03/17/2007
Keretaku Accident Lagi
Sebenarnya dah lama tak accident. Kalo compare masa baru2 beli kerete dulu mmg selalu sgt. Accident besar je 3 kali (besar sgt tu tidak ler sbb tak melibatkan kecederaan atau kematian & paling tinggi buat claim pun RM1k je). Yg lelain kecik2 anak je. Scratch je. Mmg kereta aku tu panas. Agaknya aku mmg tak sesuai pakai proton....hehehe
Yg accident pg semlm pun bukannya teruk....scratch je pun. Kejadian berlaku dekat je dgn umah aku. Kat traffice light nak p Wangsa Maju tu mmg selalu aku tengok kereta suka sgt duduk kat lane yg nak belok ke kana (ke Tmn Melati/Kolej TAR) sbb mereka malas nak q.
Aku ni dah mmg pegang pd prinsip aku, kalo korang nak buat kesalahan lalu lintas korang punya pasal tp jgn babitkan or ganggu laluan aku. So, semlm tu spt biasa le aku dok kat lane aku. Satu pompuan ni pulak yg dok kat lane utk belok kanan tadi nak masuk kat lane aku la....entah mcm mana agaknya dia ni nk potong q tp tak pandai akhirnya cium la kete aku kat bhg tepi (kanan) belakang yg dekat ngan tayar tu.
Aku dah slow n bagi signal nak berhenti. Memula nampak mcm dia tak nak berhenti sbb dia langsung tak bg signal. Aku tunggu je sbb kalo dia blah aku nak amik late no. Finally dia berhenti. Aku turun je kereta dia bole ckp `kenapa cik masuk'? masuk ke jln ke aku pun dah lupa tp mcm tu....dia Q kat aku. Kalo ikut aku nak senyum je sbb aku kalo aku betul & org yg langgar aku tu salah tp dia tak nk admit malah nk cari salah kita aku mmg malas nk bertekak. Even kalo aku yg salah aku pun tak nak bertekak sebaliknya aku admit & minta maaf. Aku pun dah ckp dgn pompuan tu, if aku yg kat tempat dia aku akan admit & minta maaf sbb bukan aku tak biasa kena mcm tu. Tp dia tetap mengatakan aku laju la, dia tak biasa jln tu la. Langsung tak bole dipakai terima alasan dia tu.
Sebenarnya aku tak expect pompuan tu akan ckp mcm tu sbb dr segi penampilan & pakaian dia dgn bertudung labuh & berjubah. Aku ingat bila aku dah kata dia ikut lane salah dia akan minta maaf tapi dia kata aku laju. How slow do u want me to drive? Lagipun baru nak jln dari traffic light hijau, laju mana yg aku bole....baru nak masuk gear 3 pun. Lagipun laju bukan isunya.....sbb aku dah tentu duduk kat lane aku.
Argue punya argue, akhirnya dia tanya aku nak apa sbb kereta dia lagi teruk & dia kereta tu adik dia punya. Who cares sbb salah u tapi aku malas nak ckp apa2 lagi sbb aku rushing nak pergi keje. Kalo aku nak citer apa yg dia argue pjg la pulak. Aku cuma kata, aku cuba polish kereta tu kalo boleh hilang ke apa ke aku akan call dia balik.
Mmg aku dah polish kereta tu tp a little bit scratch still there. Aku sms dia beritahu, aku cuma nak claim duit polish je, RM60 je. Murah tau sbb aku polish kat office aku. Of course aku kena polish the whole body sbb tak de org nk buat sikit2. RM60 je pun....but she refuse & dia kata dia dah check dgn colleague dia yg that lane not necessary for turn right & she dun mind if i want to make a police report. Aku senyum je dpt sms dia tu then malas nak ckp banyak, i kata ok je la. Aku tak tau la samada dia yg bodoh atau colleague dia yg bodoh atau colleague dia yg saja nk kenakan dia. Atau mmg dia ego tak nak ngaku kesilapan dia. Whatever la.
Then mlm, tadi aku dah pun buat police report & dah citerkan semuanya kat Sjn Adzman. Baik betul Sjn tu. Layanan dia pun mmg bagus. T' kasih Sjn Adzmn. Bagi aku berani kerana benar & takut kerana salah. Aku pun ada tanya what happen if the other party tak buat report? Dia kata org tu akan dpt `surat cinta' la. Aku takkan berdiam di sini sbb I will follow up with this case. Rasakan, ego sgt.....aku cuma minta RM60 je tak nak bayar. Nak bayar saman RM300 bayar la. Tau la position dia tu manager, anak pun hantar kat private school.....mungkin mmg dia nak bayar RM300 tu kot sbb nak tunjuk dia tu banyak duit.
Macam2 perangai manusia ni. Salah tak nak ngaku salah. Padahal benda kecik je pun. Owh! Lupa pulak. Sebenarnya sebelum aku pergi balai aku call dulu minta pendapat polis adakah aku perlu make a police report sbb kecik je halnya tapi police advise aku buat. Alhamdulillah, semlm nampaknya semua berpihak pd aku sbb tu aku pegang teguh pd prinsip aku `berani kerana benar takut kerana salah' & `kemenangan sentiasa berpihak pd yg benar'. Allah pasti akan bantu kita. Jd, aku buat tu semua sekadar nak menegakkan kebenaran & nakkan hak aku. Biar lain kali dia tak buat lagi mcm tu. Aku bukan nak aniaya dia. Aku dah cuba negotiate ngan dia tapi dia yg degil. One thing, dia ckp mmg lembut tapi minta maaf hatiku tak cair dgn kelembutan. Apa guna kelembutan di luar tapi hati keras.
Di sini, aku nak nasihatkan org2 di luar sana, if you all rasa betul tak kira la dlm situasi apa sekali pun, peristiwa apa sekalipun, fight for it. Ingat satu je, Allah sentiasa bersama2 dgn org2 yg benar. Dan if you all rasa mmg u all tak betul, please admit & minta maaf. Tak rugi pun.
08:20 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this


The comments are closed.