12/26/2006
Ala.....bz la.....
Laaa....kejap nyer masa berlalu......bz la, tak sempat nak update blog. Macam2 hal skrg ni. Ingat nak update weekend hari tu tapi weekend lagi la bz. Dgn mak long aku dtg dr JB, 3 kereta.....penuh rumah....mcm bom dia org tidur. Patutnya 25hb tu aku kena ikut partner aku p make-up pengantin & bukak pelamin tapi dah mak long aku dtg kan. Mujur dpt partner yg paham & dia pun ckp kat aku, dia org tu bukan selalu dtg kacau.
Anyway, tengok la mlm ni kalo aku rajin aku update lg blog aku ni. Kalo tak esok ke tapi esok ptg aku dah nk balik kg dah. Hmmm........
18:32 Posted in Information | Permalink | Comments (0) | Email this
12/20/2006
RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA
SELAMAT MENCUBA.......................
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati.
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing2, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.
Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan2 di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing2.
Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.
18:20 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
12/19/2006
Hak Suami Ke Atas Pendapatan Isteri Yang Berkerjaya
Just to share with everybody.....apapun, muafakat membawa berkat....happy reading :
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga. Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya.
Alasan boring ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat sesetengah "ustaz/ustazah" kursus rumahtangga yang berkata duit isteri...isteri punya dan duit suami isteri punya, jika isteri bekerja; kerna inilah punca utama kebobrokan rumahtangga dan berleluasanya perbuatan 'Nusyuz' dikalangan para isteri berkerjaya yg kononnya untuk membantu beban kewangan keluarga. Perlu difahami 2 perkara ini bahawa:
1) Duit/harta isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga,wang mas kahwin dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.
2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami dan menjadi hak suami berbelanja atas urusan keluarga, pihak isteri kena faham ini. Sebagai seorang Isteri, apabila telah berumahtangga, dirinya menjadi hak mutlak suami apatah lagi pendapatannya keluar bekerja dgn izin dari suaminya. Kerna tanpa izin suami, haram ke atas isteri keluar bekerja apatah lagi berbelanja dari hasilan pekerjaan nya. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit belanja pun atau apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah, kerana ia membawa berkat. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami.
13:30 Posted in Information | Permalink | Comments (0) | Email this
12/18/2006
PERISTIWA YANG DAH BERLALU
1st......belated birthday to my daughter. 15th Dec 2006, genap la usia anak aku yg kecik (hopefully) 7 thn. Oleh kerana dia lahir pd bulan Dec, so kira dia la termuda antara yg muda.....hehehe.....kita org tak beli apa2 hadiah kat dia....juz mlm tu bawa dia makan kat Raflessia Chicken Nut dekat The Mall then lepas makan bawak dia jalan2 sekitar KL. Insyaallah, end of this year nak celebrate b'day dia kat umah mak sbb mak yg propose buat sekali masa kenduri. Tks mom.
2nd......saturday....sibuk dgn urusan di rumah & keluar sekejap juz to view shoplot yg bakal aku sewa. Tak de result lg coz I have to discuss with my partner. Malam, aku & hubby went for dinner....charity dinner....PTGS nyer dinner call it Makan Malam Amal Kelab Kebajikan & Sukan PTGS @ Holiday Villa, Subang....lebih kurang mcm tu la bunyinya. Aku pun dah lupa sbb dah over. The emcee was Shamsul Ghau Ghau & the artis was Ziana Zain & M.Nasir.
Overall, ok la. Charity dinner pun tapi not bad gak. Nxt time bole propose Shamsul Ghau Ghau jadi emcee kat SC pulak. Ni 2nd time aku tengok dia jadi emcee. B4 dia emcee kat FINAS nyer dinner. Masa tu protocol giler. M.Nasir pun best. Ziana Zain biasa je sbb dah biasa tengok show dia. Habis pun awal, ye la charity dinner. As usual bila ada function kat hotel, nak balik sure jem...jem kat hotel je.
Mlm tu bawak anak2 keluar makan lagi coz dia org tak tidor lg & mereka kata lapar so dah cuti sekolah kan, bawak la keluar walau dah tengah mlm.
3rd.....sunday tu kita org pergi jemputan kenduri kahwin di Felda Besout. Cousin husband aku nyer anak kahwin. Pengantin 4. Family dia fr Pt Buntar dtg 2 kereta. Jumpa di sana. Tak de singgah memana pun. Terus balik umah.
p/s : pic tak leh post...service unavailable....
17:22 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this
12/14/2006
SOLAT 5 WAKTU
~ terharu aku baca artikel ni. ada pulak org yg solat 5 waktu nyer tak tinggal tapi tetap pula buat maksiat, zina dsb. jadi apakah nama solat mereka itu? musykil aku dgn kehidupan anak muda zaman skrg. ya allah, kau jadikan la aku & keturunanku org2 yg mendirikan solat ~
SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.
``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. ``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.
Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. ``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak . ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.
12:50 Posted in Agama | Permalink | Comments (0) | Email this
12/13/2006
ANNUAL DINNER 2006
Annual ni dah lama lepas, 1hb Dec hari tu @ KL Hilton tapi asyik lupa je nk put this n3.
The theme AD for this year `Retro & Grooves'. The emcee was Aznil. Tau je la kalo emcee nyer Aznil. Tak kering gusi dibuatnya. Artis undangan Jay Jay lagi, dgn life band. Aku mmg suka kalo artis perform ngan life band ni. Tambah lak artis tu mmg favourite aku. Aku rasa kalo nk bagi rating utk AD this aku bagi 5 bintang....yg 6 bintang masa artis undangan nyer Jay Jay juga dgn Fran & the emcee was Adibah Noor. Alamak, mana pulak aku letak gambor ngan Aznil ni?
Disamping kami dihiburkan oleh artis2 tadi....kami juga dihiburkan oleh staff yg berbakai bakat dari SC sendiri
termasuk juga life band. Not bad. Paling best, management yg sporting bila Jay Jay meminta dia org menari kat stage.
B4 AD tu mmg ramai la staff yg sibuk dok bercerita & mencari baju apa yg nk dipakai mlm tu. Aku mcm biasa buat hal aku. Bila org tanya pakai apa, aku kata `surprise'. Aku p cari baju tu ngan kawan cum biz partner aku. Ada a few gak yg berkenan tp dia yg nk aku pakai camtu. Katanya biar aku tak menang best dress mlm tu asal aku glamour mlm tu. Hehehe......aku pun bila setiap kali p AD ni bukan nk menang pun, aku mmg suka dress up. Kalo menang, alhamdulillah, rezeki. Part of pakaian aku hari tu kawan aku yg sponsor. Even baju yg dibeli tu pun mmg plan nak letak kat kedai, utk buat sewa. Biasa ler, sebelum sewakan mesti la tuan punya bergaya dulu, nk tengok ok ke tak.
Spt biasa, hari Isnin nyer bila balik keje mcm2 cerita pasal AD. Ada yg tak puas hati napa aku tak terpilih for best dress la...mcm2 la.....tak kurang juga yg mengata. Depa pun kata aku mmg selalu menimbulkan kontroversi.....hahaha...mcm artis lak aku rasa rasa bila org ckp mcm tu. Bg mereka yg tak jumpa aku mlm tu tp hanya dgr citer je, sibuk nak tengok gambar aku & sibuk tanya aku pakai apa....ada yg puji ada yg keji....biasa la manusia mana pernah puas hati. Yg pelik nyer aku tak pernah rasa sibuk2 pasal tu semua. Bg aku, yg penting aku puas dgn penampilan aku mlm tu, enjoy the show as well as the food, ok enough. Tp tu la bak kata kawan aku la kan aku ni popular so org pun sibuk amik tau pasal aku........hehehe....
Apapapun, alhamdulillah mlm tu aku menang lagi lucky draw utk kali ke-2 selepas 11 thn join SC. Tp kali ni aku dpt hadiah kecik dr dulu, dpt OSIM massager je. Ok la tu kan? Lucky dip lak aku dpt table lamp.
For more AD 2006 pic, visit http://familyphoto.fotopages.com
13:05 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this
12/12/2006
LAWAK HARI SELASA
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah
matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
TU PASAL LELAKI BUTA.....NI PASAL KONDOM LAK.............
Leman sudah berusia hampir 35 tahun tetapi masih belum berkahwin. Bukannya tak hensem tetapi dia tidak tahu macam mana nak mengorat awek. Atas alasan itu, dia mengambil keputusan untuk membujang sahaja. Satu malam, dia teringin untuk melakukan hubungan seks. Satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Jadi, dia telah ke pekan untuk mencari seorang pelacur. Setelah berjumpa, Leman membawa pelacur itu
balik ke rumahnya... . Apabila Leman handak memulakannya, tiba-tiba pelacur itu menolak Leman...
Leman : Kenapa?
Pelacur : Awak perlu memakai Kondom dahulu...
Leman : Kondom tu hapa?
Pelacur : Nah.. ambil ni dan sarungkan pada awak punya tuuu.. Kalau awak tak pakai kondom, saya akan mengandung... .
Leman : Oooo...
Lima tahun berlalu... Kisah tersebut masih dalam ingatan Leman. Tetapi masih ada perkara yang masih diragukan... Lalu Leman mencapai telefon dan ! mendail nombor hanphone pelacur itu.
Leman : Hello... Saya Leman, Ingat Lagi? Lima tahun dulu saya ada booking awak... .
Pelacur : Ye.. Ye.. Ingat... Kenapa?
Leman : Saya nak tanya sikit, bila boleh saya tanggalkan kondom ni?
hahaha....ada ke manusia sebodoh Leman di zaman yg serba canggih ni?
12:57 Posted in Joke | Permalink | Comments (0) | Email this
12/11/2006
TODAY'S STORY
Nak story apa ye today?
Aku on leave hari ni. Pergi PUNB...dgr talk dia dulu then jawab soalan. Kononnya nak buat loan. Mudah-mudahan approve la. Skrg ni tunggu nk submit proposal je kat dia org. Aku pergi ditemani Nan, my future partner. Tks Nan. Moga apa yg kita plan akan menjadi.
Bila balik umah aku story mory la kat husband aku apa yg aku dgr talk dia org. Interesting....bg aku la...org lain tak tau. Husband aku mcm risau lak bila aku mmg serious nk buat loan sbb katanya dia kalo bole nk business ni biar guna duit sendiri dari buat loan & dia suggest kat aku supaya cagarkan umah yg satu lg tu. Hi! Entah la, dlm dilema lak skrg ni. Kena bincang balik dgn Nan nampak gayanya.
Kononnya aku nak p gym kat office lepas settle semua tp bila sampai umah citer bawang merah bawang putih baru je start, pas tu hujan then malas la plak nk kuar.
Dpt lak call dari Yana....kesian tengah ada problem rupanya dia. Udah ler baru frust, ingat dah dpt bf baru dia dah happy, rupanya masalah juga. Kalo la aku tau dia cuti aku akan luangkan masa jumpa dia & make her happy. Yana ni dah kuanggap mcm adik & dia plak bila ada problem je mesti ngadu kat aku.
Ini je la cerita utk hari ni.....ada lg satu but too personal to story here. :-)
22:55 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this
12/09/2006
HARUSKAH.............
Haruskah aku menerima tawaran itu?
Semlm kawan aku offer satu job.....it's a freelance job. Mmg interesting tp kalo aku accept I have to take leave for 3 weeks. Waduh! Nk cuti 1 minggu pun susah, inikan pula 3 weeks. Menjerit boss aku.
Fikir punya fikir aku terpaksa tolak & my fren tu pulak terpaksa open for interview for that job. Lepas tu rasa mcm rugi lak. Pergi Hawaii tu.....hmmm tak pe la. Ada juga aku story kat other friends aku bout this offer & dia org suruh aku accept sbb katanya peluang tak dtg berkali2. Tp, entah la......aku rasa aku belum bersedia utk mengheret diri aku sejauh tu tu.....somemore english aku pun bukan nyer berapa betul sgt. Then, kawan aku lak kata....bila lagi yg nk bersedia? Dari dulu dia tu dgr aku asyik dok ckp belum bersedia je.
Insyaallah, nxt yr bila plan aku jd dgn member aku ni, aku akan jadi lebih berani dr skrg. Skrg ni consider aku berani tau kalo compare ngan dulu.............sebenarnya galakan & dorongan dr husband & friends la yg buat aku berada ditempat skrg. Keizinan dr Allah juga.....:-)
BTW, tks to Azran sbb offer aku that job. Really appreciate it but sorry can't accept it.
12:27 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
12/08/2006
GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!
Two men were on a plane on a business trip when a Muslim couple boarded
the plane and were seated right in front of them.
The two men, eager to have some fun, started talking loudly. "My boss
is sending me to Saudi Arabia", the one said, "But I don't want to
go...too many Muslims there!"
The Muslim couple noticeably heard and grew uncomfortable.
The other guy laughed, "Oh, yeah, my boss wanted to send me to Pakistan
but I refused...WAY too many Muslims!" Smiling, the first man said,
"One time I was in Iran but I HATED the fact that there were so many
Muslims!"
The couple fidgeted. The other guy responded, "Oh, yeah...you can't go ANYWHERE to get away from them...the last time I was in FRANCE I ran into a bunch of them too!"
The first guy was laughing hysterically as he added, "That is why
you'll never see me in Indonesia...WAY too many Muslims!"
At this, the Muslim man turned around and responded politely, "Why
don't you go to Hell?", he asked, "I heard there's NO Muslim THERE!"
PADAN MUKA………HAHAHAHA…………
13:42 Posted in Joke | Permalink | Comments (0) | Email this

