10/30/2006
Don : The Chase Begins
Semalam baca Bintang Popular kat Berita Minggu.....bintang `Don' akan berada di KL coz ada World Premiere Royal Gala Dinner di KLCC. Bila? Apasal la info dia tak complete? Cewah! Macam la aku leh join dia org tu. Mana tak, yg diundang tu mostly VVIP even tetamu diraja pun ada. Siapa la aku yg nak p ke sana tu.
Tapi, aku tak kira.....kalau ada chance aku memang nak p coz baca punya baca si ARJUN RAMPAL pun akan turut hadir. Uwaaaaa!!!!!! Aku nak jumpa ARJUN RAMPAL. The rest tu aku tak kisah sgt tapi ARJUN RAMPAL tu penting sgt. Errr....tapi kalo boleh nak gak jumpa dgn Priyanka Chopra, Kareena Kapor & Shah Rukh Khan juga but no. 1 is ARJUN RAMPAL la.
Dia dah nak mai KL pun aku masih tak boleh nak jumpa hero aku tu lagi. Aku p Mumbai kang baru tau! Lagi la susah sbb tang mana aku nak tuju. Dah la birthday si ARJUN RAMPAL tu tak lama lagi. Kalau dapat jumpa boleh gak aku wish dia in advance & boleh gak la bagi apa2 sebagai tanda kenangan dari peminat dia kat KL ni. Tak kira la org nak kata aku perasaan ke berangan ke but I hope my dream will comes true.....nak jumpa ARJUN RAMPAL & to be a friend with him.
13:19 Posted in Film | Permalink | Comments (0) | Email this
10/20/2006
SALAM AIDIL FITRI
Dalam keghairahan menanti Syawal menjelma, kita seharusnya merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan. Moga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita semua. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi pada Ramadhan akan datang.
Sekali lagi aku mohon maaf dari tangan hingga ke hati. Bagi yg pulang beraya di kampung macam aku ni, hati2 ketika memandu. Berehat sebentar (kalo mengantuk) kat Petronas…..hehehe mcm iklan Petronas plak.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga terhibur dgn lagu raya kat blog aku ni.
Jemput bertandang ke teratak buruk aku seminggu selepas raya. Tiada open house sbb pintu rumah aku sentiasa open utk sesiapa saja yg sudi dtg.
Dari aku & family,
Sazarol Kamal + Farah = Afiq Shazman, Izzat Farkhan & Saidatul Fiqah
12:00 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
10/18/2006
14th Years Anniversary
Hari ni genap la 14 tahun usia perkahwinan aku dgn suami tersayang. Semoga rumahtangga yg kami bina ini akan terus berkekalan hendaknya.
Mengimbau kembali detik2 awal perkahwinan kami, aku rasa makin lama usia perkahwinanku, semakin mesra & semakin serasi ku rasakan. Mudah-mudahan akan berterusan begini. Setakat terkucil sikit tu biasa la dlm alam rumahtangga bak kat pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Tapi, selama 14 tahun kami kahwin belum pernah lagi kami perang besar. Yang selalu merajuk ada. Aku ler tu....hehehe
Tidak dinafikan juga, disepanjang kami menempuh alam perkahwinan ini, ada insan yang cuba mengganggu rumahtangga kami. Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. Kami bertindak tidak mengikut perasaan. Itu la sebabnya kita jangan percaya pada pihak ke-3. Dan toilerasi itu penting sangat dalam rumahtangga.
Suamiku memang seorang suami & ayah yang baik. Suamiku bukan hartawan, bukan jutawan juga bukan cendekiawan. Namun begitu, aku bahagia sangat disamping nyer.
Buat suamiku, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke-14. Tak payah hadiah2 la ye! Kita p makan je kat luar nak? Bawak anak2 sekali.
12:54 Posted in Announcement | Permalink | Comments (0) | Email this
10/10/2006
SELAMAT HARI LAHIR & SELAMAT BERSARA
Selamat Hari Lahir Yang ke-56 buat bonda tercinta, Fatimah bte Gimin. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta hidup sentiasa diberkati. Selamat bersara juga buat bondaku. Selamat berehat. Semoga dapat dipenuhi masa bersara ini dengan ibadah yang lebih baik lag.
Actually, mak aku dah last day kerja hari Khamis lepas, 5/10/06 walau sepatutnya dia last day hari ni tapi disebabkan dia ada cuti kerja ganti so dia dpt la awal sikit.
Lama dah mak aku kerja ngan govt ni. Berpuluh2 tahun. Dari awal lagi aku kata pencen, suruh ambik pencen awal dia tak mau. Nak jua sampai umur 56 tahun. Mak aku mula berkhidmat di Sek Men Pt Bunga & kat sekolah tu la dia paling lama. Kalau pelajar dulu2 ni sebut je Kak Timah mmg dia org kenal dgn mak aku even Ramlah Ram yg dah jd penyanyi popular tu pun masih ingat lagi pada dia. Itu la pelajar dulu tapi pelajar skrg ni sombong. Itu dari cerita mak aku la.
Beberapa tahun sebelum mak aku pencen baru la dia ditukarkan ke Sek Keb Tamil kat Muar gak.
Apapun, selamat bersara buat mak. Selamat hari lahir lagi sekali. Lepas ni senang la sikit mak nak jalan kan? Gambar? hehehe....mak aku bukan mcm anak dia yg sorang ni yg gila glamour......hahaha
13:35 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
10/01/2006
ANNOUNCEMENT / PENGUMUMAN
This is to inform that Nano Technology Shaping Undergarments under products codes F002 & F002A will be discontinued with the stock are now sold out. Consequently, Package D (PP03A) & Package E (PP04) will be no longer available with immediate effect. Visit www.farah2u.com
Dimaklumkan bahawa Pakaian Dalam Pembentukan Rupa Badan Berteknologi Nano di bawah kod produk F002 & F002A tidak lagi dijual setelah penghabisan stok. Justeru itu, Pakej D (PP03A) & Paken E (P004) juga tidak akan berada di pasaran lagi. Berkuatkuasa serta merta. Layari www.farah2u.com
13:16 Posted in Announcement | Permalink | Comments (0) | Email this

