07/28/2006

FRUST TAU............

Masih lagi pasal HP aku yang hilang.  Frust memang frust giler.  Kenapa aku masih mengharapkan HP aku dikembalikan?  Sebab hilang kat office, dalam pantry lagi.  Dah la tu, dah tengok kat CCTV memang tak nampak pun org luar yang masuk kat dlm pantry tu kecuali cleaner.  Kadang sian gak ngan budak cleaner ni.  Mana tak, kat office aku ni kalo brg hilang je mesti org tuduh cleaner tapi bila buat spot check kat dia org & tempat rehat dia org tak jumpa apa2 pun.  Kadang staff pun ambik kesempatan juga sebab dia tau kalo dia ambik org tak tuduh staff, org tuduh cleaner.  Yg kaya staff gak & yg malang cleaner gak.

Dalam hal ni susah nak cakap tapi lepas buat analysis rasanya macam staff.  Kawan2 office pun ramai kata staff.  Tak pe la, aku dah naik malas nak citer bila org tanya.  Yg aku tau aku tetap dgn usaha aku baca yasin supaya lembut hati org yg curi HP aku tu nk pulangkan balik.

Gila aku....gila.....otak pun tak boleh berfungsi dengan baik ni tau.....bukan 1 HP lak tu, dua2 HP aku dicuri.  Dah la dekat nak raya ni.  Mmg boleh cari balik no dlm tu tapi camne pun sure ada yg tak leh dpt terutama prospect.  Rakan2 artis aku la yg paling susah.  Ye la, aku tak de contact no dia org camne aku nk contact dia org tu....uwaaaaa.....leceh la nk kena cari org tu org ni pulak.  Yg ada e-mail boleh la e-mail, yg ada call card ke atau setengah tu aku letak kat dlm buku tp yg tak de camne?

Ya Allah! Tolong la aku.  Dapatkan la balik HP aku tu. Dah lama Allah tak uji aku, agaknya kali ni dia nak uji aku.  Kini, aku masih bersedih dgn kehilangan HP aku.  Bersedih taik kucing......hehehe.....aku ni hilang kucing ke hilang apa ke ada problem ke mmg susah nak tengok aku sedih, ketawa sepanjang masa ada la.......hehehe....entah la, yg pasti aku sedih waktu tu jugak la.

Sapa-sapa nak contact aku boleh guna no lama but for time being guna 012 dulu.  013 nxt baru nk activate.  Ada sapa2 yg sudi nk bagi present HP kat aku?  Hahahaha.........banyak cantik muka ko farah.......

 

07/27/2006

I LOST MY HANDPHONE :-(

Yesterday, I lost my handphone.  Both hp lak tu.  Sob...Sob...Sob.....hp ni ibarat nyawa bagi aku.  Hilang kat office lak tu.  Dalam pantry lagi.  So, sapa yg amik.  Tak nak tuduh sesapa but can suspect la.  Siap buat analysis lg cam private investigator lak.

Whatever it is, aku akan terus baca yasin supaya Allah lembutkan hati org yg curi tu pulangkan semula hp aku tu.  Siap mintak tolong mak baca yasin sama.  Father in law lak aku mintak tolong buat solat hajat.  Insyaallah, kalau ada rezeki dpt la balik if not aku redha je la akan kehilangan hp tu namun begitu aku tak halal dunia akhirat bagi org yg mencurinya.  Aku tak kisah cara mana pun org tu nak pulangkan as long as aku dpt balik.  Aku dah niat nak puasa 2 hari kalo dpt balik hp tu.  Penting woiiiii....semua biz contact aku kat situ.  Prospect nyer no lagi.  My calendar/appt lg.  Info lagi.  Aduhai!  Rasa mcm nk gila.

Once aku lost hp ni the most important thing is contact inside the phone/sim card.  Secondly, duit.  Ye la, nak beli hp lagi bukannya tak duit.  Bukan 1, 2 lak tu.

Aku mintak kawan2 pls give me your hp no ataupun call me ke coz both my no remain unchanged.  Cuma baru hari ni dpt replace sim card for 012.  013 lambat sket arrr tp korang bagi je la dulu, aku simpan dulu then once dpt 013 tu nnti aku update dlm tu.  Mujur ada member office bagi pinjam hp.  If not teruk gak la aku.  Alhamdulillah & thanks a lot Azam & Rashid sbb bagi pinjam hp.  Budimu akan kukenang.

07/25/2006

PERGINYA SEORANG BINTANG……

Pagi ini aku dikejutkan dengan pemergian Hani Mohsin ke rahmatullah.  Takziah buat keluarga beliau.

