09/29/2006

NAK TUTUP DAH....................

Sorry la, nak post citer pasal kuih raya je skrg ni.  Ni nak bagi tau, aku dah nak tutup order utk kuih raya.  Sapa2 yg ada niat nak order tu baik order cepat2....nanti kempunan tak dapat.  Macamanapun aku mmg selalu akan ada xtra sbb dah biasa mmg tiap2 thn mesti akan ada ad hoc order la, lupa order la, tak sempat la & macam2 lg.  So, disebabkan nk jaga hati customer aku pun gamble ambik stock lebih.  Alhamdulillah, so far boleh habis.  Pernah sekali dulu sampai aku sendiri tak de kuih raya sbb dia sapu semua yg aku punya.

Tapi yg nak order hamper raya tu mmg aku tak leh tolong.  Kalau lambat mmg tak bole buat tapi kalo order tu dlm kuantiti yg sikit mungkin bole consider.

Yang pada awalnya aku jual kuih raya ni punya la risau.  Mmg tiap2 thn aku jd mcm tu.  Kadang takut gak, ada ke rezeki aku kali ni.  Mmg order kali ni berkurangan berbanding thn2 sebelumnya.

Cepat2 buat order.  Order boleh dibuat melalui e-mail atau sms/call.

09/26/2006

INGAT-MENGINGATI

Aku dpt citer ni dr hubby aku.  Semalam dia e-mail kat aku.  So, walaupun aku tak kenal sapa org tu tp aku rasa citer dia ni mmg patut dijadikan pengajaran & utk kita semua lebih berhati.  Aku pun nak ingatkan diri aku sendiri supaya berhati2 dgn stranger ni sbb aku ni terlebih peramah org nyer.......tks to my hubby & tks to him gak sbb atas sebab2 keselamatan la dia susah nk benarkan aku guna public transport.

Happy reading :

Saya nak share one experience.. It happend to me yesterday.. While I was walking  ALONE to komuter station petang semalam... One Indian guy tegur saya coz dia nak tau kat mana station komuter bank negara and he's going to Sg Buloh...He looks nice guy.. talk.. nampak gentleman...So dengan "baiknya" saya jawab lah.. warganegara prihatin la kononnya... 

Usually kalau seseorg tu ikhlas nak tanya... lepas tanya dia akan pergi lakan ... Tapi  this guy tak buat mcm tu... dia tak terus pergi..malahan..jalan saing ngan saya... pada awalnya saya tak rasa apa2 la...then dia mula tunjuk ramah.. tanya macam2 la.. mana kerja.. siapa nama...nak pergi mana.. etc..

Then bila dia mula tanya lebih2... saya stop answering his questions...saya just sengih je... dan buat2 tak dengar...SEBABNYA... saya terfikir.. kenapa dia nak tanya those question kalau tak de hal or hidden agenda... takkan nak cari kawan baru kot.. impossible.. and at the same time saya teringat e-mail tentang kerja2 hindu/kristian memurtadkan wanita muslim.. which terdetik kat hati.. mungkin dia tengah 'menjalankan kerjanya'.. sempat jugalah saya baca ayat kursi sekali.. minta perlindungan Allah...

 Then saya cuba menjauhkan diri dari dia... dengan berjalan perlahan sikit... let him jalan kan depan.. I thought dengan mcm tu.. dia akan faham dengan tindakan saya yang tak selesa dengan dia... TETAPI yang membuatkan saya terkejut... at one point dia stop.. tunggu saya to ask my contact number.. So since saya dah rasa semacam.. saya tak bagi la... kata name card dah habis... dia nak juga my h/p no.. tapi saya buat bodo je.. sengih je... He did try to hulurkan tangan nak salam.. tapi I buat bodo je.. Dia cuba ikut saya turun ke Platform Pelabuhan Klang...and I think he still hope to get my contact no... tapi saya kata "Platform Sungai Buluh sebelah sana ..."  Kalaulah dia tak de hidden agenda.. takkan lah bersungguh2 nak minta contact no kan ?...  So dengan berat hatinya dia ke bahagian Platform Sungai Buloh... then lepas tu saya cepat2 masuk ke platform dan wish tak nampak muka dia lagi...

