01/27/2007

Oh! My Charity...........

Argh!.......Sibuk nyer............Apa sudah jadi dgn dunia charity aku? Mak Pah pun dah selalu tanya kenapa aku lama tak datang.  Rumah Anak Yatim Nur Iman pun lama aku tak jenguk.  Walau macamana sibuk sekalipun, mereka tak pernah lupa dari ingatan aku.  Collection still lagi buat.  Disebabkan aku tak sempat nak menjenguk mereka yg dekat ni, aku cuma masukkan duit je kat rumah anak2 yatim yg jauh. Duit yg aku berikan tu adalah hasil dari collection.

Baru2 ni pun office aku ada buat donation untuk glood vistim di Johor.  Ada 3 cara :

1) Donate pakaian such as blanket, pillow etc.

2) Donate cash

3) Volunteer

Alhamdulillah aku dah tunaikan kedua2 nyer. Skrg tengah tunggu yg ke-3. Aku dah register jd volunteer cuma tunggu arahan selanjutnya.  Tak sabar rasa nk pergi sana tolong dia org.

Buat masa ni mmg kena slow sikit yg dekat2 ni dulu.  Apapun, aku nak beli la juga brg2 keperluan harian.  Cadang tu nak hantar at Rumah Anak Yatim Nur Iman tapi Umi beritahu hari tu ada satu lagi kat Puchong tapi dia beli bagi aku detail nyer lagi.  Takpe la, aku beli sikit2 dulu la & simpan dulu. 

10:13 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

11/07/2006

DUIT RAYA

Duit raya hasil dari collection aku & rakan-rakan dah selamat disampaikan pada mereka :

Rumah Titian Kasih - 63 org ; Asrama Penyayang Nur Iman - 62 org ; Anak-Anak Rahimah Bibi - 7 org.

Kesemuanya dapat RM10 seorang.  Ada juga sumbangan lain yg aku sampaikan pada mereka.  Sumbangan personal dari aku sendiri.  Bagi mereka yang hantar baju terpakai pun dah selamat aku serahkan pada yg memerlukan.

Aku tak dapat nak ambil gambar.  Kena beritahu ni kenapa aku tak dpt ambil gambar sbb takut ada yg tak percaya yg sumbangan tersebut dah diserahkan terutama mereka yg dah contribute. 

Masa penyerahan duit raya kat Rumah Titian Kasih tu aku sampai malam (dlm bulan puasa) & masa aku sampai tu hujan selebat-lebatnya.  Aku hanya duduk di khemah & Mak Pah yg dtg kat aku ambilkan duit bagi pihak budak2 tu.  Lama juga tunggu tapi hujan bukan semakin teduh tapi semakin lebat.  Jadi, tak pe la, aku kira tak perlu ambil gambar & duit tu pula biar Mak Pah yang serahkan pada budak2 tu nanti.

Masa penyerahan duit raya kat Asrama Penyayang Nur Iman pula aku hantarnya waktu aku on the way nak balik kg sbb aku asyik tak sihat je jadi tak dapat nak hantar awal.  Budak2 ramai dah balik rumah sedara-mara dia org.  Masa aku sampai Ustazah Sharimah sedang mengemas.  Jadi, aku serahkan duit raya tu pada dia je.  Yg kelakar nyer boleh tak cukup.  Ish! Ish!  Aku ambil duit collection tu agak2 je sebenarnya.  So, aku dah dulukan duit aku sikit.  Rupanya masih tak cukup juga.  Aku b'tau Ustazah, ambil je la yg ada dulu tapi jgn bagi kat budak2 dulu.  Lepas raya aku akan hantar yang bakinya.  Dah selamat hantar dah pun. 

Utk Rahimah Bibi pula, aku memang nk hantar sekali masa on the way balik kg tapi bila aku call dia tak de kat rumah pula.  Jadi, duit raya utk anak2 dia aku bagi lepas raya juga.  Begitu juga dgn kuih raya.  Aha...jgn silap, aku tak usik duit collection utk beli kuih raya bagi kat dia.  Kuih raya tu adalah sumbangan personal dari aku.  Dah terlanjur hantar kuih & duit raya, aku beraya la sekali kat umah dia.  Masa sampai anak dia yg terlantar sakit sedang tidur.

Alhamdulillah, semuanya dah selamat diserahkan.  Aku harap mereka akan terus contribute lagi.  Ada sapa2 lagi yg nak join.  Lagi ramai lagi bagus.  Skrg ni list yg contribute setiap bulan less than 20 people.  Setiap bulan jumlah org yg contribute pasti berubah2, antara 10-15 org.  Kadang tu ramai, kadang tu kurang.  Begitu juga dgn jumlah RM nyer.  Kadang dpt lebih kadang dpt sikit.  Apapun, syukur alhamdulillah sbb mereka masih sudi utk menderma.  Jumlah tak penting, yg penting KEIIKHLASAN.  Semoga amal jariah kita akan diberkati-Nya.

 

13:18 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

09/13/2006

ASRAMA PENYAYANG NUR IMAN…….LATEST NEWS

Semlm ptg balik keje aku singgah kat Asrama Penyayang Nur Iman.  Memang agak lama aku tak pergi visit asrama tu & selalunya kalau aku pergi Ustazah Sarimah tak ada tapi hari ni aku bernasib baik sebab beliau ada & sempat la bersembang sat dgn dia.

Sedih gak bila Ustazah kata pernah 1 bulan dpt sumbangan RM1,000 je.  Bayangkan, sewa rumah je dah RM3,100 (2 buah rumah – 1 buah utk perempuan & 1 buah utk lelaki).  Itu tak masuk makan minum budak2 kat situ.  Bila aku tanya Ustazah, ada tak dpt sumbangan yg permanent setiap bulan, dia kata tak de.  Selama ni aku dok ingat asrama ni dah banyak dpt bantuan sbb satu ketika dulu banyak media masa buat liputan tentang asrama ni, sampai masuk TV la.  Rupanya hangatnya sekejap je.  Biasa la kan, baru2 mmg hangat, lepas tu org lupa.  Tapi aku bukan lupa sebenarnya.  Aku ingat tapi sbb dok ingat dia org dah banyak dpt bantuan.  Rupanya jangkaanku meleset sama sekali.

Bila balik umah aku citer kat hubby aku.  Dia kata biasa la, kebanyakkan org yg menyumbang tu nakkan publisiti, ada kepentingan kat situ, tu pasal memula je hangat.  Itu dah mmg lumrah katanya.  Ish! Nak derma pun kena ada publisiti gak ke?  Tu pasal aku tolak bila ada org offer nak buat liputan media charity yg aku & rakan2 buat ni.  Bagi aku, biar la tangan kanan yg beri & tangan kiri disorokkan.  Dan lagi, hubby aku kata dia mmg nampak Asrama Penyayang Nur Iman ni agak susah berbanding yg lain.

Pemergian aku ke asrama tersebut bukan la dtg kosong sebenarnya.  Hasil dari kutipan setiap bulan, aku belikan barang2 keperluan harian yg aku kira ramai org tak terfikir pun sebelum ni seperti sanitary pad, toiletries, Clorox dsb.  Aku hantar sekali baju2 budak yg terpakai (yg masih elok).

Insyaallah, lepas ni (sebelum puasa kalau boleh), aku nak visit keluarga miskin, Rahimah Bibi pula.  Lama jugak aku tak visit dia, cuma telefon je.  Nak tengok keadaan dia skrg.

Eh! Lupa lak nak b’tau.  Menurut Ustazah Sarimah, kalau boleh dia nak cari tanah nak bina asrama ni atas tanah, senang katanya.  Ada ke sesapa yg nk wakaf kan tanah di sekitar lembah klang ni utk bina rumah anak yatim? 

Akhir sekali, sesapa yg nak join charity group aku ni mmg aku alu-alukan sgt bagi menambahkan lagi collection yg sedia ada.  Lagi ramai lagi banyak collection kita dpt & banyak juga kita boleh agihkan sumbangan tu.

 

17:00 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

08/10/2006

PENYERAHAN SUMBANGAN

Alhamdulillah, dlm sibuk-sibuk sempat juga buat keje ni.  Beberapa minggu lepas RM200 telah dimasukkan ke dalam akaun Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi.

Semalam, aku hantar brg2 keperluan harian kat Rumah Titian Kasih spt beras, milo, susu, bihun, minyak masak dsb.  Mak Pah minta tolong, for nxt time kalo ada nk bagi brg lagi dia minta sabun (sabun basuh baju & sabun mandi) juga clorox.  Mungkin benar sbb aku tengok pun beras dah banyak stock tapi ok gak aku beli susu sbb Mak Pah kata mmg dia org kekurangan susu.  Disamping tu, aku juga serahkan baju2 terpakai memandangkan stock masih ada lagi.

Dah lama tak ke sana, rindu pulak dgn Mak Pah & budak2 kat situ.  Kebetulan Ayu masuk ke pejabat.  Apa lagi tak kering gusi kami dibuatnya.

Kepada mereka yang masih meneruskan memberi sumbangan, thanx a zillion.  Allah saja yg dpt membalasnya.  Aku dah bincang dgn Mak Pah nak buat program utk Rumah Titian Kasih ni tapi ye la, bukan senang nak buat program.  Kena plan betul2.  Skrg ni pulak dah dekat nak puasa.  Kalau tak sempat buat sebelum puasa ni aku akan buat selepas raya, insyallah.  Skrg ni cuma deal brg2 makanan je dgn dia org.  Aku akan cuba bantu ikut kemampuan aku.  Yg ni tak de kena mengena dgn collection yg aku buat setiap bulan ye jgn plak nnti ada yg salah faham.  Setiap drp duit collection yg keluar & masuk aku akan rekod dlm buku.  Sesapa yg ada rasa sangsi boleh mai kat aku tengok buku kira2 tu.

 

12:50 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

06/08/2006

2ND VISIT TO RUMAH YAKIN AL-WADI

Hmmm....dah buat 2nd visit to Rumah Yakin Al-Wadi.  Cash dah bank-in before so, just datang bawa beberapa pakaian terpakai + buku terpakai yang orang serahkan pada aku.  Hafsah pun dah resign.  Just only coz nak kahwin.  Nasib baik this time dapat jumpa Encik Md Daud, Penyelia rumah tersebut.  Lama gak bersembang dengan dia.

Penghuni dah increase...70 orang semuanya.  Yang 3 ke 4 beradik (tak berapa ingat) yatim-piatu yang ibunya meninggal dalam banjir, dah tak duduk situ.  Depa ikut Mokhtaruddin, Tok Guru Silat....kat Gombak kalau tak silap.  Itupun katanya akan dihantar semula ke Rumah Yakin Al-Wadi. 

Aku tumpang gembira, apabila salah seorang bekas penghuni Rumah Yakin Al-Wadi iaitu Aisah akan ke Mesir pada bulan Sept' 06 ini bagi melanjutkan pelajaran di sana.  Tahniah buat Aishah.

Rumah Yakin Al-Wadi kini dah ada brochure juga CD hasil sumbangan dari someone.  Website depa sendiri pun dah ada.  www.rumahyakin.com

080606 @ 1358

13:00 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

05/25/2006

YURAN SEKOLAH

Recently, aku ada cerita pasal Rahimah Bibi.  For the last few days, aku dah bagi duit kat dia sebanyak RM113.00 untuk selesaikan yuran sekolah anak dia yang tertunggak.  Duit tu adalah hasil collection aku & the geng.
 
Aku juga dah buatkan official complaint kat Kementerian Pelajaran bout her children.
 
Insyaallah, aku akan bantu dia selagi terdaya

12:45 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

05/22/2006

KASIHNYA IBU

Petang semalam aku berkesempatan berkunjung ke rumah Rahimah Bibi.  Siapa Rahimah Bibi tu?  Dia adalah insan malang, seorang ibu yang menderita di mana 5 dari 7 anaknya menghidap penyakit.
 
Anak pertama, Muhammad Shafiq berusia 12 tahun menghidapi penyakit jantung berlubang.  Masa aku datang Shafiq tak ada kerana pergi bermain laying-layang.
 
Anak kedua, Nurshafizah, 11 tahun.  Beliau sihat seperti orang biasa dan bersekolah di Sek Ren Keb Marine Convent, Air Panas.  Sewaktu aku datang Shafizah sedang membantu ibunya di gerai.  Kisah Nurshafizah memang sedih kerana dia pernah dipukul oleh guru besar sekolah tersebut disebabkan gagal membayar yuran sekolah (sebahagian dari yuran telah dijelaskan).  Menurut si ibu, bukan Nurshafizah aje yang dipukul malah pelajar lain yang masih belum menjelaskan yuran sekolah juga dipukul.  Pihak sekolah juga menghentikan pemberian RMT.
 
Anak ketiga, Muhammad Shahrul, 10 tahun adalah yang paling kritikal kerana beliau mengalami Hidrocaplus (kepala berair), tidak boleh bercakap, bergerak & melihat.  Beliau sudah menjalani pembedahan VP Shunt sewaktu usianya 6 tahun tetapi keadaannya tetap sama.  Kulit di badannya juga tampak kering & ditumbuhi seperti kudis.  Makanan Shahrul hanya susu & nestum.  Shahrul hanya terlantar & tidak boleh buat apa-apa.  Sewaktu aku angkat kepala beliau, masyaallah memang berat yang amat.  Kepala Shahrul lebih berat dari badan dia.  Kaki Shahrul pula, bila diluruskan akan menggeletar.
 
Anak keempat, Muhammad Shahril merupakan kembar Shahrul.  Walaupun tidak seperti Shahrul, tetapi Shahril juga punya masalah iaitu masalah sukar buang air kecil.  Menurut ibunya, pembedahan akan dilakukan pada 29 August 2005 ini di Pediatrik, HKL. 
 

Anak kelima, Barkath Nisha, 7 tahun pula gagap, mata besar, lutut berlanggar sesama sendiri sewaktu berjalan dan ibu jari kiri yang tidak berfungsi. 

 
Anak keenam, Muhammad Shahrizah, 5 tahun juga sihat & tidak ada sewaktu aku datang ke rumahnya.  Pergi mengikut abangnya bermain agaknya.
 
Anak bongsu Rahimah bibi ialah Nuraidah Nisha, berusia 2 tahun mengalami bibir sumbing & alhamdulillah aku lihat bibirnya dah agak baik setelah menjalani pembedahan.
 
Buat masa ini Rahimah mendapat bantuan dari Baitulmal berbentuk pampers & susu untuk Shahrul.  Menurut beliau, insyaallah mulai June 2006 ni beliau akan dapat tambahan bantuan dari Baitulmal berupa wang tunai sebanyak RM250 sebulan.  Selain dari itu juga, insyaallah mulai June 2006 juga beliau akan dapat bantuan dari JKM sebanyak RM400 sebulan.  Namun begitu, ianya masih tidak mencukupi.
 
Pendapatan beliau sekarang ialah hasil dari jualan ABC & makanan ringan.  Suaminya sudah tidak bekerja akibat masalah kesihatan & kini beliau kini membantu Rahimah menjual makanan ringan.


Rahimah duduk menyewa rumah DBKL di PPR Kg Baru Air Panas.  TV di rumah beliau adalah hasil dari pemberian orang begitu juga dengan peti sejuk.  Modal untuk beliau memulakan perniagaan ABC & makanan ringan juga adalah hasil dari bantuan orang.  Menurut Rahimah bil elektrik di rumahnya terlalu mahal walaupun alat elektrik yang beliau guna tidak seberapa.  Macamana boleh jadi macam tu?  Suami aku dah beritahu dia supaya buat report dengan TNB. 
 
Yang aku ingin tekankan di sini ialah kenapa HM di sekolah Nurshafizah sampai begitu kejam memukul beliau & menarik kembali RMT sedangkan beliau la orang yang sepatutnya dibantu.  Mana PIBG?  Sekolah tu pula bukan sekolah swasta tapi kerajaan.  Rahimah menyekolahkan Nurshafizah di situ kerana dulu beliau bekerja. 
 
Dan lagi satu, yang peliknya kenapa anak sulung beliau iaitu Muhammad Shafiq tidak mendapat bantuan buku teks.  Sebelum ini setiap tahun anaknya itu mendapat buku teks tapi tahun ini belum dapat lagi sedangkan dah hampir setengah tahun sesi persekolahan bermula.  Nak rayuan?  Rayuan apa lagi sedangkan dia memang orang yang sepatutnya terima bantuan buku teks.  Nak tunggu apa lagi cikgu.  UPSR pun tak lama lagi.
 
Kesemua anak Rahimah bersekolah di Sek Ren Keb Air Panas kecuali Nurshafizah yang bersekolah di Sek Ren Keb Marine Convent.
 
Walaupun Rahimah mempunyai adik-beradik yang ramai tetapi tidak seorang pun diantara mereka yang sudi meziarahi beliau malah tidak pernah ambil tahu pasal anak-anak beliau apatah lagi untuk menghulurkan bantuan.  Inilah lumrah kehidupan, yang miskin dihina, dikeji & disisihkan.  Aku puji sikap Rahimah & suami yang tidak mahu menyusahkan orang lain.  Beliau rajin berusaha untuk mencari sesuap nasi & membesarkan serta menyekolahkan anak-anak dengan menjual ABC & makanan ringan walaupun hakikatnya anak-anak beliau yang sakit memerlukan perhatian yang lebih dari beliau. 
 
Jika anda ingin hulurkan bantuan bagi meringankan beban Rahimah, anda boleh berbuat demikian. 
1)     Bank-in ke akaun BSN {14174-20-00004443-3} atas nama Muhammad Shahril bin Muhammad Arif (anak).
2)     Datang terus ke rumah beliau di Blok B-11-18, PPR Kg Baru Air Panas, Jalan Usahawan 6, Setapak.
3)     Join dengan group aku buat charity.  Hubungi aku untuk maklumat lanjut.
Lawatan aku petang semalam hanya sempat menghulurkan baju terpakai (baju budak & baju untuk Rahimah) juga barang permainan terpakai.  Insyaallah, aku akan datang lagi untuk menghulurkan sumbangan lain pula.
 

11:25 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

05/14/2006

McDonald & Keperluan Harian

Alhamdulillah, McDonald telah selamat dihantar ke Asrama Penyayang Nur Iman pada hari Jumaat, 12/5/06.  Rider McDonald terus hantar ke sana & jumpa aku di sana. 

Disamping tu barang-barang terpakai yang telah diserahkan kepada aku beberapa hari sebelum tu iaitu baju, kasut & songkok telah selamat aku sampaikan.  Yang bakinya akan kuserahkan ke rumah anak yatim yang lain pula.

Terima kasih pada yang telah menyumbangkan semuanya.

~ 0850 am~

08:53 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

05/11/2006

BANYAKNYA......TERIMA KASIH

Terima kasih banyak-banyak pada yang menyumbangkan barang-barang terpakai untuk didermakan pada anak-anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal & pada mereka yang memerlukan. 

Selain menguruskan/menerima sumbangan berbentuk wang, aku juga menguruskan/menerima sumbangan berbentuk barangan terpakai & barang keperluan harian.

Kali ni banyak pulak.  Agaknya dia orang buat spring cleaning kot.  Sampai tertidur aku buat sorting.  Kena buat sorting sebab aku nak pastikan barang-barang yang nak dihantar berada dalam keadaan baik & mengikut kesesuaian si penerima.  Itupun ada lagi yang tak collect.  Dan semalam ada lagi beberapa orang yang tanya. 

Terima kasih sekali lagi di atas sumbangan yang dihulurkan.  Terima kasih juga kerana memberi kepercayaan pada aku untuk menguruskan semua ni. 

Semoga usaha ini diberkati oleh ALLAH.

~1320 p.m ~

13:19 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

03/27/2006

RUMAH SOLEHAH

Saturday, 25hb March 2006 – visit Rumah Solehah (HIV positive of mothers & children) at Bdr Tun Razak, Cheras.  Come together with my husband & children.  Macam tu la aku selalunya pergi visit tempat-tempat macam ni akan aku bawa mereka, nak bagi my children understood kesusahan orang lain.  Kedatangan disambut baik oleh Kak Wan, wanita yang bertanggungjawab menguruskan Rumah Solehah.
 
By the time, there are a few students from One Academy College doing some activities with children over there.  Wah! Bukan main seronok lagi aku tengok budak-budak tu.  Some of them HIV negative.  According to Kak Wan bukan semua positif but mothers yang stay kat situ memang semua HIV positive.
 

Terharu gak dengar story from Kak Wan pasal budak-budak tu.  Nak buat macam mana, bukan salah mereka.  Cumanya aku agak terkilan kerana rupanya ramai lagi dalam masyarakat kita cannot accept this kind of people.  Orang-orang macam ni la yang patut kita Bantu & bagi semangat kat depa untuk terus hidup.  Believe it or not abandon child yang Kak Wan carry ni dah 4 years old?

 
About 1 hour gak aku kat sana.  Sempat la snap sikit gambar dia orang.  Cash, biscuits, soft toys & baju terpakai aku sumbangkan untuk mereka.  Tu semua bukan dari aku seorang tapi dari mereka yang bagi contribution di mana aku yang menguruskan segala contribution yang diserahkan pada aku.  Thank you very much to those contributors.  Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. 
 
Those yang nak visit boleh la datang ke sana.  Address – No 3, Jln Makmur 3, Bandar Tun Razak, Cheras, KL.  Ada 2 buah rumah for them, 1 is intermediate unit & the other 1 is corner lot.  All activities their do it at corner lot unit.  I think ramai yang dah tau about Rumah Solehah ni.  Rasanya tak perlu you all takut nak visit them.  I am sure you all out there pasti tau macamana jangkitan HIV boleh berlaku.  My children pun tak kisah play together with them.  Datang la, lihat sendiri keadaan mereka.  Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa HIV.  Ibu-ibu yang jahil menjadi mangsa HIV akibat suami yang tak bertanggungjawab.
 

Insyaallah, jika dipanjangkan umur I will visit again Rumah Solehah.  Next visit/contribution belum decide lagi kat mana.  Those who would like to join my group, can liaise with me.  You can either e-mail to me at farah_tihanic@yahoo.com or call me at 012-256 7454 / 013-610 7004. 

Special thanks to Kak Wan sebab melayan kami dengan baik.
 
 

17:14 Posted in Charity | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts