02/23/2007

PERISTIWA SEKITAR CUTI CNY

Peristiwa Pertama - 2 hari sebelum CNY, berlaku pada ptg 16/2 (Jumaat) lebih kurang jam 7.30 p.m di Jln Genting Klang, berdekatan dgn Caltex/Tokong Hindu/Traffic Light ke Wangsa Maju.  Jalan waktu tu mmg jem.  Dgn hujannya lg. Husband aku ada urusan lain so aku nak kena cepat sbb nak kena amik anak2. Nak kejar waktu maghrib lagi. Tetiba ada sebuah teksi yg aku dah nampak dari side mirror dia jump q......udah ler kat situ double-line. Kerana itu juga dia telah menghalang laluan dari arah bertentangan.  Nak menyelit depan aku. Spt biasa, aku mmg berkata dlm hati `kau sedap2 potong q, kat double-line lagi, pas tu tak bagi signal, jgn harap kau boleh masuk depan aku'.  Dia nak selit gak aku pun garang gak.....hehehe......Berentap......aku yg jarang & tak suka main honk ni tapi aku honk kat dia.  Kereta lain pun apa lagi berbalas-balas honk la. 

Finally, tersangkut gak kat red traffic light. By that time, aku mmg dah dok kat lane aku utk ke kanan. Si teksi tadi rupanya dah ada kat sebelah aku (sebelah kiri).  Maybe dia dpt menyelit belakang aku. Mujur waktu tu hujan & hari pun dah gelap & aku plak mmg spt biasa akan lock kereta cuma tingkap je selalu buka tp sbb hujan aku tutup la. Namun begitu, aku dengar si driver taxi memarahi aku. Walaupun tak begitu jelas, aku cuma boleh dengar perkataan `lain kali jgn kurang ajar'......tu je.....pas tu dia membebel2 apa aku tak amik tau.....then aku pun ganas gak......jawab lagi.....`sapa suruh potong q?' then dia nak ambik bungkusan air dia nak baling kat aku.  Aku buat derk je sbb hakikatnya dia yg kurang ajar.  Lepas tu, kereta belakang aku jerit.  Agaknya, dia pun nak marah la driver taxi tu. Apa lagi, si driver taxi tu naik berang buka pintu kereta & tarik tangan kakak yg dok kat sebelah dia tu.  Agaknya mcm nk jadikan tebusan kot.  Kakak tu pun menjerit bila tangannya ditarik. Kesian plak aku tengok.  Aku yg tadi berani sgt dah naik menggigil.

Lantas......aku ambil telefon & call Bkt Aman dulu coz itu yg terlintas di kepala aku saat itu.  Aku dah ceritakan segalanya kat Inspector Khairul. Dah bagi company taxi tu & plat no nyer sekali.  Masa aku sedang bercakap tu si driver taxi ni masa patah balik dari memarahi kereta kat belakang aku tu dok ketuk2 pintu kereta aku tp aku terus je buat laporan kat Inspector Khairul tu.  Bila lampu hijau, aku nampak taxi tu berhenti mcm nak turunkan passanger tadi. Agaknya kakak tu tadi dah takut kot dgn sikap taxi driver tu.  Aku pun apa lagi pecut la sbb takut dia follow.  Lepas tu aku tak tau apa jadi sbb kalau ikut Inspector Khairul tu kata dia akan maklumkan pada Balai Polis yg berdekatan & akan block taxi tu.  Betul atau tak, wallahualam.  Aku dah tak ingat no taxi & no company tu sbb masa aku buat report aku tengah driving so masa bila plak aku nak tulis.  Tu pun kira salah sbb ckp kat tepon while driving tp nk buat camne.

Macam tu la perangai driver taxi. Kalau ikut polis & org ramai biasanya yg gangster mcm tu India. Tapi aku rasa mcm melayu pun ada. Mamak kot. Org nyer tak la besar mana. Biasa je. Yg pasti tak pakai uniform driver taxi.

Aku plak, mmg keras kepala.  Mmg aku mcm tu. Aku tak peduli, ko nk langgar undang2 jalanraya, nk potong q ke nak apa ke ko punya pasal tp jgn cuba ganggu laluan aku.  Ganggu kalu....mmg aku titik cukup2. Aku tak peduli.  Unless bila nak ganggu tu ko angkat tangan then hati aku akan jd lembut.  Kenapa? Sbb itu cara aku nk ajar org yg kurang ajar kat jalanraya ni. Aku pun sebenarnya bukan pemandu yg berhemah pun tp bila aku buat aku tak melibatkan org lain & bila nk melibatkan org lain aku akan say sorry walaupun yg aku ckp tu org tu tak dgr....at least aku angkat tangan. 

Peristiwa Kedua - Pertunangan adik lelaki aku.  Alhamdulillah, dah selamat. Adik aku ada kat Sabah.  Bertunang dpt  org Muar juga. Gubahan2 dia adalah hasil sentuhan aku.  Sentuhan pertama tu.  Boleh la tapi masih banyak yg perlu dipelajari.  Gubahan2 dia boleh di lihat di http://farah2ubridal.fotopages.com Kat sini cuma nak letak gubahan dari pihak perempuan & gambar mak aku tengah sarung cincin.  Hantaran dari adik aku 7 dulang berbalas 11.  Tahniah buat mereka berdua.   medium_sarung_cincin.2.jpg

medium_hantaran_dari_pihak_perempuan.2.jpg

 

medium_bersama_bakal_menantu.2.jpg

 

Peristiwa Terakhir - Waktu nak balik KL.  Dari Muar sampai KL 4 jam.  Along the highway kereta banyak. Slow moving & certain tempat ada gak berhenti-henti. Tu yg rasa malas nak jln time cuti2 mcm ni.  Tapi terpaksa.......hahaha                      

 

13:30 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

02/21/2007

Bar Code _ JAKIM

Baru-baru ni aku ada la dpt e-mail dari seorang kawan, beritahu camne kita nak check halal & haram nyer sesuatu product tu. Sebelum ni ada juga seorang kawan berikan pada aku file `E-Codes Ingredients' & aku dah pun save dalam pendrive aku tapi mungkin cara tu agak sukar.

Yang e-mail baru-baru ni aku terima mmg mudah, cuma taip HALAL then send to DAPAT (32728). Mmg amat mudah la bagi aku. Bila nak beli je tengok kod & terus sms kat no tu & tak sampai 1 minit dah get reply.  Yg tak best nyer tu, satu hari tu husband aku bawa balik coklat. Officemate dia bagi utk diberi pada anak-anak aku. Cadbury tau.  Bukan coklat yg entah apa2 jenamanya. Mmg aku dah belek semua kat label cokat tu. Logo halal pasti la ada.  Cuma yg buat aku pelik sikit lepas aku sms kat DAPAT, jawapan yg akau terima utk status produk tu ialah TIADA DALAM SENARAI.

Macamana ni JAKIM? Nak suruh kita check dgn cara mudah tapi jawapannya mencurigakan kita. Itu coklat Cadbury tu. Dikilangkan di Malaysia.  Dapat logo halal lagi.  Mustahil tidak ada dalam senarai. Agak-agaknya kalau aku bangkitkan isu ni, ada tak tindakan akan diambil?  Adakah selama ni Cadbury TIDAK HALAL atau diragui akan kehalalannya atau logo halal yg mereka dpt hanya sekadar LOGO?

Sapa nak jawab tu?

13:44 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

02/16/2007

Mobile Stockist

Alhamdulillah, w.e.f from 18/1/07 ni aku buka cawangan Mobile Stockist (Lifecode) aku di Muar.  The address is, A54, Jalan Tun Perak, Kg Kenangan Tun Dr Ismail II, Sg Abong, 84100 Muar, Johor.  Contact person : Fazitah ( 06-9525733 / 017-6956945).

Those who want to purchase Lifecode products as well as to register new member can go to my Mobile Stockist over there.  Actually, aku nak open Stockist Centre in the first place but due to macam-macam hal nak kena fikir so better aku continue with my Mobile Stockist je la.

So, pada mereka yg tinggal di Muar atau kawasan yg sewaktu dengannya spt Tangkak, Merlimau, Umbai, Sg Rambai, Pt Jawa dsb boleh la dapatkan barang-barang tersebut ye!  Harap selepas ni dah tak de complaint lagi dari orang sana to get Lifecode punya product.

To those yg belum tahu or not sure apa tu product Lifecode, please visit www.lifecode.com.my or my web at www.farah2u.com (yg ni banyak mix with other products).

 

02/12/2007

Weekend XTVT

Since involve dlm butik pengantin ni mmg tak de free during the weekend. Sometimes, aku terfikir....gila ke aku ni. Dgn kerja, business (bukan satu business), anak-anak, suami........mujur dapat suami yg memahami & sering membantu. Penat tak payah cerita la.  Memang penat tapi bila dapat apa yg kita nak, memang puas & tak rasa penat tu.  Aku rasa diri aku dah mcm superwoman.

Sabtu hari tu, pukul 9.45 pagi dah keluar. Bawa downline pergi NDS kat Stokis Sri Gombak. Dia org masuk bilik training, aku pulak ada discussion dgn Hajar & Maya (Staff Lifecode).  Pukul 12.00 tengahari balik rumah ambik anak2 & husband then terus pergi ke Banting.  Pergi downline punya wedding pulak. Sampai rumah dah malam. Kena buat kerja2 admin disamping kerja rumah.

Ahad nyer pulak, pukul 11.00 pagi kena keluar lagi.  Make-up pengantin di Ampang. Tu pun kalau ikut pepagi buta ada make-up kat Subang tapi Nan je pergi sorang.  Habis make-up yg kat Ampang tu, terus ke Tasik Sri Permaisuri kat Cheras, kena jadi pengadil Gubahan & Masakan kat sana.  Habis dah pukul 6.30.  Malamnya masak bersama husband yg simple je.  Janji kenyang perut.

Malam.....biasa la tengok pelajaran anak2 sambil bincang apa yg patut dengan husband tentang business & pelajaran anak2.  Itu la dunia aku.  Aku tak de masa nak buang masa dgn melepak sana sini citer hal org itu org ni atau window shopping ke.  Banyak lagi kerja yg berfaedah yg aku boleh buat.

13:10 Posted in Leisure | Permalink | Comments (0) | Email this

02/08/2007

Apa Nak Buat Kalau....................

Huhuhu...............aku tak salah......aku bukan penggoda tapi org yg tergoda dgn aku......malah menggoda bukan sikap aku......Eeee yerk.....geli pulak aku nak tulis pasal goda-goda ni sbb eeee mmg aku geli.  Aku sememangnya tak pandai nak goda-goda org ni samada dari segi kata-kata atau perbuatan.

Tapi, aku nak buat macamana ek kalo org yg tergoda dgn aku.  Wei! Aku bini org ler.  Gila!  Masalahnya aku bukan cantik. Tapi, tu la....dia org ni yg tergoda dgn suara aku & dgn body aku.  Tak de maknanya. Yg paling klasik sekali, bila org yg jatuh cinta dgn suara aku sampai tak boleh nak tidur.  Bila nak tidur je kena dengar suara aku dulu. Aduhai! Rakam je la suara aku tu.  Bila nak tidur replay balik......hehehe

Memang aku tak nafikan ramai yg jatuh cinta dgn suara aku. Bukan nak berlagak. Tapi, bila aku tanya ngan kawan-kawan perempuan aku mmg ramai yg kata suara aku mmg sedap. Ada siap yg suruh aku jadi artis rakaman. Hahaha.....suara aku sedap bila bercakap tapi bila menyanyi........kalau JB hujan 6 hari berturut2 lepas Ina Naim buat album, KL pulak akan hujan 30 hari berturut2 bila aku menyanyi.....hahaha........ada pulak kawan aku bagi cadangan suruh aku jadi deejay.  Well, dulu2 mmg ada juga aku jadi part-time deejay ni. Pernah juga jadi deejay jemputan tapi tu dulu-dulu masa zaman muda2 dulu. Dah tua2 ni sapa aje le yg nak amik aku jd deejay. Kawan aku kata suara aku sesuai bertugas tengah mlm & kendalikan rancangan yg romantik2. Waduh! Boleh mabuk aku nanti.

Kalau setakat org jatuh cinta ngan suara tak pe lagi, bole terima tapi kalo jatuh cinta sebab body?  Huhuhu....sapa nak jawab?

All the posts