08/23/2005
MOF Game

SC buat something differents (aku rasa la). Dengan website nyer (website khas untuk MOF Game), dengan paracut nyer. Dengan temanya, Wow! So great. Eventhough SC is a small agency compare with others, staff pun tak begitu mencukupi tapi aku kira SC berjaya mengelolakan MOF Game kali ini dengan baik sekali. Jika ada terdapat sikit kecacatan aku kira agensi-agensi lain haruslah memahaminya. Apapun, well done & congratulations to all yang telah bertungkus lumus menjayakan event ni. Tak kisah la walau SC guna event management sekali pun.
Overall result, SC berjaya mendapat kedudukan tempat ke-6 dari 8 agensi yang mengambil bahagian. Not bad. Ye la, SC yang hanya seketul ni je compare with others agencies yang mempunyai branches at every states & mempunyai beribu staff (silap2 berpuluh ribu pun ada) but SC can get 6th place & juga berjaya mengelolakan MOF Game kali ni. Yes! SC Boleh. I am so proud to those participating.
Daripada 11 acara yang dipertandingkan, SC won Gold Medal dalam acara Tug-of-War (Mens) & Silver Medal dalam acara Outdoor Challenge. Congratulations! Congratulations Bakar, Majid, Zamri, Hazman, Adli, Hafiz, Zaihan, Rizal Sharuddin, Ezad & Khairul (Tug-of-War Team), Razak Alex, Ei Wen, Emilia, Joanne, Chin Fei, Marshall, Seri & Zulfikar (ODC Team). Teringat masa join geng tarik tali ni jogging waktu petang. Sekarang tak boleh join dia orang lagi dah. Rindu lak rasa nak jogging ngan korang....hehehe.
Disamping tu, SC juga berjaya mendapat tempat ke-3 dalam March Pass. Congratulations! Congratulations to all participants. Well done performance. However, the costume not so nice. Hehehe….jangan marah. Whatever it is, overall memang best.
Am leaving Pusat Latihan Maybank once tamat upacara perasmian cos ada lagi personal matter yang perlu aku bereskan.
Farah, kenapa tak join apa-apa pada MOF Games kali ni?
Hmmmm……soalan ini ramai yang tanya aku. Hehehe, terasa glamour lak. Most of them said that I am boycott. Really? Hmmm…….aku tak kata pun but up to them nak kata apa. Itu hak mereka. Yes, I have received a few call minta aku join, minta jadi sub-committee tapi semua aku reject. Kalau yang depa call pun aku reject apatah lagi yang volunteer lagi la aku tak nak. Finally, aku akur when someone persuade me to be an usher during the opening ceremony. Kalau reject gak nanti ada lak yang kata aku berlagak. Sayangnya, size T-Shirt yang aku choose tak dapat. Dah la tak berapa nak jadi usher tu, dapat pulak size T-Shirt yang lain. Tapi tanya nak T-Shirt size apa tapi tak dapat, camne tu? I understood that’s not easy to manage & katanya ramai lagi yang tak dapat size yang mereka nak. Whatever it is, kalau kita orang dah choose size T-Shirt kenapa ramai yang tak dapat? Ish! Ish! Tak paham aku. Apapun keputusan aku muktamad, pulangkan balik T-Shirt & I don’t want to be an usher. Sorry……Maknanya betul la…..Apa yang betul? Masa aku bagi keputusan bersetuju to be an usher, aku berkata dalam hati, kalau ALLAH restui apa yang aku nak buat ni, means I will get what I request for (by right bukan aku request, depa yang tanya), if not sebaliknya la.
Why I don’t want to get involve with any games in SC? (game yang melibatkan competition) :
- Aku tak nak terikat dengan schedule mereka. Apa saja aktiviti yang aku nak buat, biar aku sendiri yang aturkan. Free aku buat, tak free aku tak buat.
- Aku segan ler dengan laki aku di mana bila aku sibuk ada game je, mesti balik lambat & pas tu bila balik husband aku dah siap masak. Walaupun dia selalu tolong aku kat dapur tapi segan pulak bila balik-balik semua dah tersedia, tinggal makan je.
- Aku nak bagi concentrate dengan rumahtangga & anak-anak. Mereka semakin membesar. Aku tak nak dikata isteri & ibu yang sentiasa sibuk. Kalau sibuk dengan kerja or business tak pe la juga, ini sibuk dengan game. Lebih-lebih lagi sekarang ni yang sorang tu nak ambik UPSR. Kalau ada apa-apa game pun aku lebih prefer ajak husband & anak-anak join sekali. Beriadah bersama keluarga. Aku rasa lebih bermanafaat.
- Aku nak concentrate dengan ibadah aku & kerja-kerja amal. Tak nak la bila nak beribadah pun terpaksa rushing disebabkan game. Umur semakin meningkat & I should change terutama dari segi ibadah. Nak mati ni bukan tentu bila. Jadinya, aku kena la sentiasa bersedia. Kalau sebelum ni buat amalan yang basic je, sekarang kena la tambah dengan amalan-amalan lain pulak. Bak kata MAWI, `world world juga tapi akhirat jangan lupa’. Hafiz, bekas ahli kumpulan X-Factor pun dah berubah. Kalau dulu dia menari ligat atas pentas tapi sekarang dah menyanyi solo & buat album berkonsepkan ketuhanan. Juga, dia sentiasa memakai T-Shirt yang bertulis `He’ s watching you’. Katanya, untuk mengingatkan diri dia sendiri & orang lain juga supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu. Kalau dia orang tu boleh berubah kenapa tidak aku yang dah menjangkau usia 35 ++ ni, yang dah punyai anak remaja. Kan? Kan? Kan?
- Aku dah tak larat melayan manusia hipokrite ni. Masa kita diperlukan, manisnya bicara….lembut gigi dari lidah. Belakang kita mak eeiiii…..alahai! Rasanya lebih baik undurkan diri dari menyimpan rasa sakit hati tu. Buat tambah dosa je nak wat pe.
- Nak pencen dah la. Dah semakin berusia. Bagi la pulak peluang pada orang-orang muda. Nak buat aktiviti sendiri je, senang. Tak payah nak fikir pasal orang lain or masalah lain. Think how to manage myself je.
Anyway, this is my personal comments as well as my reasons why I do not want to get involve in SC game. Hope, kau orang puas hati dengan jawapan aku kat sini terutama sekali mereka yang selalu bertanya & yang teringin sangat nak tahu kenapa. Memang saja aku tak nak ceritakan pada sesiapa. Penat la. Kalau 10 orang tanya nak kena cerita 10 kali. Pas tu, takut penerimaannya lain pulak.
Eh! Lupa pulak la……..masa opening MOF Game tu ada satu yang aku terkilan sebab dapat jumpa dengan kawan lama aku si Azam from JPPH. Dia kata dia bawak Jalur Gemilang. Memang nampak dia tapi entah mana dia pergi lepas tu, aku dah syok tengok show sampai tak ingat dia. Pas tu rushing nak balik cos teringat belum solat lagi. Si Azam tu pun satu, aku dah beritahu dia yang aku datang ngan anak-anak & husband aku, bukan reti nak cari aku kat tempat yang dah dikhaskan untuk SC. Idak pun, p la jumpa emcee buat announcement panggil nama aku……hehehe. Kau ni tak habis-habis dengan sikap pemalu kau tu la. Lama betul aku tak jumpa kau Azam oiiii.
Proud to be a SC staff………….J
Sekian, wassalam.
14:55 Posted in Sports | Permalink | Comments (0) | Email this

