting aku usaha + doa then orang nak cakap apa nak buat apa suka hati la. Aku pun bukan gila sangat nak kejar status & kekayaan. Cukup asal rezeki aku diberkati dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Tu cerita dari downline. Belum lagi cerita dari orang yang buat similar business ni. Bukan senang nak berjaya oiiii. Pelbagai cabaran harus dilalui. Sebelum ni pun aku dah puas laluinya tapi sekarang ni dah semakin dewasa & semakin cerdik gitu…..hehehe so dah pandai la nak handle.
Aku akan tetap dengan focus aku, target aku nak dapat sampai Diamond dalam Lifecode ni. Dan aku akan tetap bantu mereka yang memerlukan guidance dari aku. Mana group yang dah besar tu kalau boleh korang monitor la sendiri ye sebab aku kena bantu group yang lemah. Aku ada cara & strategy aku sendiri untuk bantu mereka. However, don’ t worry be happy sesekali aku akan bantu korang & turun padang serta arrange whatever necessary.
Aku nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih pada semua network aku. Aku harap dia orang semua akan setia dengan Lifecode. Aku nak cari ramai lagi network dari seluruh negara. Sapa-sapa yang minat nak jadi network aku, please get in touch with me. I try to do my best to help you untuk berjaya dalam biz ni.
Nasihat aku pada semua, buat la kerja dengan jujur & ikhlas berserta niat kerana Allah Ta’ala. Insyaallah, rezeki yang kita dapat akan diberkati. Apapun yang korang nak anggap kat aku nak cakap apa aku nak buat apa kat aku, aku tak kisah. Aku sempoi…..Yang penting kita tetap bergerak in one group. Aku faham, memang bukan mudah nak menyenangkan hati semua orang. Dan, Ingat! Jika nak berjaya jangan peduli apa orang nak cakap pasal kita. As long as kita tau apa yang kita buat tu betul, go ahead. Jika rasa tertekan dengan kata-kata orang, ambil wuduk, solat & baca quran serta berdoa pada Allah minta diberi petunjuk.
Amin!
160606 @ 1245
17:35 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
06/08/2006
2ND VISIT TO RUMAH YAKIN AL-WADI
Hmmm....dah buat 2nd visit to Rumah Yakin Al-Wadi. Cash dah bank-in before so, just datang bawa beberapa pakaian terpakai + buku terpakai yang orang serahkan pada aku. Hafsah pun dah resign. Just only coz nak kahwin. Nasib baik this time dapat jumpa Encik Md Daud, Penyelia rumah tersebut. Lama gak bersembang dengan dia.
Penghuni dah increase...70 orang semuanya. Yang 3 ke 4 beradik (tak berapa ingat) yatim-piatu yang ibunya meninggal dalam banjir, dah tak duduk situ. Depa ikut Mokhtaruddin, Tok Guru Silat....kat Gombak kalau tak silap. Itupun katanya akan dihantar semula ke Rumah Yakin Al-Wadi.
Aku tumpang gembira, apabila salah seorang bekas penghuni Rumah Yakin Al-Wadi iaitu Aisah akan ke Mesir pada bulan Sept' 06 ini bagi melanjutkan pelajaran di sana. Tahniah buat Aishah.
Rumah Yakin Al-Wadi kini dah ada brochure juga CD hasil sumbangan dari someone. Website depa sendiri pun dah ada. www.rumahyakin.com
080606 @ 1358
13:00 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this
06/06/2006
HAPPY BELATED ANNIVERSARY
Hahahahaha......................
HAPPY BELATED ANNIVERSARY (1ST ANNIVERSARY) TO MY BLOG.
May' 06 cukup setahun blog aku. Bulan May tu aku nak wish la waktu dinihari tapi blogspirit ni selalunya aku perasan bila dinihari je mesti ada problem. Whatever it is, makin seronok pulak ber blog ni tapi makin lama makin jarang update. Apapun, thank you to all visitor yang sudi visit & read my blog. Please keep visiting & reading :-)
AGAIN! HAPPY 1ST ANNIVERSARY TO KHALSUNSHINE BLOG.............
060606 @ 1858
18:58 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

