03/09/2007

TERIMA KASIH MAK...........

Nak ucapkan terima kasih bebanyak pada mak aku sempena hari wanita semalam (hehe).

Dah hampir 2 minggu mak aku ada di KL ni & hampir 1 minggu kat rumah aku je.  Sebelum tu dia dok kat umah adik aku di Segambut.  Org dah pencen la katakan.....baru la senang dia nak jalan.  Kalau tidak mak aku ni punya la susah nak dok lama-lama kat KL ni.  Macam-macam yang dia fikirkan kat kg tu.  Mujur tak de ayam itik kambing kerbau lembu.  Ni pun dia dah nak balik malam Ahad ni. Katanya ada banyak jemputan kahwin cuti sekolah ni.

Sepanjang mak aku berada di umah aku memang la best.  Mana tak, balik dah siap masak.  Kain pun dah siap lipat.  Bukan tu je.  Bila kita org p keje dia dah tak de apa nak buat tinggal sorang2 (anak2 mcm biasa hantar nursery)....dia dok cuci karpet aku la, simen umah aku la, mop lantai la.....pendekata macam2 yg dia buat.  Aku dah cakap tak payah buat sebab aku akan buat bila weekend nanti.  Dia nak buat juga sebab katanya kalo duduk saja dia mengantuk.

Bila aku bawak dia pergi carrefour, dia ada la beli beberapa brg utk dia bawak balik Muar nanti......memula memang aku bayar (pakai kredit card).....tup tup balik umah dia bagi aku duit.  Bila aku tolak dia dah sumbat dlm handbag aku.  Pergi beli barang kat Nutri-Metics (aku dealer) pun mcm tu juga.  Itu la mak aku.  Kalau dia nak sesuatu memula tu mmg kita bayar.....at the end of the day dia akan bayar balik kat kita.  Katanya aku lagi banyak nak pakai duit. 

Aduhai! Itulah pengorbanan ibu aku.  Pengorbanan yg tiada tandingannya. Setiap pengorbanan dia tak pernah nakkan balasan.  Agaknya bagi dia cukup sekadar aku kenang jasa dia & tak lupa pada diri dia.  Aku takkan lupa pengorbanan ibuku sampai aku bila2 pun.  Harapnya anak2 aku pun begitu la juga nanti.  Semoga ibuku sentiasa sihat walafiat.

13:31 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

The comments are closed.