08/30/2006
SALAM KEMERDEKAAN
Selamat menyambut hari kemerdekaan kita, Malaysia yang ke-49 kepada semua rakyat Malaysia. Sambut la hari merdeka ini dengan penuh semangat & erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka bukan bererti korang merdeka dari melakukan perkara yang tak sepatutnya. Sambut la merdeka dgn penuh kesyukuran bukan hiburan yg xtrim.
Kalau setakat nak sambut merdeka dgn buat perkara tak senonoh bererti korang belum merdeka. Aku bengang ni sbb bendera kat kereta aku hilang. Sapa la kutu yang amik. Bendera pun nak curi ke? Kalo dah dasar suka mencuri t, benda murah pun dia akan curi. Pd org yg suka mencuri ni aku nak pesan - `korang dihidupkan kat dunia ni adalah utk membeli apa yg korang mampu bukan ambik apa yg korang mau'.
Okey la, aku nak sambut merdeka mlm ni kat depan TV jerk sbb laki aku nak masuk pertandingan memancing mlm ni. Aku kan, kalo boleh nak merdekakan diri aku dari ekonomi skrg, maksudnya nak merdekakan diri aku dari dibelenggu ngan hutang. Boleh ke? Hehehe
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (sambil angkat tangan laungan kemerdekaan) :-)
17:40 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
08/25/2006
CUTI SEKOLAH
Cuti sekolah kali ni aku tak balik kampung. I was thinking to go back my hometown, Muar tapi bila husband aku kata dia nak balik kg tengok bapak dia sakit so aku ok je tapi dia kata tunggu dpt duit claim. At the end of the day dia kata tak jadi balik la pulak. His not well.
Husband dah ambik cuti since wednesday lagi. Aku start Thursday, tu pun 1/2 day. Ptg Khamis tu aku bawak anak-anak p safari lagoon @ pandan perdana. Dia org asyik bertanya je cuti sekolah ni tak p mana ke? Dalam dok husband tak berapa sihat tu boleh gak berjalan sebab anak punya pasal.
Pagi tadi dah bawak baby p jumpa eye specialist. Alhamdulillah semua ok, tak de serious problem. Have to come again another 4 months. Hari ni sehari suntuk dok kat umah coz husband dah betul-betul tak larat. Cadang nak p mid valley ptg tu tapi dah hubby macam tu, dok umah je la, buat la apa yang patut.
Esoknya aku cadang nak p putrajaya. Tak jadi jugak, kena p on sunday coz Tmn Pertanian Warisan tu kalo nak p kena book awal rupanya. Hmmmm....esok nak p bawak anak-anak p mana pulak ye? Jalan kat KL juga la rasanya.
22:40 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
08/22/2006
CONGRATULATIONS
I would like to take this opportunity to congrate 2 of my network who has in position Loyalty Leader (LL) right now. Congratulations to you, Neng Azidah & Mahani. Because of your courage juga la I pun dapat pangkat Ruby skrg ni. Alhamdulillah. Teruskan usaha anda.
Actually, aku tak expect pun akan dpt title Ruby coz aku ni buat je tak nak fikir sgt pasal duit or position ni walaupun target aku nak dpt Diamond. The most important skrg ialah aku nak fokus pada apa yg aku buat ni kerana Allah. Kalau dah memang rezeki aku, akan dpt la RM & position tu. Kepada yang lain yang belum dapat jadi LL aku harap korang teruskan usaha & jgn cepat putus asa. Insyaallah, aku akan bantu mana yg terdaya but for time being aku tengah tolong husband aku utk jadikan dia LL.
Hmmmm....skrg ni aku ada lg 2 takuk utk melayakkan aku dpt Diamond, means aku kena ada lg 6 LL then baru aku entitle to get Diamond.
Aku seronok buat biz dgn Lifecode @ Sanitary Pad compared with my previous biz sbb aku rasa aku tak de pressure buat biz ni. Aku rasa flexible sesgt. Mungkin pengalaman la yg telah mendewasakan & mematangkan aku & pengalaman gak telah mengajar aku erti segalanya. Yg paling aku bangga, kejayaan di sini banyak dipelopori oleh org Melayu.
Anybody wanna join my network? Click here www.farah2u.com & get in touch with me for more details. Insyaallah, aku akan bantu & will share my experience with you.
To all my network, semoga anda semua berjaya. Jumpa anda semua di puncak kejayaan. Again, congrtulations Neng Azidah & Mahani.