Dengan pemergian beliau, aku nak mengingatkan para artis semua terutama diri aku sendiri….eh! macam aku artis plak……hehehe…..nak mati sebenarnya tak kira muda atau tua usia kita.  Bila-bila saja kita akan dijemput.  Untuk itu kita hendaklah sentiasa mengingati-Nya.  Jangan lupakan tanggungjawab kita pada-Nya juga buat la amal selagi sihat. 

Aku memang terkejut sungguh dengan pemergian beliau.  Namun, sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.  Hanya Allah yang mengetahui bila masanya untuk kita pergi menyahut seruan ilahi.

Aku akan terasa kehilangannya & pasti merinduinya sebab aku memang meminati lakonan beliau malah aku lebih suka beliau mengendalikan rancangan Roda Impian berbanding Halim Othman. 

Semoga roh allahyarham Hani Mohsin ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.  Al-fatihah. 

 

17:30 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

07/22/2006

HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVING HUSBAND

Happy Birthday To My Loving Husband................

Hari ni genap la usia husband aku 43 tahun.  Celebrate?  Hmmm....husband aku ni memang dari bujang tak suka nak celebrate birthday.  Apapun kita org dah celebrate kat PD last week.  Gambar dah upload tapi tak sempat nak alter.

Tapi untuk hari ni aku dah sediakan kek.  Kek tu dipotong & dimakan di Lifecode's office since aku organise special training for my group yg kat KL.  Kebetulan ada sorang lagi pun birthday nyer sama ngan husband aku.

Gambar?  Husband aku ni kureng sikit bab2 gambar.  Aku je yg suka posing lebih2.

Untuk hadiah dia kali ni aku belikan perfume Dunhill. 

Once again, happy birthday to my loving husband.  Moga panjang umur, murah rezeki & hidup sentiasa diberkati.

 

18:15 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

07/21/2006

ISU GULA

Tak habis-habis lagi isu gula ni.  Tempat korang masih ada masalah gula lagi ke?  Hari tu masa aku ada family gathering aku tanya kat mak aku, dia kata kat Muar tak de masalah gula pun.  Dia pun heran napa kat KL masih tak selesai lagi masalah gula ni.

Hari tu aku dengar berita kata kerajaan kata masalah gula dah selesai, dah tak de masalah lagi bulan ni tapi hampeh.  Puas husband aku pergi dari satu kedai ke satu kedai, semua kata gula tak de.  Kawan-kawan aku lak kata, even kat hypermarket pun ada limit beli gula.

Aduhai! Bila la nak selesai masalah gula ni.

13:27 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

07/19/2006

HARI YANG PALING MEMBOSANKAN

Alahai….tak de cerita lain ke?  Semalam, semua suratkhabar, TV & radio menceritakan kisah CT & Datuk K.  Paling bosan, radio era ler.  Ada ke buat topic pagi tajuk mengenai dia orang…..tak sesuai langsung, terus aku tukar channel IKIM sebab radio lain pun dok citer pasal dia orang tu.   Cerita la pasal tsunami yang melanda Indonesia ke pasal isu gula yang tak habis-habis lagi ke pasal ura-ura minyak nak naik lagi ke…ada gak pekdah nyer.  Ini cerita pasal CT ngan Datuk K.

Kenapa ye orang suka sangat sibuk perkatakan hal Mawi dengan Ina la, CT dengan Datuk K la….orang itu dengan orang ini la.  Lantak ler depa nak kahwin ke nak apa ke. 

Sebab CT penyanyi No. 1 negara la kononnya sebab tu la gamaknya semua media masa buat liputan pasal CT.  Penyanyi No. 1 ke CT?  Hmmm…..mungkin bagi orang but not me.

Honestly speaking, aku minat kat CT masa mula-mula dia jadi artis.  Masa tu dia nampak comel sangat, nampak innocent.  Tapi lama-lama aku tengok dia dah berubah, berubah segalanya so minat aku semakin kurang sampai la aku jadi terus tak minat kat dia.  Aku memang tak suka orang yang hipokrite ni.

Tak pe la, aku nak tengok je sejauh mana hubungan dia orang ni boleh pergi….hehehe.

13:35 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

07/12/2006

SAYA BERADA DI PORT DICKSON (PD)

Saya akan berada di PD pada hari Sabtu, 15/7/06 hingga Ahad, 16/706.

So, jika ada sesiapa (terutama yang tinggal di persekitaran/berdekatan) yang ingin mengetahui lebih lanjut atau untuk membeli pad herba jenama SUSEN boleh la datang berjumpa saya di sana.  Sila hubungi saya di 012.256.7454 atau 013.610.7004 untuk mengetahui lokasi saya.

Sekian, untuk makluman.

07/11/2006

BERAKHIRNYA WORLD CUP

Kemenangan milik Italy.  Congratulations!  Tapi, jangan ler korang kata Peranchis ramai kuda tua.  Tak baik tau.  Italy menang pun sebab penalty.  Aku tak kisah sapapun yang menang.  Seperti yang aku selalu katakan, aku suka tengok skill dia orang tapi argh....frust giler sebab final semlm tak dapat tengok.  Sian kat laki aku tengok sorang-sorang.

Aku penat sangat, tak boleh nak bukak mata.  Dah la petang Ahad tu aku ada meeting, sampai rumah dah malam then nak buat kerja rumah lagi, tidur pun dah lewat jadi mana la larat nak bangun.  Kalau aku tengok gak, harus hari Isnin tu aku mc  Tak tergamak lak nak mc memandangkan statistic aku belum finalise lagi.  Bos pulak hari ni hospitalization.  Kerja lebih penting walaupun world cup hanya 4 tahun sekali.

 

09:04 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

HAPPY BIRTHDAY ADIK

 

medium_izzat_akil.jpg

Argh! Adik, mama minta maaf.....jadual mama yang terlalu padat & mama busy sangat semalam kat office sampai lupa nak post birthday adik kat sini.  Pic adik pun baru mama perasan tak de yang sorang.  Kat hp mama je ada.  Tak pe la, gambar adik & Aqil pun ok gak.

Semlm adalah birthday anak aku yang 2nd.  Birthday yang ke-9.  Kita orang memang panggil dia ni adik.  Alamat memang lekat la sampai tua...hehehe. 

Semoga adik panjang umur.  Rajin-rajin belajar ok.  Jadi anak yang baik.  Jangan selalu gaduh dengan abang long & baby.

Hadiah?  Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu......masa kat PD nanti.  :-)

08:56 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

07/07/2006

SMS

Apa you nak buat kalau dapat SMS yang berbunyi "Can u have SEX with me pls....pls only SMS and do not CALL me pls."

AND

What would you do if you receive e-mail, say "Selain dari service jual-jual ni, ada service lain tak?  Service yang best2 la"

Tak heran dah dapat SMS ke call ke atau e-mail ke yang similiar.  Selalu sangta.  Seperti biasa la my attitude ni,  senyum & gelak....hehehe & yang pasti semua tu I will let my husband know.

Macam-macam sekarang ni kan.  Some people bila dapat similar message, ada yang rasa takut, risau, nak tukar no la.  Hmmm...tak yah la peningkan kepala.  Buat derk je.  Lama mana pun dia boleh buat macam tu.  Aku pulak kadang layan gak orang yang macam tu tapi orang-orang macam ni ada cara nak layan dia till at one time dia orang akan stop or malu sendiri.

Bagi aku tak de hal tu semua.  Yang penting nawaitu.

Hmmmm......ada gak orang tanya aku macamana orang boleh tau no tel aku.  Short thinking betul la.  Habis tu yang aku dok iklankan business aku sana sini tu, blog aku la, website aku lagi tu.......manusia ni kalau dah tak de keje macam tu la, pantang jumpa no tel orang.  Kita buat dengan cara betul tapi dia orang salahgunakan pulak.  Ada juga yang memula memang cakap elok & minat dengan business la but at the end of the day lain la pulak.

Last time lagi la teruk aku kena.  Yang nak bagi masturbate service la, yang offer RM5k for one nite la & macam-macam lagi la.  Dapat call & SMS tetengah malam tu tak yah cerita la.  Tapi, aku tak gentar dengan semua tu.  Selagi aku dapat support from my husband aku tak takut.  Lagipun aku tau apa sebenarnya yang aku buat.  Sekarang ni nampaknya, alhamdulillah dah slow sikit dapat similar message.  Aku selalu berdoa pada Allah supaya aku dilindungi dari perkara-perkara yang tak elok tapi mungkin once in a blue moon it happen again (mcm SMS hari ni) but aku anggap itu adalah ujian dari Allah.

Ibarat some of my friends say, aku ni keras hati.  Hmmmmm.....to me not keras hati la tapi aku ada pendirian aku sendiri.  Ye la, cuba korang fikir, kalau la aku dok dengar or ambik port sangat apa yang orang kata & buat kat aku, boleh ke aku berada pada kedudukan sekarang?  Aku ni ibarat macam katak la.....buat pekak je.....eh! betul ke katak tu pekak?....setau aku orang selalu kata `pekak badak', mana ada `pekak katak'...........ada ke? hahahaha......whatever la.....yang penting aku happy.......hehehe.

14:15 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts