03/01/2007

KEPOCHI

Aku rasa semua org tak suka org kepochi tapi semua org ada kepochi.  Itu dah memang lumrah cuma membezakannya ialah tahap kepochi tu.  Kalau setatak kepochi sikit2 tu biasa la kan sbb kita ni kan manusia tapi kalo dah terlebih-lebih tu naik menyampah la pulak.

Aku bukan la nak puji diri sendiri tapi mmg tahap kepochi aku very the very low.  Tak kuasa aku….banyak lagi perkara lain yg perlu aku kepochi terutama pasal business aku, kerjaya aku & family aku. 

Yg buat aku geram & menyampah tu, aku tak la kepochi sgt pasal org tapi org terlebih2 pulak nak kepochi pasal aku.  Apa hal? Mind your own business la kan ?  Lagi teruk ada siap nak suruh aku pulak jadi kepochi……eeeee plzzzzzzzzzzzzz la.

Aku nak bagi contoh la…..ada sorang colleague aku ni.  Citer ni dah lama pun.  Salah sorang staff office aku kahwin dgn duda (aku tak pernah tau sampai la org citer).  Then, colleague aku ni tadi suruh aku p risik2 kat org betul ke pompuan tu kawin duda & dia kata lagi yg dia dgr bekas isteri duda tu nak balik semula.  Eh! Apa hal pulak. Ko nak tau ko la p tanya sendiri.  Aku tak nak tau. Lantak la dia nak kawin ngan sapa pun. Camne pun suami dia is not my business.

Lagi satu contoh, bila aku beli makan. Ada org tu sibuk sgt nak tau berapa harga setiap kali aku beli makan. Nak tolong bayarkan ke atau nak tolong kirakan budget utk aku? Too much kan sampai makan aku pun dia nak tau berapa harga. Panties aku bra aku tak nak pulak dia tanya berapa RM aku beli.

Yg paling kurang ajar punya kepochi, nak tau aku suka posisi apa. Boleh blah….kenapa? Kalau tau nak try ke? Kwang…kwang….kwang

`Eh….keluar dgn sapa tadi?’  Tu bagi yg berani tanya direct bila nampak aku keluar dgn mana2 lelaki terutama yg dtg ambik aku kat office.  Yg tak berani, akan cakap kat belakang. Dok tak duduk ada org sampaikan persoalan tu. Suka hati aku la nak keluar dgn sapa pun.  Yg pasti mereka tu semua bukan scandal aku. 

Letih melayan org kepochi ni.  Suka hati korang la….kepochi la setakat mana korang boleh kepochi.  Aku selalu pesan kat anak2 aku jgn jadi kepochi sbb tu aku selalu bising bila tengah2 makan dia org dok pandang org lain.  Tengok apa org buat, apa berlaku kat org. Kalo org yg ditengok tu kena rompak ke ragut ke ada gak pekdah nyer.  Ataupun org tu buat perangai tak senonoh ke bole gak tegur.  Ha! Yg ni selalunya tak nak plak kepochi. Patutnya yg berkelakuan sumbang ni kita kena jadi kepochi.

Lagi satu yang selalu berlaku dlm masyarakat kita ni bila accident.  Kepochi punya la ramai sampai jln boleh jem ber batu2 disebabkan ramai yg slow sbb nak tengok.  Nak tengok je tapi berapa kerat yg nak tolong? 

01:15 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

02/21/2007

Bar Code _ JAKIM

Baru-baru ni aku ada la dpt e-mail dari seorang kawan, beritahu camne kita nak check halal & haram nyer sesuatu product tu. Sebelum ni ada juga seorang kawan berikan pada aku file `E-Codes Ingredients' & aku dah pun save dalam pendrive aku tapi mungkin cara tu agak sukar.

Yang e-mail baru-baru ni aku terima mmg mudah, cuma taip HALAL then send to DAPAT (32728). Mmg amat mudah la bagi aku. Bila nak beli je tengok kod & terus sms kat no tu & tak sampai 1 minit dah get reply.  Yg tak best nyer tu, satu hari tu husband aku bawa balik coklat. Officemate dia bagi utk diberi pada anak-anak aku. Cadbury tau.  Bukan coklat yg entah apa2 jenamanya. Mmg aku dah belek semua kat label cokat tu. Logo halal pasti la ada.  Cuma yg buat aku pelik sikit lepas aku sms kat DAPAT, jawapan yg akau terima utk status produk tu ialah TIADA DALAM SENARAI.