12:49 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
08/21/2006
MINGGU YANG PACK......
Minggu baru-baru ni aku keje cam robot, tak de rest langsung. Dah tu weekend pun keje. Bukan buat keje office tapi biz aku ler apa lagi. Ha! Nak sgt buat part-time biz....amik kau farah. Hahaha....sebenarnya dan berminggu2 aku cam ni tapi sebelum ni ada gak rest sikit2 tapi minggu lepas ni mmg full without rest.
Dgn hari minggu yg ada mesyuarat persidangan UMNO nyer la. Walaupun penat tapi happy. Life aku simple, apapun yg jadi yg penting happy. Nak cari duit mesti la kena lalui penat tu ye dak? Even, housewife pun penat gak. Some people bila kita nak introduce sesuatu biz mereka akan kata, `ala penat la'. Aku rasa penat bukan la alasan sebab kalau kita nakkan extra income kita kena la berusaha. Kalau malas usaha mana nk dpt duit. Work hard & work smart. Penat ni pulak bukan hanya pada tenaga kita tapi juga otak kita.
13:05 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
08/15/2006
TERDIDIK KERANA SEBIJI..........
Aku suka cerita ni. Walaupun dah agak lama tapi aku masih menyimpannya. Memang bagus untuk dijadikan pengajaran. Untuk ingat-mengingati sesama kita, aku pun terfikir untuk post kat blog aku.
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?. Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: " Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Sama2 beringat lain kali beli buah or sayur tak elok jangan marah2 kerana secara tak langsung kita sebenarnya memarahkan Pencipta tumbuhan2an tersebut...nauzubillah...
12:49 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
08/14/2006
MASYALLAH........
Masyaallah, betapa besar kebesaran Allah. Azmil bertuah kerana telah mendapat petunjuk. Aku dapat ni dari suamiku. Ikuti ceritanya. Memang agak panjang tapi bagus utk dijadikan tauladan.
BERSEMUKA bekas pelakon 'Ali Setan', Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha, bagai tidak percaya bahawa watak nakal dalam filem tersebut telah berubah sama sekali. Berjubah putih, berjanggut, riak wajahnya cukup menggambarkan ketenangan dikecapinya. Berbual dengannya seolah-olah mendengar ceramah, yang kini menjadi rutin hariannya. Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?
AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.
HARAKAH : Apa pendorong kepada perubahan?
AZMIL : Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.
HARAKAH : Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
AZMIL : Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.
HARAKAH : Masih membaca?
AZMIL : Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu. Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya. Berubah secara drastik, atau 'slowly'? Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.
HARAKAH : Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?
AZMIL :Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.
HARAKAH : Dah berani keluar berjumpa orang?
AZMIL : Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik. Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan? Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.
HARAKAH : Selain berceramah?
AZMIL : Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.
HARAKAH : Pernah bisnes sebelum ni?
AZMIL : Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.
HARAKAH : Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
AZMIL : Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni. Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).
HARAKAH : Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
AZMIL : Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.
HARAKAH : Banyak menerima jemputan, selain PAS?
AZMIL : Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.
HARAKAH : Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
AZMIL : Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya>
HARAKAH : Cenderung pada politik?
AZMIL : Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.
HARAKAH : Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
AZMIL : Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.
HARAKAH : Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
AZMIL : Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.
HARAKAH : Dia tak nak duduk sekali?
AZMIL : Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.
HARAKAH : Perancangan masa depan?
AZMIL : Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana. Kenapa? Sebab saya nak bantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan lebih awal daripada saya. Saya nak mudahkan mereka. Tak mahu mereka jadi macam saya.
HARAKAH : Mungkin mahu menamatkan zaman duda?
AZMIL : Saya rasa perlu kerana dah tak cukup masa nak tumpu pada keluarga berbanding dulu. Saya dah banyak keluar sekarang, kasihan pada anak-anak selalu ditinggalkan. Tapi calon tak ada lagi...(ketawa)
19:00 Posted in Agama | Permalink | Comments (0) | Email this
08/10/2006
PENYERAHAN SUMBANGAN
Semalam, aku hantar brg2 keperluan harian kat Rumah Titian Kasih spt beras, milo, susu, bihun, minyak masak dsb. Mak Pah minta tolong, for nxt time kalo ada nk bagi brg lagi dia minta sabun (sabun basuh baju & sabun mandi) juga clorox. Mungkin benar sbb aku tengok pun beras dah banyak stock tapi ok gak aku beli susu sbb Mak Pah kata mmg dia org kekurangan susu. Disamping tu, aku juga serahkan baju2 terpakai memandangkan stock masih ada lagi.
Dah lama tak ke sana, rindu pulak dgn Mak Pah & budak2 kat situ. Kebetulan Ayu masuk ke pejabat. Apa lagi tak kering gusi kami dibuatnya.
Kepada mereka yang masih meneruskan memberi sumbangan, thanx a zillion. Allah saja yg dpt membalasnya. Aku dah bincang dgn Mak Pah nak buat program utk Rumah Titian Kasih ni tapi ye la, bukan senang nak buat program. Kena plan betul2. Skrg ni pulak dah dekat nak puasa. Kalau tak sempat buat sebelum puasa ni aku akan buat selepas raya, insyallah. Skrg ni cuma deal brg2 makanan je dgn dia org. Aku akan cuba bantu ikut kemampuan aku. Yg ni tak de kena mengena dgn collection yg aku buat setiap bulan ye jgn plak nnti ada yg salah faham. Setiap drp duit collection yg keluar & masuk aku akan rekod dlm buku. Sesapa yg ada rasa sangsi boleh mai kat aku tengok buku kira2 tu.
12:50 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this
KASIHNYA IBU
Ptg aku p keje & husband aku pulak masuk lewat sikit. Yg tinggal cuma dia org je so adik aku heret semua pergi ke KLCC, siap p Petrosains lagi. Apa lagi, seronok la mereka.
Apapun, yg paling aku terharu dgn kedatangan adik aku ialah bila mak aku bekalkan kuih, sampai 3 jenis kuih. Tak cukup dgn tu siap bagi 2 packets of sugar coz dia tau kat KL skrg susah nk dpt gula. According to my brother, balik keje je dia terus ke dapur buat kuih & bila adik aku tegur napa yg banyak sgt buat kuih & dia jawab anak-anak & cucu-cucu dia kat KL nk makan.
Itulah ibuku. Mmg aku respect sesgt dgn dia. Walaupun dah berusia tapi tenaga dia masih kuat. Aku bukan la nak puji sbb dia ibuku tapi kdg aku mmg kesian bila dgr citer kawan2 tentang ibu mereka. Ibuku mmg tak dinafikan, walau dia jaga anak-anaknya dlm pantang dia still boleh masak, basuh kain, kemas rumah dsb walhal dia masih lagi bekerja. Mmg pengorbanan ibu tiada tandingannya. Kasih ibuku juga tiada tandingan. Ibu aku mmg marah kalo nk balik tak b’tau dia sbb dia ni kalo kata kita nak balik, macam-macam dia akan buat.
Thank you mom!
12:45 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
08/08/2006
KES AZLINA JAILANI.....BETUL KE?
Betul ke Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di mahkamah? Dan betul ke Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan? Dah dibicarakan ke kes ni kat mahkamah? Sorry la, aku tak berapa ingat tarikh sebenar perbicaraan kes dia ni.
When I on my phone this morning, I got 1 msg kata Lina Joy menang & Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan tapi bila aku baca paper & media online tak de pulak berita pasal kes ni. Actually, org yg hantar sms tu pun aku tak tau sapa. Sorry la, my phone kan hilang/kena curi hari tu so banyak dah contact no tak dpt balik, harap org call/sms je. Msg tu dihantar almost 12 midnight.
Even belum tahu kebenarannya, aku menggeletar gak baca sms tu. Sebelum ni aku tak rasa Lina Joy akan menang kes ni. Moga Allah sentiasa beri perlindungan pada kita.
11:53 Posted in Information | Permalink | Comments (0) | Email this
08/06/2006
MINGGU YANG BUSY
Lama dah tak update blog ni. Memang bz bukan buat-buat busy. Last week, banyak program antaranya buka gerai sand art di salah sebuah sekolah di cheras sempena Hari Karnival sekolah tersebut. Ditambah pulak skrg ni awal bulan. Tak cukup dgn tu skrg ni sibuk nak buat SPMS (yg paling aku benci nak buat & aku rasa most of staff kat office aku mmg menyampah time SPMS ni). Dah la tu, HP lak kena kebas. Aduh! Tambah kelam kabut hidup aku. Business pun alhamdulillah nampaknya sejak akhir-akhir ni.
Sesibuk mana pun aku takkan lupa pada blog kesayangan aku ni. Kat sini la utk aku mencurahkan segalanya.
22:58 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

