03/01/2007

KEPOCHI

Aku rasa semua org tak suka org kepochi tapi semua org ada kepochi.  Itu dah memang lumrah cuma membezakannya ialah tahap kepochi tu.  Kalau setatak kepochi sikit2 tu biasa la kan sbb kita ni kan manusia tapi kalo dah terlebih-lebih tu naik menyampah la pulak.

Aku bukan la nak puji diri sendiri tapi mmg tahap kepochi aku very the very low.  Tak kuasa aku….banyak lagi perkara lain yg perlu aku kepochi terutama pasal business aku, kerjaya aku & family aku. 

Yg buat aku geram & menyampah tu, aku tak la kepochi sgt pasal org tapi org terlebih2 pulak nak kepochi pasal aku.  Apa hal? Mind your own business la kan ?  Lagi teruk ada siap nak suruh aku pulak jadi kepochi……eeeee plzzzzzzzzzzzzz la.

Aku nak bagi contoh la…..ada sorang colleague aku ni.  Citer ni dah lama pun.  Salah sorang staff office aku kahwin dgn duda (aku tak pernah tau sampai la org citer).  Then, colleague aku ni tadi suruh aku p risik2 kat org betul ke pompuan tu kawin duda & dia kata lagi yg dia dgr bekas isteri duda tu nak balik semula.  Eh! Apa hal pulak. Ko nak tau ko la p tanya sendiri.  Aku tak nak tau. Lantak la dia nak kawin ngan sapa pun. Camne pun suami dia is not my business.

Lagi satu contoh, bila aku beli makan. Ada org tu sibuk sgt nak tau berapa harga setiap kali aku beli makan. Nak tolong bayarkan ke atau nak tolong kirakan budget utk aku? Too much kan sampai makan aku pun dia nak tau berapa harga. Panties aku bra aku tak nak pulak dia tanya berapa RM aku beli.

Yg paling kurang ajar punya kepochi, nak tau aku suka posisi apa. Boleh blah….kenapa? Kalau tau nak try ke? Kwang…kwang….kwang

`Eh….keluar dgn sapa tadi?’  Tu bagi yg berani tanya direct bila nampak aku keluar dgn mana2 lelaki terutama yg dtg ambik aku kat office.  Yg tak berani, akan cakap kat belakang. Dok tak duduk ada org sampaikan persoalan tu. Suka hati aku la nak keluar dgn sapa pun.  Yg pasti mereka tu semua bukan scandal aku. 

Letih melayan org kepochi ni.  Suka hati korang la….kepochi la setakat mana korang boleh kepochi.  Aku selalu pesan kat anak2 aku jgn jadi kepochi sbb tu aku selalu bising bila tengah2 makan dia org dok pandang org lain.  Tengok apa org buat, apa berlaku kat org. Kalo org yg ditengok tu kena rompak ke ragut ke ada gak pekdah nyer.  Ataupun org tu buat perangai tak senonoh ke bole gak tegur.  Ha! Yg ni selalunya tak nak plak kepochi. Patutnya yg berkelakuan sumbang ni kita kena jadi kepochi.

Lagi satu yang selalu berlaku dlm masyarakat kita ni bila accident.  Kepochi punya la ramai sampai jln boleh jem ber batu2 disebabkan ramai yg slow sbb nak tengok.  Nak tengok je tapi berapa kerat yg nak tolong? 

01:15 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

The comments are closed.