Macamana ni JAKIM? Nak suruh kita check dgn cara mudah tapi jawapannya mencurigakan kita. Itu coklat Cadbury tu. Dikilangkan di Malaysia.  Dapat logo halal lagi.  Mustahil tidak ada dalam senarai. Agak-agaknya kalau aku bangkitkan isu ni, ada tak tindakan akan diambil?  Adakah selama ni Cadbury TIDAK HALAL atau diragui akan kehalalannya atau logo halal yg mereka dpt hanya sekadar LOGO?

Sapa nak jawab tu?

13:44 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

01/22/2007

SUARA

Nanti kalau aku cakap mesti org kata aku perasan.  Tapi….lantak la…..ni kan aku nyer blog….suka hati aku la nak tulis apa pun……hahaha

Kadang2 aku tanya pada diri aku sendiri, adakah suara aku yg kebudak-budakan atau suara anak2 aku yg matured.  Mana tak nyer, selalu sgt bila ada org call kat umah je kalo aku yg jwb, caller tu mesti akan ckp “Ayah Ada”…..”Mak Ada” even anak aku si Afiq & Adik tu call kalau aku yg jawab pun dia akan cakap “Baby, panggil mama”.  Kadang2 kalo org call kat HP pun dia org akan tanya yg sama terutama kalo HP husband aku.

Memula dulu aku rajin gak layan sekejap supaya caller tu sedar aku ni bukan anak tapi mak kepada anak2 aku & bini kpd laki aku…..tapi dia org tetap perasan so skrg malas nk tanya lebih2, lantak la. 

Aku tak leh nak nilai suara aku kat corong tepon tu sbb yg dgr suara aku org lain. Anak2 aku ni pulak, kalo suara depa kat tepon mmg ada ala2 suara aku.  Gitu ler apa yg depa semua kata.

 

17:35 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

01/15/2007

1ST EXPERIENCE

Saturday & Sunday hari tu aku ikut friend cum partner aku p make-up pengantin kat Pantai Dalam.  1st time ni tengok org make-up kan pengantin.  Dah nk involve dlm butik pengantin kan, mesti la kena ikut, bole belajar.  Interesting.  Dah aku minat mesti ler aku kata interesting.

Nan kata aku ok sbb tau apa nak buat.  Idak ler aku dok melopong tengok je apa yg dia buat kat pengantin tu.  Then dia pun kata aku tak de masalah bila dia suruh aku pakaikan baju kat pengantin perempuan.  Maknanya aku bole masuk la biz ni kan?  hehehe.....anyway, banyak lagi yg aku kena belajar.  Aku nak kena ikut cara Nan make-up. Ramai org admire cara dia make-up. 

Yg kesiannya, 1st time aku ikut Nan, balik lambat la pulak. Bayangkan sampai umah jam 2 pagi. Aku suruh Nan hantar aku dulu then bawak balik je kereta aku sbb esok pun kita org nak kena pergi rumah pengantin lagi sekali.  Kalo ikut Nan kata, ni 1st time lewat sampai mcm tu. B4 this, paling lewat pun kul 12 mlm dah sudah.  Tu yg Nan kata 1st time aku ikut, terus kena balik lewat.  Dia kesian kat aku tapi aku kata tak pe, aku seronok.  Mana tau, lepas ni banyak lagi rezeki nk masuk.

Actually, aku minat biz in bridal boutique ni dah lama.  Before married lagi tapi waktu tu mana la ada modal. Experience pun tak seberapa.  Hehehe...skrg pun bukan ada modal, still kena buat loan but experience is there.  Kebetulan kenal dgn Nan.  Mcm seolah2 antara kita mempunyai instinct yg sama.  Mana tak nyer....masa kita org nk jumpa ntah utk kali yg ke berapa tu....tiba2 kita org discuss pasal biz.  Rupanya sebelum tu dia dah terfikir nak ajak aku join dgn dia & aku pun nak ckp yg aku nak join biz dgn dia.  Kebetulan kan?  Start from there we start work slowly.

Memang la Nan dah lama involve dalam biz ni.  Bagus la tu. So, sapa2 nak kahwin nanti atau apa2 je yg related ngan pengantin boleh ler contact aku.  Mesti korang admire dgn sentuhan Nan.  Tu la yg aku nak belajar. Buat masa ni kami tak de kedai, buat from house dulu.  Slowly la kan?

 

14:02 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

12/13/2006

ANNUAL DINNER 2006

Annual ni dah lama lepas, 1hb Dec hari tu @ KL Hilton tapi asyik lupa je nk put this n3.

The theme AD for this year `Retro & Grooves'. The emcee was Aznil.  Tau je la kalo emcee nyer Aznil. Tak kering gusi dibuatnya. Artis undangan Jay Jay lagi, dgn life band.  Aku mmg suka kalo artis perform ngan life band ni.  Tambah lak artis tu mmg favourite aku.  Aku rasa kalo nk bagi rating utk AD this aku bagi 5 bintang....yg 6 bintang masa artis undangan nyer Jay Jay juga dgn Fran & the emcee was Adibah Noor. Alamak, mana pulak aku letak gambor ngan Aznil ni?

Disamping kami dihiburkan oleh artis2 tadi....kami juga dihiburkan oleh staff yg berbakai bakat dari SC sendiri medium_AD2006_Sporting.jpgtermasuk juga life band.  Not bad. Paling best, management yg sporting bila Jay Jay meminta dia org menari kat stage.

medium_farah_ad06.jpgB4 AD tu mmg ramai la staff yg sibuk dok bercerita & mencari baju apa yg nk dipakai mlm tu.  Aku mcm biasa buat hal aku.  Bila org tanya pakai apa, aku kata `surprise'.  Aku p cari baju tu ngan kawan cum biz partner aku.  Ada a few gak yg berkenan tp dia yg nk aku pakai camtu.  Katanya biar aku tak menang best dress mlm tu asal aku glamour mlm tu. Hehehe......aku pun bila setiap kali p AD ni bukan nk menang pun, aku mmg suka dress up.  Kalo menang, alhamdulillah, rezeki.  Part of pakaian aku hari tu kawan aku yg sponsor.  Even baju yg dibeli tu pun mmg plan nak letak kat kedai, utk buat sewa.  Biasa ler, sebelum sewakan mesti la tuan punya bergaya dulu, nk tengok ok ke tak.

Spt biasa, hari Isnin nyer bila balik keje mcm2 cerita pasal AD.  Ada yg tak puas hati napa aku tak terpilih for best dress la...mcm2 la.....tak kurang juga yg mengata.  Depa pun kata aku mmg selalu menimbulkan kontroversi.....hahaha...mcm artis lak aku rasa rasa bila org ckp mcm tu.  Bg mereka yg tak jumpa aku mlm tu tp hanya dgr citer je, sibuk nak tengok gambar aku & sibuk tanya aku pakai apa....ada yg puji ada yg keji....biasa la manusia mana pernah puas hati.  Yg pelik nyer aku tak pernah rasa sibuk2 pasal tu semua.  Bg aku, yg penting aku puas dgn penampilan aku mlm tu, enjoy the show as well as the food, ok enough.  Tp tu la bak kata kawan aku la kan aku ni popular so org pun sibuk amik tau pasal aku........hehehe....

Apapapun, alhamdulillah mlm tu aku menang lagi lucky draw utk kali ke-2 selepas 11 thn join SC. Tp kali ni aku dpt hadiah kecik dr dulu, dpt OSIM massager je.  Ok la tu kan?  Lucky dip lak aku dpt table lamp.

For more AD 2006 pic, visit http://familyphoto.fotopages.com

 

13:05 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

12/11/2006

TODAY'S STORY

Nak story apa ye today?

Aku on leave hari ni. Pergi PUNB...dgr talk dia dulu then jawab soalan. Kononnya nak buat loan.  Mudah-mudahan approve la.  Skrg ni tunggu nk submit proposal je kat dia org. Aku pergi ditemani Nan, my future partner. Tks Nan. Moga apa yg kita plan akan menjadi.

Bila balik umah aku story mory la kat husband aku apa yg aku dgr talk dia org. Interesting....bg aku la...org lain tak tau. Husband aku mcm risau lak bila aku mmg serious nk buat loan sbb katanya dia kalo bole nk business ni biar guna duit sendiri dari buat loan & dia suggest kat aku supaya cagarkan umah yg satu lg tu.  Hi! Entah la, dlm dilema lak skrg ni.  Kena bincang balik dgn Nan nampak gayanya.

Kononnya aku nak p gym kat office lepas settle semua tp bila sampai umah citer bawang merah bawang putih baru je start, pas tu hujan then malas la plak nk kuar.

Dpt lak call dari Yana....kesian tengah ada problem rupanya dia. Udah ler baru frust, ingat dah dpt bf baru dia dah happy, rupanya masalah juga. Kalo la aku tau dia cuti aku akan luangkan masa jumpa dia & make her happy. Yana ni dah kuanggap mcm adik & dia plak bila ada problem je mesti ngadu kat aku.

Ini je la cerita utk hari ni.....ada lg satu but too personal to story here.  :-)

22:55 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

11/30/2006

MYSPACE....FRIENDSTER......IM

Tak tau camne aku nak mulakan citer......cumanya aku nak semua org tau tujuan aku join myspace & friendster.  Aku join sbb nak cari networking as well as friend.  Bukan nak menggatal.  Kalo aku nak menggatal, tak yah nak join myspace or friendster tu.

Kadang2 naik meluat aku dgn dia org ni.  Bukan la aku kata semua tapi mmg kebanyakan yg join tu aku rasa ada agenda tersendiri.  Kalo dari awal lg aku dah tercium baunya, either aku keep silence atau aku deny dia org nyer request.  Kadang tu dia org ni pandai, memula ckp bukan main baik dgn bahasa yg indah & sopan.  At the end of the day, lain la plak.  Maaf la kalo lepas tu aku dah tak layan lagi.  Bukan sombong tapi aku malas la kalo dah masuk bab2 mengarut ni.

Aku masih lagi berpijak di bumi yg nyata.  Aku masih ingat yg aku seorg Islam & isteri kpd seorg suami juga ibu kpd 3 org anak.  Yg dia org ni ingat bila kita join myspace or friendster tu, mesti ingat kita ni jenis yg sosial dsb.  Mmg aku rasa aku ni sosial tapi idak ler sosial aku tu sampai nak meniduri lelaki, nak pergi clubbing, nak merokok atau minum.  Sia2 ler aku ni tunggang tonggek sembah Allah sehari semlm 5 waktu kalo aku buat keje bodoh tu.  Even aku tak de laki pun aku takkan tido ngan jantan.  Giler apa ke?  Hilang akal......

 Ada jugak yg ingat aku ni single mother & tak kurang yg ingat aku ada marriage problem.  Aku nak ingatkan pada semua, aku tak pernah ada marriage problem.  Sosial aku ada batasannya sbb aku org ISLAM.  Yg aku sedih tu yg dok nak buat tak elok tu pun org Islam gak.  Apa la nak jadi dgn dunia hari ni.  Mereka langsung tak rasa takut dgn Allah.

Kekadang aku fikir malas dah nak aktif ngan myspace/friendster ni.  Tapi, lantak la.  Kalo dilayan mmg pening kepala.  Org boleh kata apa aje.  Yg penting nawaitu kita.  Aku fikirkan yg baik2 je.  Ada juga dpt a few friends yg baik2 from there.  Terima kasih pd mereka yg setia jd kawan aku.  Prinsip aku senang, `kejujuran & keikhlasan membolehkan kita mempunyai ramai kawan' & Allah sentiasa melihat apa yg kita buat.  Jadi, aku hanya perlu berdoa semoga Allah kurniakan sahabat yg baik buatku.

Pada yg nak chat ngan aku, boleh chat thru yahoo messenger, ID : farah_tihanic atau Skype, ID : farah.abdullah

 

13:14 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

09/01/2006

PERIHAL BLOG

Blog aku jadi Hari Ini Dalam Sejarah sbb dah setahun lebih aku ber blog, in Aug’ 06, more than 1 thousand people yg visit blog aku. Tqvm.  Really appreciate it.  Happy gak….hehehe

Cumanya, bila among of my colleagues bila citer2 pasal blog ni ada gak yg ckp nyer tu menakutkan aku.  Kadang aku mmg heran sbb ramai yg baca blog tp tak ramai yg tinggalkan msg kat tagboard.  Sometimes, gak yg e-mail je.  Then ada lak kawan aku kata aku ni mungkin ramai secret admire, dia org tak pernah ketinggalan baca blog tapi takkan tinggal msg kat tagboard sbb namanya pun secret admire.  Hahaha…..mcm aku ni ada secret admire ke?

Ada lak yg kata, `eh! Farah kau tak takut ke ada blog ni nanti ramai peminat & tak kurang juga musuh?’  Peminat?  Apa korang ingat aku artis.  Aku tau la aku fofular tapi tak la fofular aku cam celebrity.  Kelakar tul dia org tu.  Musuh?  Hmmm…ni di luar bidang kuasa aku.  Aku tak pernah ada musuh & tak pernah nak bermusuh dgn org tp kalo org nk jadikan aku musuh, what to do.  Aku berserah pd Allah je kerana hanya Dia yg mengerti niat aku berblog.

Mmg tak dinafikan akan ada msg yg berbau cinta, yg nakal, yg lucah & mcm2 lg kat e-mail aku tu.  Ada kawan aku kata sbb gambar aku tu.  Sexy ke gambor aku tu?  Aku rasa biasa je.  Sebelum aku letak gambar2 kat blog atau website aku, I will seek my husband’s opinion dulu then kalau dpt green light baru la aku letak.

Entah la, masing2 punya pendapat nyer yg tersendiri.  Kita ni kalo buat sesuatu nak pk org mmg takkan buat.  Bagi aku, aku tetap aku & aku tetap akan buat apa yg aku rasa aku nak buat.  As long as aku tak kacau org tp kalo ada org yg rasa terganggu, tak dapek nak nolong.  Itu hak korang la kan.

Nanti la kalo aku ada masa nak gak cerita pengalaman berblog & buat biz ni.  Bukan nak mengaibkan org tapi utk dijadikan iktibar.

 

14:10 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

05/25/2006

ARJUN RAMPAL SHOOTING DI NAZA WORLD????

Aku biasa je bila Kak Sue beritahu semalam Shah Rukh Khan dating Naza World kat PJ tu tapi kalau dapat bergambar best gak….hehehe.  Tapi! Aku terasa mau pitam bila Kak Sue beritahu yang Arjun Rampal juga pernah dating ke situ then Fadzilah siap dah bergambar dengan dia.  Uwaaaaa!!!!!! Kenapa la kau tak beritahu aku Fadzilah oiii!  Frust giler aku dengar.
 
Then, purposely aku call Fadzilah.  Confirm! Arjun Rampal shooting kat situ.  The whole day he was there for shooting.  Sayangnya si Fadzilah tak kenal yang itu adalah Arjun Rampal.  Fadzilahhhhhhh…..kau tau tak, aku memang teringin sangat nak jumpa dia.  Ingat! Next time kalau dia dating Naza World lagi tolong inform aku tau!
 
Sorry ye Fadzilah, I suppose to call you yesterday coz nak tanya pasal kereta tapi bila Kak Sue dah cerita camtu, tak boleh tunggu dah…..hehehe
 
Ni la orang kata, yang kita teringin sangat nak jumpa tak dapat tapi Fadzilah yang tak kenal pun boleh jumpa, siap dapat bergambar lagi.  Uwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!  Terkilan sungguh.  Ha! Fadzilah, lepas ni jangan tak kenal Arjun Rampal.  Untuk pengetahuan kau aku belum tinggalkan dia lagi tau so jangan cuba-cuba nak masuk jarum lak.....hehehe.  Aku masih setia dengan Arjun Rampal sampai laki aku pun tension je.  Cepat bagi gambar. 

12:50 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

01/23/2006

Passport Malaysia

Yahoooo!!!!! I got my passport.  Hehehe.......excited, very the very excited coz 1st time dapat passport la katakan.   Tak sabar nak pergi oversea.....hehehe.  Ha! Puas la hati kawan-kawan aku bila tau aku dah ada passport.

Dengan adanya passport ni, 1st country I want to visit Singapore sebab near to JB.  Kalau ikutkan hati 1st time I got the passport I want to go to Mumbai coz wanna meet Arjun Rampal there.....hehehe.

Insyaallah, jika tiada aral melintang aku akan ke JB & Singapore during CNY nanti.  So, my friend out there who are Singaporean & Johorean, wait for me ok!  Macam bagus je aku ni.........entah-entah dia orang pun pergi makan angin. 

16:45 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts