08/12/2005

Pasrah Kasih

PASRAH KASIH......karya Mazia Harris. 

Satu-satunya novel yang aku tak beli.  Tetiba je ada orang offer aku baca novel tu sebab dia nak pinjam novel aku.  Walau aku sebenarnya tak suka meminjam novel orang lain sebab aku suka membeli, bila beli boleh simpan, bila simpan, aku boleh mengulang membacanya.  Selalunya bila aku dah baca novel yang dipinjam, kalau sedap aku beli kalau tak, lupakan saje.

Selalunya aku cukup sukar nak beli novel dari penulis-penulis baru sebab aku takut mengecewakan.  Setakat hari ni penulis baru yang tak mengecewakan yang aku dah beli & baca novelnya ialah Lily Suriani, novelnya berjudul PELABUHAN KASIH.  Okey, aku tak nak cerita pasal PELABUHAN KASIH sebab novel tu dah lama aku baca cuma yang pasti aku akan baca lagi.  Aku memang suka cerita yang berkisar tentang secretary........:)

Secara keseluruhan, PASRAH KASIH ni ok la walau tak begitu menarik gaya bahasa & jalan ceritanya.  Aku kena la terima hakikatnya bahawa Mazia Harris tu penulis baru. 

Pada awal novel ni memang agak boring.  Dah masuk sesuku, baru la ok sikit....namun begitu ada juga a little bit part yang boring.  Juga kurang unsur-unsur suspen.  Kejap citer kat Indonesia kejap kat Malaysia.  Ceritanya seolah-olah ada 2 cerita dalam satu tajuk.  [1. Cerita Zuliyanti/Karmila/Saiful] [2. Cerita Narty + Keluarga + Herman + Benjamin] TAPI sinopsis kat belakang langsung tak sentuh pasal cerita ke-2, tapi bila baca bab pertama je dah cerita pasal Narty.

Zuliyanti ~ aku benci sangat dengan kau.  Apasal la kau goda si Saiful tu walau kau tau dia dah kahwin.  Dah la kau tu perempuan yang dah hilang kesucian masa kat negara kau sana pas tu datang Malaysia kerja lak GRO (tapi tipu family kata kerja sebagai orang gaji).  Sepanjang-panjang baca cerita tu, memang aku sakit hati sangat dengan kau.  Lepas kau nikah dengan Saiful pun aku masih rasa sakit hati walaupun kau cuba tunjukkan sikap baik kau tu.  Sampai kesudah aku memang benci sangat dengan Zuliyanti.

*****agaknya memang ada orang Indonesia yang menipu keluarganya di sana dengan mengatakan mereka kerja sebagai orang gaji tapi hakikatnya buat kerja tak senonoh.  Bila nak balik kampung tunjuk alim dengan memakai baju kurung & tudung*****

Karmila ~ kau ni kan kenapa la terlalu percaya sangat kat laki kau tu?  Bila kau dah nampak tanda-tanda perubahan pada diri dia kenapa kau tak pergi menyiasat.  Ini tak, sampai nasi dah jadi bubur.  Mesti la, kau terima sebab kau dapat tau yang laki kau dah menikah dengan si Zuliyanti tu masa kau kat Mekah.  Takkan kau nak marah-marah pulak.  Eeeeee.....aku pulak yang sakit hati bila Saiful & Zuliyanti buat kau macam tu.  Kau ni lembut sangat.  Kau tak pandai menggunakan psikologi bila bercakap dengan laki kau sebab tu kau terima bulat-bulat apa yang laki kau katakan.

****rasa macam tak logik bila Karmila selalu datang lewat ke sekolah tapi tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.  Adakah penulis sengaja tidak mewujudkan dalam cerita yang Karmila pernah dikenakan tindakan tatatertib?*****

Saiful ~ memang seorang suami & ayah yang baik tapi kalah dengan perempuan yang pandai menggoda.  Dah tu jatuh cinta dengan GRO pulak.  Kalau jatuh cinta dengan perempuan yang baik tak apa juga.  Sanggup kau habiskan duit kau kat night club.  Sanggup habiskan duit kerana perempuan GRO.  Sanggup abaikan tanggungjawab kau sebagai suami & ayah kepada 2 orang anak disebabkan layanan manja GRO tu.

****sesekali aku berfikir, logik ke hidup sebagai seorang Eksekutif Pemasaran boleh semewah si Saiful ni?****

Narty ~ hmmm.....memang seorang anak yang baik.  Isteri yang baik & taat setia pada suami.  Gigih berusaha.

Benjamin ~ seorang pemuda yang baik.  Cinta kau terhadap Narty tak pernah berubah walaupun dia pernah berkahwin & kau pernah kecewa dengan perkahwinannya itu.  Tu la, lain kali kalau dah sukakan seseorang cintakan seseorang cepat-cepat luahkan isi hati tu supaya tak dikebas orang lain.  Nasib baik akhirnya kau dapat si Narty tu.  Cuma aku kurang berkenan sikit sebab kau kahwin dengan sepupu sendiri.  Walaupun kau orang berada tapi kau sentiasa bantu Narty & keluarganya.  Juga, walaupun kau kecewa pada awalnya Narty pilih Herman jadi suaminya tapi kau tetap ikuti perkembangan dirinya & sering membantu sewaktu dia dalam kesusahan.

Sekian....ini adalah ulasan aku secara peribadi.  Orang lain aku tak tahu.  Setiap pembaca berhak memberikan pendapat or ulasan tentang buku/novel yang pernah dibacanya.

Akhir sekali, untuk Mazia Harris - baca PASRAH KASIH ni secara tak langsung terikut aku pulak terikut cara orang Indon bercakap.  Bagus juga, aku belajar beberapa perkataan Indon sebab di belakangnya ada diterangkan ungkapan bahasa Indon ke bahasa Melayu.  Dapat la sikit knowledge dari situ.  Better than nothing kan?  Teruskan la berkarya.  All the best to you.

 

13:45 Posted in Books | Permalink | Comments (0) | Email this

Sayang Tak Terucap

SAYANG TAK TERUCAP........sebuah lagi novel Norhayati Berahim yang telah aku baca.  `Walau ada benci mengapa sesaat kau pergi rasa rindu datang lagi?'..............hmmmm, novel Norhayati Berahim siapa yang tak tahu kan?  Aku tak pernah miss membeli pada setiap novel beliau cuma sekarang dah susah sikit nak dapatkan novel beliau sebab beliau tidak lagi menulis untuk Alaf.  Aku ni pulak memang lebih suka beli buku thru internet je.  Kalau kebetulan terjumpa baru la aku beli.

SAYANG TAK TERUCAP.......secara keseluruhan aku memang suka jalan ceritanya.  Masyaallah, sabarnya Delilah & ibunya Hajah Mawar.  Bolehkah aku sesabar mereka?  Bolehkah aku setabah mereka dan bolehkah aku selembut mereka?  Aku kagum watak yang ditonjolkan oleh penulis iaitu watak Haji Abdullah.  Walaupun buta tapi hatinya tak buta. 

Awal-awal lagi aku dah agak Mansor itu adalah Rosman.  Aku benci dengan watak Rosman & adiknya Radzi.  Macam orang tak de pegangan agama.  Tapi, bagus......sebab itu adalah salah satu kekuatan untuk novel ini.  Kalau semuanya watak yang ditonjolkan baik, jalan cerita tu akan jadi bosan pulak ye tak?

Watak Tan Sri Aminuddin ~ kalau la di Malaysia ini sendiri ada orang kaya, orang yang berpangkat Tan Sri mempunyai sikap seperti beliau, alangkah bagusnya.

Part yang paling sedih & airmata aku berjurai-jurai keluar ialah :

1) Saat-saat datuk Delilah hendak menghembuskan nafas terakhirnya & saat Delilah terkenangkan datuknya,

2) Delilah terkenangkan zaman susahnya begitu juga dengan ibunya menceritakan zaman susahnya.  Kalau la benar di dunia ini ada wanita setabah Hajah Mawar, aku nak sangat jumpa dengan wanita itu.

3) Afnan terkenangkan zaman susahnya ~ part ni paling sedih sesangat......terutama part dia nak beli goreng pisang sewaktu mengikuti rombongan sekolahnya membuat lawatan.  Hanya 20 sen ada dalam poket.

Betapa kemiskinan tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan pelajaran sehingga menjadi manusia yang berjaya. 

Aku salute pada Delilah kerana berjaya mengubah sikap anak-anak Tan Sri Aminuddin sedangkan ibu & ayah mereka pun tak mampu nak mengubah mereka.  Mungkin kerana kelembutan semulajadi yang ada pada Delilah ditambah dengan kebijaksanaan beliau berjaya mengubah sikap mereka.

Kepada sesiap yang belum lagi memiliki atau membaca novel ini, baca la atau beli la.  Jalan ceritanya memang tidak mengecewakan.  Anda mungkin boleh jadikan watak-watak yang baik sebagai tauladan & yang tidak baik sebagai sempadan.  Aku tak reti nak ulas panjang-panjang sebab kalau nak ulas panjang, lepas baca kena terus tulis, ini tak dah hampir sebulan baca baru hari ni nak buat ulasan........sibukkkkkkkkk

Apapun......Tahniah Norhayati Berahim.....Tahniah Alaf21...........

13:15 Posted in Books | Permalink | Comments (0) | Email this

07/11/2005

Rahsia Perindu................

Yes! Dah habis baca Rahsia Perindu, karya Ramlee Awang Murshid. 
 

Siapa-siapa yang belum pernah baca novel karya Ramlee Awang Murshid tu sila la baca.  Novel-novel beliau memang tidak mengecewakan.  Malah korang akan dapat info dari situ.  Kebanyakan peminjam novel aku bila tengok karya beliau je mesti tak nak.  Bila aku kata best tetap juga dia org tak nak.  Ruginya sapa tak nak baca novel-novel beliau.  Cewah! Promote nampak.  Macam ada kepentingan dalam Alaf pulak.  Kena la sedar diri dulu sebelum orang lain mengata…….hehehe.  Tak salah bantu sesuatu yang baik kan?

 
Anyway, aku nak luahkan sikit komen…..eh! Bukan komen tapi lebih kepada apa yang aku rasa setelah membaca Rahsia Perindu.
 
Suspen, geram then terasa mcm aku pulak yg terancan.  Rasa puzzle pun ada.  Novel ni kalau tak betul-betul memang buat aku fening la.  Silap-silap aku pun boleh jadi gila macam Maria……hehehe
 
Mula-mula ingat si Harris yang mengupah orang untuk membunuh Hamdan.  Lepas tu, baca lagi aku dok ingat Maria yang bunuh Hamdan tapi bukan jugak.  Jefry ke?  Bukan juga.  Mulanya aku ingat si Jefry tu anak Junaidah.  Akhirnya Harris kahwin dengan Maria.  Andaianya aku si Harris tu pun psiko gak mana tak kerana Maria dia asyik dok ambik xanax.  Dia tak boleh control sendiri stress yg dialaminya.
 
Bila masuk watak Amylia, timbul watak Leopard di mana dalam bab ni Jefry telah mati dibunuh sedangkan pembunuh Hamdan masih belum ditemui & percubaan orang untuk membunuh Maria juga masih belum ditemui.  Dalam fikiran aku mesti Jefry yang mencuba untuk membunuh Maria walaupun pada mulanya Rashdan yang berhasrat untuk membunuh Maria.
 
Baca punya baca, aku kata Daniel yang mengupah Leopard membunuh Jefry tapi bukan juga.  Rupanya si Leopard tu Julia, seorang wanita….hampeh tul la.  Eeeee…..confuse betul.  Siapa sebenarnya pembunuh Hamdan & Jefry ni.
 
Baca lagi, laaaaa……….rupanya itu halusinasi Maria yang menggunakan watak Amylia seorang peguam yang membela Leopard.  Hakikatnya, si Maria tu yang gila.  Opsss……psikiatri.  Dr Azlan tak suka guna perkataan gila. Pembunuh sebenar Hamdan & Jefry adalah Maria.  Adussss!!!!  Pening aku.  Banyak sangat halusinasi.  Namun begitu, jalan ceritanya memang menyuruh kita berfikir.
 
Yang paling mengejutkan aku, bila dapat tau si Liza yang membuat percubaan membunuh Maria akibat terlalu cintakan Harris.  Tak sangka, seorang yang begitu berpegang kuat pada agama sanggup melakukan kerja terkutuk itu.  Pada mulanya aku sangkakan ayahnya yang mengupah orang untuk membunuh Maria kerana apabila siasatan dibuat, peluru yang digunakan untuk membunuh Maria sama seperti yang terdapat pada revolver Tuan Yahya.  Masalahnya siapa yang telah menerima upahan itu.  Akhirnya dapat jawapan setelah aku sendiri pening kepala memikirkannya.  Aduh!  Lamanya watak Abdul Wahid bin Musa nak keluar.
 

Apapun, aku enjoy baca Rahsia Perindu ini.  Tugas Dr Azlan di dalam merawat pesakit psikiatri memberikan aku sedikit info mengenainya.  Walaupun watak Daniel begitu sedikit & hanya halusinasi Maria, tapi aku suka sikapnya yang begitu mengambil berat terhadap kekasihnya.  Watak Rohana – kalau boleh aku nak tiru seperti dia, sabar dengan karenah si Harris.  Pandai bermain psikologi untuk memujuk Harris & menyuruh Harris menunaikan kewajipan terhadap ALLAH dikala masalah datang melanda.  Watak-watak baik di dalam novel akan aku jadikan tauladan manakala yang tak baik akan aku jadikan sempadan.  Tahniah RAM!  Sesungguhnya novel RAM memang tidak pernah mengecewakan aku.

Kenangan bersama RAM sewaktu di Alaf.  Salah seorang novelis yang memang teringin sangat aku nak jumpa.  Finally, dapat juga aku bertemu dengan dia.

 

13:17 Posted in Books | Permalink | Comments (0) | Email this

07/06/2005

Terima Kasih Alaf.......Terima Kasih Karangkraf

Pertama sekali aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Karangkraf terutama Alaf 21 dengan layanan yang diberikan sewaktu aku ke sana pada hari Jumaat, 1 Julai 2005.  Layanan yang di luar jangkaan aku.

Aku dijemput ke Alaf kerana menurut Ruby, si penghantar e-mail....Alaf nak buat perjumpaat untuk mengadakan discussion antara bloggers di mana Alaf ingin mendengar pandangan, ulasan, kritikan dsb.  Mulanya aku pelik sebab di blog aku, aku langsung tak sentuh pasal Novel yang pernah aku baca.  Lantas aku menelefon Encik Norden bertanyakan adakah ini satu kejutan Alaf untuk peminatnya, seperti yang dia pernah beritahu aku sebelumnya.  Rupanya bukan.  Then, aku call kawan aku yang kerja kat Karangkraf & dia kata adakah kunjungan aku itu bersama dengan gengjurnal.  Alamak!  Aku baru je daftar jadi member gengjurnal atas nasihat kawan aku, belum pun sampai sebulan malah aku tak tahu langsung yang gengjurnal nak buat lawatan pada hari yang sama.  So, aku andaikan yang dia orang tak sama dengan aku ni sebab si Ruby kata perjumpaan bloggers so aku assume dia orang ni e-mail kat orang-orang yang ada blog. 

Namun aku tak puas hati, telefon pula Ruby (setelah aku confirm attendance dengan En Norden).  Sah! Memang join dengan gengjurnal.  Dah rasa macam tak nak pergi pulak.  Malu la beb.  Bukannya aku kenal dia orang tu.  Fikir punya fikir, tak pe sebab aku ada bawak geng 2 orang, boleh la dihilangkan malu tu sikit.  Lagipun, aku rasa ini la peluang untuk aku mengenali rakan-rakan gengjurnal & juga staff Karangkraf terutama staff Alaf 21 sendiri. 

Akhirnya aku sampai juga ke Karangkraf tu.  Hilang rasa malu, jadi seronok pula.  Staff Karangkraf memang semua ok.  Kepala pun boleh tahan brutel.  Begitu juga dengan member gengjurnal.  Orait la dia orang ni semua.  Memang seronok sangat dapat mengenali dia orang dengan lebih rapat lagi.  Kalau selama ni aku tak pernah kenal siapa itu Gayour.  Sekarang aku dah tau siapa.  Lawak....memang lawak brother tu.  Aku suka seni dia.  Cantik betul dia melukis komik.  Bukan setakat lukisan dia je, color lukisan dia punya la cantik, kalah computer punya color.  Selain tu aku juga dapat kenal lebih dekat dengan Pengarah Urusan Karangkraf iaitu Tuan Hj Hishamuddin. 

Sehari suntuk di Alaf, banyak yang dapat aku pelajari.  Kalau sebelum ni orang selalu kata kat aku, orang yang suka membaca Novel melayu ni boleh banyak berkhayal & boleh merosakkan bahasa dan minda.  Bila aku kata aku dapat infor dari novel yang kubaca, mereka kata tak semua info tu betul sebab dia orang main letak je tapi aku tak percaya sebab mana mungkin mereka berani buat begitu sebab di kalangan pembaca novel melayu bukan calang-calang orang.  Mereka juga pernah kata orang yang menulis novel ini terlalu banyak berimaginasi.  Sekarang aku tahu, ketidakpercayaan aku terhadap apa yang orang kata itu memang benar. 

Bagi diri aku sendiri, secara jujurnya aku katakan di sini, Novel Alaf banyak mempengaruhi aku.  Watak-watak di dalam novel itu banyak mempengaruhi aku.  Mempengaruhi aku yang positif ye sebab yang baik aku jadikan teladan & yang buruk aku jadikan sempadan.  Kalau watak di dalam novel itu menceritakan seorang wanita yang tabah, aku ingin jadi wanita setabah itu.  Terima kasih pada penulis-penulisnya.  Lagipun selain novel, terdapat juga buku-buku lain terbitan Alaf.  Lebih banyak kita membaca, lebih banyak ilmu yang kita dapat.

Aku terasa macam nak terjun ke bidang penulisan ni pulak.  Sebenarnya di zaman persekolahan dulu & baru-baru lepas sekolah aku memang banyak pergi kursus penulisan & kursus kewartawanan.  Dulu aku boleh la dikatakan aktif teater & tarian.  Aku pernah menulis sajak, pernah tulis untuk majalah sekolah.  Disebabkan aku asyik dok dengan teater & tarian, aku lupakan macam tu aje bidang penulisan.  Ditambah pulak tak dapat galakan dari keluarga & rakan-rakan.  Lagipun, waktu dulu-dulu novel ni mana la popular sangat.  Tapi, minat tetap ada....minat untuk menulis novel tak pernah pudar sejak dari dulu, kini & selamanya.  Eh! Cam pernah dengar la ayat tu.  Agak-agaknya, kalau aku start nak menulis sekarang ni boleh ke?  Otak pun dah beku.  Penggunaan bahasa aku nanti mesti out giler.  Tapi Ramlee Awang Mursyid kata, masih belum terlambat.  Kata-katanya memberikan aku semangat.  Ditambah pula beberapa orang staff Alaf yang menggalakkan aku & kawan-kawan yang datang hari tu menulis.  Lagi la bersemangat.  Kawan aku yang sorang hari tu memang sedang menulis & yang sorang lagi balik je dari Alaf terus start menulis.  Waduh! Pantas gitu.  Really impress of you la Nisha.

En Norden, Kak Sri, Kak Sharifah & En Ramlee.....jika saya ingin menulis boleh tak you all bagi guide dekat saya?  Boleh tak saya minta pertolongan dari you all?  Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.  Minta maaf En Norden sebab tak sempat say good bye hari tu sebab rushing nak balik.  Nak elakkan jem konon, akhirnya sampai rumah lepas maghrib juga.  Padan muka aku! 

Tuan Hj Hishamuddin, I really admire you.  Hey! Wait........nanti ada yang salah faham pulak.  I admire your courage.  I admire your successful.  Boleh tak kalau saya nak belajar dengan you selok-belok business ni.  I respect your principle in doing of your business.  Selain dari minat menulis novel saya juga minat dalam dunia perniagaan.  Memang menyimpan cita-cita untuk jadi business woman yang berjaya satu hari nanti.  Tak salah kan kalau saya nak buat kedua-duanya sekali?  Insyaallah kalau kedua-dua tu success saya akan resign.  Opssss.....kalau budak office baca post aku ni sure dia ingat aku memang ada plan nak berhenti kerja.  Tau plak kat boss aku.  Sure kena titik cukup-cukup.  Skrg ni plak tengah mid-year SPMS.  Eh! Hidup mesti la ada wawasan kan?  Peduli apa aku.....hehehe.

Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga Karangkraf terutama warga Alaf juga gengjurnal.  Terima kasih pada semua yang terlibat.  Nice knowing you all.  Rasa macam nak datang Alaf/Karangkraf lagi.  Miss you all.  Buat Pupe, I tak puas bersembang dengan you tau.  Kak Sadiah, terima kasih kerana sudi bersembang dengan saya.  Kak Wan, saya nak bersembang dengan Kak Wan, nak ambil gambar dengan Kak Wan tapi tak berkesempatan.  Terima kasih juga kerana memberikan cenderahati kepada saya & kawan-kawan.  Hakikatnya saya memang tak puas tour kat Alaf hari tu.  Sesi presentation pun saya rasa macam short sangat-sangat.

 

14:08 Posted in Books | Permalink | Comments (0) | Email this