So... to all friends... When a stranger  ask you many questions yang tak sepatutnya.. janganlah jawab... buat2 tak dengar ke... buat2 dapat call ke... or.. buat2 call someone..  dan kalau boleh.. jangan la jalan sensorang... kalau have to.. buat2 la sombong.. so that people tak nak cakap ngan kita... for me kalau utk tujuan keselamatan.. tak salah buat2 sombong ni... dan jangan lupa baca ayat kursi bila nak keluar rumah.. so that kita terlindung dari syaitan yang  menghasut manusia kepada kesesatan...

Please warn all your friends.. jangan anggap kita takkan terjebak... atau terkena.. It can happend to anybody.. ourselves.. sisters...cousins.. semua la.. so kena sentiasa berhati2... dan to all my male friends..please jaga you adik.. kakak.. and even kawan2 perempuan dari anasir2 yang mcm ni...

 

09/24/2006

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum
Selamat menjalani ibadah puasa buat semula umat islam di seluruh dunia terutama buat para pembaca blog aku.  Semoga kita semua mendapat keberkatan disepanjang bulan ramadhan ini.

Jangan lupa order kuih raya ek!  Hehehe.......paling penting kena selalu visit www.farah2u.com macam2 ada kat sana.  Bukan Astro je `macam-macam ada'.....farah2u pun `macam-macam ada'  :-)

Sekian, selamat berbuka puasa.

15:17 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

09/14/2006

YANG DITUNGGU-TUNGGU SUDAH TIBA

Ha! Ni mesti berita baik utk org yg selama ni menanti2 kuih raya aku.  Ramai benor yg tanya.  Tak sabor tul dia org ni.  Entah2 ada diantara mereka yg tanya tu puasa pun tak habis ganti lg….hehehe

Sebenarnya aku seronok bila org tak sabar2 nak tunggu list kuih raya aku.  Itu tandanya mereka suka kuih raya aku.  Ke ada sbb lain?  Uish! Tak baik buruk sangka.  Kena fakir yg positif, yg baik2 je.

Ok, utk semua yg bertanya, aku dah post kan kuih raya, gambar & raya gift/hamper dlm website aku.  Jgn lupa tengok kat www.farah2u.com Pilih saja yg mana berkenan di hati.  Asal jgn berkenan ngan modal dlm web tu sudah….hehehe

Sorry arrr, aku bukan tak nak letak kat blog lagi mcm last year but ever since dah ada proper website tu, better letak kat situ je la kan?

Order jgn tak order.  Sapa yg belum try, try jgn tak try….nanti menyesal….hehehe

Tolong la war-warkan ek!

09/13/2006

ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN…….LATEST NEWS

Semlm ptg balik keje aku singgah kat Asrama Penyayang Nur Iman.  Memang agak lama aku tak pergi visit asrama tu & selalunya kalau aku pergi Ustazah Sarimah tak ada tapi hari ni aku bernasib baik sebab beliau ada & sempat la bersembang sat dgn dia.

Sedih gak bila Ustazah kata pernah 1 bulan dpt sumbangan RM1,000 je.  Bayangkan, sewa rumah je dah RM3,100 (2 buah rumah – 1 buah utk perempuan & 1 buah utk lelaki).  Itu tak masuk makan minum budak2 kat situ.  Bila aku tanya Ustazah, ada tak dpt sumbangan yg permanent setiap bulan, dia kata tak de.  Selama ni aku dok ingat asrama ni dah banyak dpt bantuan sbb satu ketika dulu banyak media masa buat liputan tentang asrama ni, sampai masuk TV la.  Rupanya hangatnya sekejap je.  Biasa la kan, baru2 mmg hangat, lepas tu org lupa.  Tapi aku bukan lupa sebenarnya.  Aku ingat tapi sbb dok ingat dia org dah banyak dpt bantuan.  Rupanya jangkaanku meleset sama sekali.

Bila balik umah aku citer kat hubby aku.  Dia kata biasa la, kebanyakkan org yg menyumbang tu nakkan publisiti, ada kepentingan kat situ, tu pasal memula je hangat.  Itu dah mmg lumrah katanya.  Ish! Nak derma pun kena ada publisiti gak ke?  Tu pasal aku tolak bila ada org offer nak buat liputan media charity yg aku & rakan2 buat ni.  Bagi aku, biar la tangan kanan yg beri & tangan kiri disorokkan.  Dan lagi, hubby aku kata dia mmg nampak Asrama Penyayang Nur Iman ni agak susah berbanding yg lain.

Pemergian aku ke asrama tersebut bukan la dtg kosong sebenarnya.  Hasil dari kutipan setiap bulan, aku belikan barang2 keperluan harian yg aku kira ramai org tak terfikir pun sebelum ni seperti sanitary pad, toiletries, Clorox dsb.  Aku hantar sekali baju2 budak yg terpakai (yg masih elok).

Insyaallah, lepas ni (sebelum puasa kalau boleh), aku nak visit keluarga miskin, Rahimah Bibi pula.  Lama jugak aku tak visit dia, cuma telefon je.  Nak tengok keadaan dia skrg.

Eh! Lupa lak nak b’tau.  Menurut Ustazah Sarimah, kalau boleh dia nak cari tanah nak bina asrama ni atas tanah, senang katanya.  Ada ke sesapa yg nk wakaf kan tanah di sekitar lembah klang ni utk bina rumah anak yatim? 

Akhir sekali, sesapa yg nak join charity group aku ni mmg aku alu-alukan sgt bagi menambahkan lagi collection yg sedia ada.  Lagi ramai lagi banyak collection kita dpt & banyak juga kita boleh agihkan sumbangan tu.

 

17:00 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

KARAOKE......KARAOKE.....KARAOKE

Sebut pasal karaoke semua org tau, semua org suka...termasuk la aku yg tak tau menyanyi ni...hehehe

Cumanya yg aku tak faham org yg berkaraoke ni sampai lupa diri.  Contohnya kat tempat kediaman aku ni tapi bukan dlm kawasan taman umah aku ni.  Rasanya dari kem kat depan umah aku tu la.  Aku ingat dah sebulan ada la dia org tu terlalak2, bila aku balik keje je dah start sampai la kul 12 tengah mlm, tu pun kadang terlebih.  Termasuk la mlm jumaat.  Mlm jumaat pun depa nak melalak.  Pasar dinihari tu pun tutup pd mlm jumaat.

Suara kalau sedap tak pe tapi semuanya hampeh.  Kuat pulak tu.  Kalau aku dok kat luar umah mmg jelas giler boleh dengar suara depa menyanyi.  Tak tau nak hormat org langsung la.  Kalau sesekali tak pe le lagi, ini tiap2 hari.

Apa nak jadi?  Hiburan....hiburan....hiburan.....skrg ni aku sampai dah naik lemas dgr dia org tu berkaraoke. 

01:44 Posted in Music | Permalink | Comments (0) | Email this

09/06/2006

ALAHAI KOWAJA.........

Sapa tau KOWAJA? Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. Aku bukan nk ckp apa2 yg tak elok pasal KOWAJA ni tp aku nk ckp pasal agent dia.

Aku pernah dapat brochure entah dari siapa. Punya la banyak then aku pun terfikir la nk call, bukan nk buat personal loan tapi aku tertarik kat ayat `Eksekutif Pemasaran Sambilan diperlukan segera, Potensi pendapatan tambahan RM5,000 sebulan'. Bagi org yg business minded mcm aku mmg kukira agak menarik. Then, satu pertemuan diaturkan. Nama org tu SULAIMAN & dia dtg office aku dgn sorang pompuan namanya SHIDA (lupa lak nama penuh dia).

Cerita punya cerita.....hmmm biasa la kan mesti la dia org provoke aku to become an agent then dia kata kena bayar RM100 & dia akan bagi brochure 1000 keping & ada la sikit dokumen serta 2 forms. Kalo nk lebih kena beli katanya. Yg peliknya kat form tu dah siap chop nama tapi bukan nama dia, nama org lain. Dia kata tu la agent dia. Uish! Bahay ni buat keje cam ni. Buatnya dia tak bayar commission aku, apa bukti yg membolehkan aku tuntut. Then si budak 2 org tu kata, tak pe base on trust & yg agent tu pun Pak Aji......hahahaha....hello, jgn ukur hati budi org dr pakaian or title dia. Lepas tu banyak lagi la dia ckp yg berupa provokasi. Agaknya sbb dia pun mcm dah tunjuk muka aku pun sign la cek bagi kat dia RM100 atas nama si SHIDA tu sbb mamat tu suruh atas nama minah tu.

As an agent, aku dibayar 3%, habis dia dpt brapa plak & yg dia kat Pak Aji tu plak dpt brapa then KOWAJA itself plak?  Ish! Business apa kebende ni.  Puzzle gak tapi tak pe aku ramai consultant...hehehe

Ptg tu gak aku story kat member office aku & balik umah kat hubby aku plak. Semua org tak encourage aku buat. Yg aku plak tak tau rupanya sejak kes dulu tu (ada la.....tak boleh ckp sbb berlaku di office aku), mgmt dah tak accept potongan Biro Angkasa. Pd setiap org yg aku cerita termasuk husband aku advise aku supaya quit. Aku pun berdoa la pd Allah. Lepas beberapa hari aku rasa tawar hati sgt nk meneruskan keje aku tu then aku pun sms la si minah yg nama SHIDA tu supaya dia pulangkan semula RM100 aku & aku berjanji akan pulangkan semula brg2 yg dia bg kat aku dlm keadaan baik. Aku ingat 3 kali sms la tapi tak dpt reply gak then suddenly si mamat tu call. Bertekak la jugak sbb he refuse to refund my money. Aku malas nk ckp banyak bila dia membebel, aku cuma tanya `skrg u nk pulang ke tak nk if not i ada cara lain nk dpt kan balik duit i tu'. Dia tanya cara apa tp idak ler aku b'tau. Aku tak la bangang mcm kau nk b'tau. Bodoh betul la. Finally dia kata `tengok la nxt wk' then terus matikan tepon. Dasar kurang ajar. Aku ckp elok2 ko kurang ajar plak ek.

Seminggu aku tunggu tak de gak berita pasal duit aku tu then aku pun call la si SHIDA tu.  Siap kata confuse nak masuk kat bank mana.  Lepas tu aku tunggu lg beberapa hari, tak de gak.  Bila aku sms tanya rupanya dia kata dah bank-in kan tapi mmg aku nampak statement tu ada RM50 cuma aku tak tau sapa yg bank-in & akhirnya terjawab.  Then aku sms balik kenapa pulak RM50 padahal aku dah kata yg aku akan pulangkan semula brg2 yg dia bagi dlm keadaan baik.  Aku kata kalo nk berkira sgt tolak la duit minyak yg korang dah dtg office aku hari tu.  Yg pelik tu, dia kata tak yah pulang sebenarnya dan takkan duit minyak sampai RM50, melampau.  Tak juga reply.  Lepas beberapa hari aku dah meluat nak tunggu aku pun sms dgn beritahu yg aku akan take action atas apa yg berlaku & buat report pd pihak tertentu & yg pasti aku tak halalkan duit tu.  Aku sms tu semlm ptg tp tak de jawapan sampai pg ni tp mlm td aku dah tau dah, instinct aku dah rasa, esok pg dia mesti call aku.

Sah!  Pagi ni si mamat tu call beritahu dia dah ada kat luar office aku.  Pas tu siap mcm mengungut plak nk pulang duit aku tu.  Aku dah kata aku dlm waktu keje, apa kejadah nk kena keluar.  Masuk je la.  Tak perlu pergi parking, juz berhenti kat depan lobby, aku turun la.  Bila aku dah sampai lobby, dia call then aku kata aku dah kat lobby tapi ada la kete lain kat situ, mana la aku tau dia pakai kete apa.  Siap marah aku lagi, `dtg la sini, takkan i nk masuk sembah muka u lg'.  Nasib baik aku boleh control kesabaran aku, aku cuma balas `sombongnya u ni' then terus dia cutt the line.  Kalo ikut hati aku nk maki je.  Pas tu, bila aku dtg kat dia, dua2 ekor tu dgn muka sombongnya yg masam mencuka, buka cermin kete pun tak habis, bg duit kat aku & aku bg hak dia balik then aku pun ckp la TQ (budi bahasa).  Haram kejadah dia tak jwb.

Yg aku nk cakapkan skrg m'mana KOWAJA bole ada agen kurang ajar mcm tu.  Eeeee....mujur aku tak jadi deal dgn dia, if not kena con la dgn dia org berdua ni.  Aku sebenarnya mmg dah ada plan kalo dia tak nak pulangkan balik duit aku.  Lepas tu baru la aku tersedar dr lamunan & ramai pulak yg b'tau akan sindiket koperasi2 yg bagi pinjaman ni.  Banyak kes rupanya & salah satu kes pernah berlaku di office aku.  Sapa2 yg nk buat pinjaman koperasi tu aku nasihatkan rentikan ler.  Buat rugi korang je unless kalo korang berani cam aku, berani fight balik.  hehehe.  Somemore interest dia tinggi beb, dah tu kalo korang pinjam RM16k bukan dpt RM16k, tak silap aku RM4k terbang cam tu je.

Pd SULAIMAN yg sombong bodoh tu, aku nk b'tau kalo setakat jd agent KOWAJA tu jgn ler nk berlagak pulak.  Dah la bodoh, sombong pulak tu.  Ada lagi, kurang ajar.  Waduh!  Aku dah biasa dah jumpa perangai org sombong bodoh lg kurang ajar mcm kau tu.  Si SHIDA plak, kalo nk buat keputusan jgn ler refer kat bf awak yg bangang tu.  Aku tau la ko tu ada affair ngan mamat tu...........hahahaha.......jgn marah.

Apa yg korang dah buat kat aku, aku tak marah cuma bengang je.  Lagipun aku ni marah ke bengang ke apa ke tapi aku tetap happy.  Kalo korang berada di pihak yg benar, korang mesti fight balik pasal duit yg aku dah bayar tu.  Aku rasa korang berdua ni mmg con man la.  Sebenarnya, ada detail lg yg aku nk cerita tapi pjg sgt la pulak.  Cerita one to one lg best.  Bukan apa, nk jadikan org pengajaran dr citer aku.  We grow fr our experiences & we learn fr our mistakes right?

09/05/2006

CEPAT MASA BERLALU.......

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar kita dah nak sambut puasa.  Hari ni dah 12 syaaban, bermakna tak lama sampai 1 bulan lagi kita akan menyambut puasa.  Mak!  Kuih raya aku.  Aduhai!  Baru upload sikit gambar.  Ni pun ada lagi yg belum siap & yg belum diambil gambar.  Tu la, sebelum ni relax je.  Sebenarnya bukan relax tapi dok sibuk dgn SUSEN.

Memang ramai dah tanya aku mana kuih raya?  Tak jual kuih raya ke thn ni?  Sabar la wei.  Depa dok kata org lain dah start hantar sample la dah start e-mail la dah start jual la.  Biaq p la kat depa tu.  Kalau dah rezeki tak ke mana.  Puasa thn lepas pun tak habis ganti lagi korang ni dah sibuk tanya pasal kuih raya.  Ish! Ish!.

Anyway, sememangnya kuih raya dah sinonim dgn aku.  Dah berbelas thn aku menjualnya.  Dari kecik market aku sampai la skrg, alhamdulillah.

Kpd yg menunggu, jgn risau....teruskan menunggu.......hehehe....aku tengah dok sibuk menyusun la ni.  Kalo takat list kuih raya je no hal tp ni dgn corporate hamper & gift nyer la & thn ni lak aku ingat nk masukkan a few gambar kuih dlm website farah2u aku tu.  Kalau sebelum ni aku letak kat blog yg khusus aku buat utk kuih raya tp kali ni tak lagi.  Sampai aku tak dpt nk p gym la sbb sibuk menyediakan benda alah ni semua.  Padan muka aku....hehehe

09/04/2006

Kenangan Di Putrajaya

Ni antara gambar2 yg sempat aku ambik masa p Putrajaya baru2 ni.  Ni bukan la 1st time aku p sana tapi sebab kali ni agak special sket tu yg amik gambor utk diabadikan sbg kenangan.  sikit je kat sini.  nak tengok lg jom p kat sini http://familyphoto.fotopages.com

 medium_main_lastik.jpg2 hero aku cuba melastik tapi tak menjadi....hehehe

 

 

 

 

ni la dia pokok tongkat ali.....medium_pokok_tongkat_ali.jpg 

ni plak rubber tapper demonstration, terpelik anak2 aku tengok
medium_rubber_tapper_demonstration.jpg

13:34 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

09/01/2006

PERIHAL BLOG

Blog aku jadi Hari Ini Dalam Sejarah sbb dah setahun lebih aku ber blog, in Aug’ 06, more than 1 thousand people yg visit blog aku. Tqvm.  Really appreciate it.  Happy gak….hehehe

Cumanya, bila among of my colleagues bila citer2 pasal blog ni ada gak yg ckp nyer tu menakutkan aku.  Kadang aku mmg heran sbb ramai yg baca blog tp tak ramai yg tinggalkan msg kat tagboard.  Sometimes, gak yg e-mail je.  Then ada lak kawan aku kata aku ni mungkin ramai secret admire, dia org tak pernah ketinggalan baca blog tapi takkan tinggal msg kat tagboard sbb namanya pun secret admire.  Hahaha…..mcm aku ni ada secret admire ke?

Ada lak yg kata, `eh! Farah kau tak takut ke ada blog ni nanti ramai peminat & tak kurang juga musuh?’  Peminat?  Apa korang ingat aku artis.  Aku tau la aku fofular tapi tak la fofular aku cam celebrity.  Kelakar tul dia org tu.  Musuh?  Hmmm…ni di luar bidang kuasa aku.  Aku tak pernah ada musuh & tak pernah nak bermusuh dgn org tp kalo org nk jadikan aku musuh, what to do.  Aku berserah pd Allah je kerana hanya Dia yg mengerti niat aku berblog.

Mmg tak dinafikan akan ada msg yg berbau cinta, yg nakal, yg lucah & mcm2 lg kat e-mail aku tu.  Ada kawan aku kata sbb gambar aku tu.  Sexy ke gambor aku tu?  Aku rasa biasa je.  Sebelum aku letak gambar2 kat blog atau website aku, I will seek my husband’s opinion dulu then kalau dpt green light baru la aku letak.

Entah la, masing2 punya pendapat nyer yg tersendiri.  Kita ni kalo buat sesuatu nak pk org mmg takkan buat.  Bagi aku, aku tetap aku & aku tetap akan buat apa yg aku rasa aku nak buat.  As long as aku tak kacau org tp kalo ada org yg rasa terganggu, tak dapek nak nolong.  Itu hak korang la kan.

Nanti la kalo aku ada masa nak gak cerita pengalaman berblog & buat biz ni.  Bukan nak mengaibkan org tapi utk dijadikan iktibar.

 

14:10 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts