03/17/2007
Keretaku Accident Lagi
Sebenarnya dah lama tak accident. Kalo compare masa baru2 beli kerete dulu mmg selalu sgt. Accident besar je 3 kali (besar sgt tu tidak ler sbb tak melibatkan kecederaan atau kematian & paling tinggi buat claim pun RM1k je). Yg lelain kecik2 anak je. Scratch je. Mmg kereta aku tu panas. Agaknya aku mmg tak sesuai pakai proton....hehehe
Yg accident pg semlm pun bukannya teruk....scratch je pun. Kejadian berlaku dekat je dgn umah aku. Kat traffice light nak p Wangsa Maju tu mmg selalu aku tengok kereta suka sgt duduk kat lane yg nak belok ke kana (ke Tmn Melati/Kolej TAR) sbb mereka malas nak q.
Aku ni dah mmg pegang pd prinsip aku, kalo korang nak buat kesalahan lalu lintas korang punya pasal tp jgn babitkan or ganggu laluan aku. So, semlm tu spt biasa le aku dok kat lane aku. Satu pompuan ni pulak yg dok kat lane utk belok kanan tadi nak masuk kat lane aku la....entah mcm mana agaknya dia ni nk potong q tp tak pandai akhirnya cium la kete aku kat bhg tepi (kanan) belakang yg dekat ngan tayar tu.
Aku dah slow n bagi signal nak berhenti. Memula nampak mcm dia tak nak berhenti sbb dia langsung tak bg signal. Aku tunggu je sbb kalo dia blah aku nak amik late no. Finally dia berhenti. Aku turun je kereta dia bole ckp `kenapa cik masuk'? masuk ke jln ke aku pun dah lupa tp mcm tu....dia Q kat aku. Kalo ikut aku nak senyum je sbb aku kalo aku betul & org yg langgar aku tu salah tp dia tak nk admit malah nk cari salah kita aku mmg malas nk bertekak. Even kalo aku yg salah aku pun tak nak bertekak sebaliknya aku admit & minta maaf. Aku pun dah ckp dgn pompuan tu, if aku yg kat tempat dia aku akan admit & minta maaf sbb bukan aku tak biasa kena mcm tu. Tp dia tetap mengatakan aku laju la, dia tak biasa jln tu la. Langsung tak bole dipakai terima alasan dia tu.
Sebenarnya aku tak expect pompuan tu akan ckp mcm tu sbb dr segi penampilan & pakaian dia dgn bertudung labuh & berjubah. Aku ingat bila aku dah kata dia ikut lane salah dia akan minta maaf tapi dia kata aku laju. How slow do u want me to drive? Lagipun baru nak jln dari traffic light hijau, laju mana yg aku bole....baru nak masuk gear 3 pun. Lagipun laju bukan isunya.....sbb aku dah tentu duduk kat lane aku.
Argue punya argue, akhirnya dia tanya aku nak apa sbb kereta dia lagi teruk & dia kereta tu adik dia punya. Who cares sbb salah u tapi aku malas nak ckp apa2 lagi sbb aku rushing nak pergi keje. Kalo aku nak citer apa yg dia argue pjg la pulak. Aku cuma kata, aku cuba polish kereta tu kalo boleh hilang ke apa ke aku akan call dia balik.
Mmg aku dah polish kereta tu tp a little bit scratch still there. Aku sms dia beritahu, aku cuma nak claim duit polish je, RM60 je. Murah tau sbb aku polish kat office aku. Of course aku kena polish the whole body sbb tak de org nk buat sikit2. RM60 je pun....but she refuse & dia kata dia dah check dgn colleague dia yg that lane not necessary for turn right & she dun mind if i want to make a police report. Aku senyum je dpt sms dia tu then malas nak ckp banyak, i kata ok je la. Aku tak tau la samada dia yg bodoh atau colleague dia yg bodoh atau colleague dia yg saja nk kenakan dia. Atau mmg dia ego tak nak ngaku kesilapan dia. Whatever la.
Then mlm, tadi aku dah pun buat police report & dah citerkan semuanya kat Sjn Adzman. Baik betul Sjn tu. Layanan dia pun mmg bagus. T' kasih Sjn Adzmn. Bagi aku berani kerana benar & takut kerana salah. Aku pun ada tanya what happen if the other party tak buat report? Dia kata org tu akan dpt `surat cinta' la. Aku takkan berdiam di sini sbb I will follow up with this case. Rasakan, ego sgt.....aku cuma minta RM60 je tak nak bayar. Nak bayar saman RM300 bayar la. Tau la position dia tu manager, anak pun hantar kat private school.....mungkin mmg dia nak bayar RM300 tu kot sbb nak tunjuk dia tu banyak duit.
Macam2 perangai manusia ni. Salah tak nak ngaku salah. Padahal benda kecik je pun. Owh! Lupa pulak. Sebenarnya sebelum aku pergi balai aku call dulu minta pendapat polis adakah aku perlu make a police report sbb kecik je halnya tapi police advise aku buat. Alhamdulillah, semlm nampaknya semua berpihak pd aku sbb tu aku pegang teguh pd prinsip aku `berani kerana benar takut kerana salah' & `kemenangan sentiasa berpihak pd yg benar'. Allah pasti akan bantu kita. Jd, aku buat tu semua sekadar nak menegakkan kebenaran & nakkan hak aku. Biar lain kali dia tak buat lagi mcm tu. Aku bukan nak aniaya dia. Aku dah cuba negotiate ngan dia tapi dia yg degil. One thing, dia ckp mmg lembut tapi minta maaf hatiku tak cair dgn kelembutan. Apa guna kelembutan di luar tapi hati keras.
Di sini, aku nak nasihatkan org2 di luar sana, if you all rasa betul tak kira la dlm situasi apa sekali pun, peristiwa apa sekalipun, fight for it. Ingat satu je, Allah sentiasa bersama2 dgn org2 yg benar. Dan if you all rasa mmg u all tak betul, please admit & minta maaf. Tak rugi pun.
08:20 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
02/08/2007
Apa Nak Buat Kalau....................
Huhuhu...............aku tak salah......aku bukan penggoda tapi org yg tergoda dgn aku......malah menggoda bukan sikap aku......Eeee yerk.....geli pulak aku nak tulis pasal goda-goda ni sbb eeee mmg aku geli. Aku sememangnya tak pandai nak goda-goda org ni samada dari segi kata-kata atau perbuatan.
Tapi, aku nak buat macamana ek kalo org yg tergoda dgn aku. Wei! Aku bini org ler. Gila! Masalahnya aku bukan cantik. Tapi, tu la....dia org ni yg tergoda dgn suara aku & dgn body aku. Tak de maknanya. Yg paling klasik sekali, bila org yg jatuh cinta dgn suara aku sampai tak boleh nak tidur. Bila nak tidur je kena dengar suara aku dulu. Aduhai! Rakam je la suara aku tu. Bila nak tidur replay balik......hehehe
Memang aku tak nafikan ramai yg jatuh cinta dgn suara aku. Bukan nak berlagak. Tapi, bila aku tanya ngan kawan-kawan perempuan aku mmg ramai yg kata suara aku mmg sedap. Ada siap yg suruh aku jadi artis rakaman. Hahaha.....suara aku sedap bila bercakap tapi bila menyanyi........kalau JB hujan 6 hari berturut2 lepas Ina Naim buat album, KL pulak akan hujan 30 hari berturut2 bila aku menyanyi.....hahaha........ada pulak kawan aku bagi cadangan suruh aku jadi deejay. Well, dulu2 mmg ada juga aku jadi part-time deejay ni. Pernah juga jadi deejay jemputan tapi tu dulu-dulu masa zaman muda2 dulu. Dah tua2 ni sapa aje le yg nak amik aku jd deejay. Kawan aku kata suara aku sesuai bertugas tengah mlm & kendalikan rancangan yg romantik2. Waduh! Boleh mabuk aku nanti.
Kalau setakat org jatuh cinta ngan suara tak pe lagi, bole terima tapi kalo jatuh cinta sebab body? Huhuhu....sapa nak jawab?
13:58 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
01/20/2007
SIAPA DIA NI?????
Hari ni aku online YM agak lama. Hingga la aku menulis posting ni, YM aku masih lagi online. Walaupun banyak kerja yg aku nk buat tapi tak pe la since aku pun dah lama tak online YM. Rindu pulak rasanya nk chat ngan kawan2. Even banyak benda nak inform dia org.
Setelah sekian lama aku tak dpt gangguan dpd org2 yg tak bertanggungjawab, hari ni aku dpt balik. 1 Muharam pulak tu. Sabar Farah. Memang Allah nak uji aku. Betul la kawan2 aku kata, semakin berkembangnya biz kita maka semakin banyak dugaan yg akan kita tempuh. Lebih2 lagi aku ni seorang perempuan.
Sakit hati punya pasal, aku nak copy chatting aku kat YM ngan mamat bodoh tu. Aku ingat kan dia tu gila la. Ataupun dia mmg syok kat aku selama ni tapi aku tak layan.....hehehe.........sbb sakit hati aku tak layan tu yg dia bagi msg mcm tu. Ataupun, dia mmg kenal aku tp cemburu dgn apa yg aku ada. Ah! Pelbagai kemungkinan. Yg pasti hanya Allah yg maha mengetahui.
Ni la msg dia. Ada sesapa yg kenal budak gila ni?
zackk 03: hello
[ Zone Labs Security alert: Encryption is disabled because zackk03 is not on your contact list or invisible ]
BUZZ!!!
Farah Abdullah: yes
zackk 03: org talk to u but u buat bodoh aja
zackk 03: kurang ajar lah u ni eh
zackk 03: mcm ni eh mak bapak u ajar u?
zackk 03: u ingat u ni cun sangat ke
Farah Abdullah: ko sapa
zackk 03: nampak sangat muka tu tebal sangat dgn make up......
Farah Abdullah: kalo dah org x layan jgn la terhegeh2
Farah Abdullah: x malu ke
zackk 03: padahal muka......typical kampung nya type
Farah Abdullah: sbb aku cantik la ko asyik dok buzz aku
zackk 03: kau banyak tau malu nya muka?
zackk 03: jgn perasan kau cantik arr........make up aja tebal
Farah Abdullah: yg ko sibuk apasal
Farah Abdullah: bawak2 bertaubat, hari ni 1 muharam
Farah Abdullah: jgn dok asyik nk menghina org
zackk 03: muka nampak sangat muka pompuan kampung
Farah Abdullah: mmg aku org kg
zackk 03: klu kau tahi hari ni 1 muharam.....tak lah perangai kau mcm puki mak
Farah Abdullah: tunjuk kan la muka ko yg tak hensem tu kalo berani
zackk 03: puki mak kau lah
Farah Abdullah: bodoh nyer mamat ni
Farah Abdullah: aku nk explore msg bodoh ni kat network aku
zackk 03: kau ingat aku ni bebual dgn tembok dari tadi huh> pompuan sial kau
Farah Abdullah: hello budak tak reti bahasa, budak x tau malu
Farah Abdullah: kalo aku dah x layan tu maknanya aku ada keje
Farah Abdullah: ko x penting utk aku layan
zackk 03: eh anak sundal........umur kau aja tua...perangai mcm puki mak
Farah Abdullah:
zackk 03: klu budi bahasa pun takda......jgn mimpi nak kan org lain hormat kau
zackk 03: aku ingat mak bapak kau pun sama anak sundal mcm kau
Farah Abdullah:
zackk 03: tu sbb perangai kau pun sama mcm anak sundal
Farah Abdullah:
zackk 03: bangsat lah kau
zackk 03: pompuan benot
zackk 03: perasan mcm pelakon konon
zackk 03: tak sadar diri
**setakat tu je la aku layan. nnti dgn aku pun gila mcm dia. apapun, satu hari akan pasti akan dpt tau gak sbb aku punya instict selalu tepat.
17:30 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
12/09/2006
HARUSKAH.............
Haruskah aku menerima tawaran itu?
Semlm kawan aku offer satu job.....it's a freelance job. Mmg interesting tp kalo aku accept I have to take leave for 3 weeks. Waduh! Nk cuti 1 minggu pun susah, inikan pula 3 weeks. Menjerit boss aku.
Fikir punya fikir aku terpaksa tolak & my fren tu pulak terpaksa open for interview for that job. Lepas tu rasa mcm rugi lak. Pergi Hawaii tu.....hmmm tak pe la. Ada juga aku story kat other friends aku bout this offer & dia org suruh aku accept sbb katanya peluang tak dtg berkali2. Tp, entah la......aku rasa aku belum bersedia utk mengheret diri aku sejauh tu tu.....somemore english aku pun bukan nyer berapa betul sgt. Then, kawan aku lak kata....bila lagi yg nk bersedia? Dari dulu dia tu dgr aku asyik dok ckp belum bersedia je.
Insyaallah, nxt yr bila plan aku jd dgn member aku ni, aku akan jadi lebih berani dr skrg. Skrg ni consider aku berani tau kalo compare ngan dulu.............sebenarnya galakan & dorongan dr husband & friends la yg buat aku berada ditempat skrg. Keizinan dr Allah juga.....:-)
BTW, tks to Azran sbb offer aku that job. Really appreciate it but sorry can't accept it.
12:27 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
12/06/2006
MISSED CALL
Kalau ckp pasal missed call aku rasa semua org pernah dpt tp kalo ckp pasal pasal org sengaja buat missed call, aku rasa ramai yg pernah dpt. Salah seorg dpd nyer aku.
Kenapa mereka sengaja buat missed call ek? Tak cukup kredit? Nk jimat bill? Mengharap kita call balik? Sengaja mengacau? Aku rasa semua tu ada pd setiap caller yg rajin buat missed call kat phone org.
Kalo aku, sorry la.....kalo aku notice that call tu mmg sengaja dibuat missed call & no to plak not registered in my phone, jgn harap aku akan call semula walaupun dah berjuta2 aku terima missed dr no yg sama. Kalo rasa nk ckp tu, call la betul2. Kalo rasa nk ckp tp tak de kredit atau nk jimat bill, ckp la thru IM atau e-mail je ke. Kalo org tu bole tau aku nyer no HP yg glamer tu, bermakna dia pun bole tau e-mail add aku as well as IM ID aku. Lately ni mcm2 no yg kuar kat HP aku. Buat missed call plak tu.
Some people, bila dah terlalu kerap dpt missed call dr no yg sama dia akan cuba call balik org tu but not for me. Itu bukan cara aku. Kau buat la berjuta2 pun, aku takkan call balik sekalipun aku tau kau sapa sbb kau sengaja buat missed call sapa suruh. Lain la yg buat missed call tu anak aku ke sbb mmg aku yg selalu pesan dia buat camtu.
Aku dah get use dpt missed call, sms tak senonoh, caller tak senonoh. Namun, utk aku menukar no phone tidak sekali2. Lama mana pun dia org nk buat camtu. At the end of the day nnti dia akan stop sendiri. Kalo org call aku tetap layan mcm biasa. Senonoh ke tak senonoh ke ayat yg dia guna tu. Lantak la sbb dia punya duit. Tp kalo sms tak senonoh atau missed call aku ignore je. Itu cara aku menangangi masalah giler camni.
06:21 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
09/06/2006
ALAHAI KOWAJA.........
Sapa tau KOWAJA? Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad. Aku bukan nk ckp apa2 yg tak elok pasal KOWAJA ni tp aku nk ckp pasal agent dia.
Aku pernah dapat brochure entah dari siapa. Punya la banyak then aku pun terfikir la nk call, bukan nk buat personal loan tapi aku tertarik kat ayat `Eksekutif Pemasaran Sambilan diperlukan segera, Potensi pendapatan tambahan RM5,000 sebulan'. Bagi org yg business minded mcm aku mmg kukira agak menarik. Then, satu pertemuan diaturkan. Nama org tu SULAIMAN & dia dtg office aku dgn sorang pompuan namanya SHIDA (lupa lak nama penuh dia).
Cerita punya cerita.....hmmm biasa la kan mesti la dia org provoke aku to become an agent then dia kata kena bayar RM100 & dia akan bagi brochure 1000 keping & ada la sikit dokumen serta 2 forms. Kalo nk lebih kena beli katanya. Yg peliknya kat form tu dah siap chop nama tapi bukan nama dia, nama org lain. Dia kata tu la agent dia. Uish! Bahay ni buat keje cam ni. Buatnya dia tak bayar commission aku, apa bukti yg membolehkan aku tuntut. Then si budak 2 org tu kata, tak pe base on trust & yg agent tu pun Pak Aji......hahahaha....hello, jgn ukur hati budi org dr pakaian or title dia. Lepas tu banyak lagi la dia ckp yg berupa provokasi. Agaknya sbb dia pun mcm dah tunjuk muka aku pun sign la cek bagi kat dia RM100 atas nama si SHIDA tu sbb mamat tu suruh atas nama minah tu.
As an agent, aku dibayar 3%, habis dia dpt brapa plak & yg dia kat Pak Aji tu plak dpt brapa then KOWAJA itself plak? Ish! Business apa kebende ni. Puzzle gak tapi tak pe aku ramai consultant...hehehe
Ptg tu gak aku story kat member office aku & balik umah kat hubby aku plak. Semua org tak encourage aku buat. Yg aku plak tak tau rupanya sejak kes dulu tu (ada la.....tak boleh ckp sbb berlaku di office aku), mgmt dah tak accept potongan Biro Angkasa. Pd setiap org yg aku cerita termasuk husband aku advise aku supaya quit. Aku pun berdoa la pd Allah. Lepas beberapa hari aku rasa tawar hati sgt nk meneruskan keje aku tu then aku pun sms la si minah yg nama SHIDA tu supaya dia pulangkan semula RM100 aku & aku berjanji akan pulangkan semula brg2 yg dia bg kat aku dlm keadaan baik. Aku ingat 3 kali sms la tapi tak dpt reply gak then suddenly si mamat tu call. Bertekak la jugak sbb he refuse to refund my money. Aku malas nk ckp banyak bila dia membebel, aku cuma tanya `skrg u nk pulang ke tak nk if not i ada cara lain nk dpt kan balik duit i tu'. Dia tanya cara apa tp idak ler aku b'tau. Aku tak la bangang mcm kau nk b'tau. Bodoh betul la. Finally dia kata `tengok la nxt wk' then terus matikan tepon. Dasar kurang ajar. Aku ckp elok2 ko kurang ajar plak ek.
Seminggu aku tunggu tak de gak berita pasal duit aku tu then aku pun call la si SHIDA tu. Siap kata confuse nak masuk kat bank mana. Lepas tu aku tunggu lg beberapa hari, tak de gak. Bila aku sms tanya rupanya dia kata dah bank-in kan tapi mmg aku nampak statement tu ada RM50 cuma aku tak tau sapa yg bank-in & akhirnya terjawab. Then aku sms balik kenapa pulak RM50 padahal aku dah kata yg aku akan pulangkan semula brg2 yg dia bagi dlm keadaan baik. Aku kata kalo nk berkira sgt tolak la duit minyak yg korang dah dtg office aku hari tu. Yg pelik tu, dia kata tak yah pulang sebenarnya dan takkan duit minyak sampai RM50, melampau. Tak juga reply. Lepas beberapa hari aku dah meluat nak tunggu aku pun sms dgn beritahu yg aku akan take action atas apa yg berlaku & buat report pd pihak tertentu & yg pasti aku tak halalkan duit tu. Aku sms tu semlm ptg tp tak de jawapan sampai pg ni tp mlm td aku dah tau dah, instinct aku dah rasa, esok pg dia mesti call aku.
Sah! Pagi ni si mamat tu call beritahu dia dah ada kat luar office aku. Pas tu siap mcm mengungut plak nk pulang duit aku tu. Aku dah kata aku dlm waktu keje, apa kejadah nk kena keluar. Masuk je la. Tak perlu pergi parking, juz berhenti kat depan lobby, aku turun la. Bila aku dah sampai lobby, dia call then aku kata aku dah kat lobby tapi ada la kete lain kat situ, mana la aku tau dia pakai kete apa. Siap marah aku lagi, `dtg la sini, takkan i nk masuk sembah muka u lg'. Nasib baik aku boleh control kesabaran aku, aku cuma balas `sombongnya u ni' then terus dia cutt the line. Kalo ikut hati aku nk maki je. Pas tu, bila aku dtg kat dia, dua2 ekor tu dgn muka sombongnya yg masam mencuka, buka cermin kete pun tak habis, bg duit kat aku & aku bg hak dia balik then aku pun ckp la TQ (budi bahasa). Haram kejadah dia tak jwb.
Yg aku nk cakapkan skrg m'mana KOWAJA bole ada agen kurang ajar mcm tu. Eeeee....mujur aku tak jadi deal dgn dia, if not kena con la dgn dia org berdua ni. Aku sebenarnya mmg dah ada plan kalo dia tak nak pulangkan balik duit aku. Lepas tu baru la aku tersedar dr lamunan & ramai pulak yg b'tau akan sindiket koperasi2 yg bagi pinjaman ni. Banyak kes rupanya & salah satu kes pernah berlaku di office aku. Sapa2 yg nk buat pinjaman koperasi tu aku nasihatkan rentikan ler. Buat rugi korang je unless kalo korang berani cam aku, berani fight balik. hehehe. Somemore interest dia tinggi beb, dah tu kalo korang pinjam RM16k bukan dpt RM16k, tak silap aku RM4k terbang cam tu je.
Pd SULAIMAN yg sombong bodoh tu, aku nk b'tau kalo setakat jd agent KOWAJA tu jgn ler nk berlagak pulak. Dah la bodoh, sombong pulak tu. Ada lagi, kurang ajar. Waduh! Aku dah biasa dah jumpa perangai org sombong bodoh lg kurang ajar mcm kau tu. Si SHIDA plak, kalo nk buat keputusan jgn ler refer kat bf awak yg bangang tu. Aku tau la ko tu ada affair ngan mamat tu...........hahahaha.......jgn marah.
Apa yg korang dah buat kat aku, aku tak marah cuma bengang je. Lagipun aku ni marah ke bengang ke apa ke tapi aku tetap happy. Kalo korang berada di pihak yg benar, korang mesti fight balik pasal duit yg aku dah bayar tu. Aku rasa korang berdua ni mmg con man la. Sebenarnya, ada detail lg yg aku nk cerita tapi pjg sgt la pulak. Cerita one to one lg best. Bukan apa, nk jadikan org pengajaran dr citer aku. We grow fr our experiences & we learn fr our mistakes right?
18:15 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
07/28/2006
FRUST TAU............
Masih lagi pasal HP aku yang hilang. Frust memang frust giler. Kenapa aku masih mengharapkan HP aku dikembalikan? Sebab hilang kat office, dalam pantry lagi. Dah la tu, dah tengok kat CCTV memang tak nampak pun org luar yang masuk kat dlm pantry tu kecuali cleaner. Kadang sian gak ngan budak cleaner ni. Mana tak, kat office aku ni kalo brg hilang je mesti org tuduh cleaner tapi bila buat spot check kat dia org & tempat rehat dia org tak jumpa apa2 pun. Kadang staff pun ambik kesempatan juga sebab dia tau kalo dia ambik org tak tuduh staff, org tuduh cleaner. Yg kaya staff gak & yg malang cleaner gak.
Dalam hal ni susah nak cakap tapi lepas buat analysis rasanya macam staff. Kawan2 office pun ramai kata staff. Tak pe la, aku dah naik malas nak citer bila org tanya. Yg aku tau aku tetap dgn usaha aku baca yasin supaya lembut hati org yg curi HP aku tu nk pulangkan balik.
Gila aku....gila.....otak pun tak boleh berfungsi dengan baik ni tau.....bukan 1 HP lak tu, dua2 HP aku dicuri. Dah la dekat nak raya ni. Mmg boleh cari balik no dlm tu tapi camne pun sure ada yg tak leh dpt terutama prospect. Rakan2 artis aku la yg paling susah. Ye la, aku tak de contact no dia org camne aku nk contact dia org tu....uwaaaaa.....leceh la nk kena cari org tu org ni pulak. Yg ada e-mail boleh la e-mail, yg ada call card ke atau setengah tu aku letak kat dlm buku tp yg tak de camne?
Ya Allah! Tolong la aku. Dapatkan la balik HP aku tu. Dah lama Allah tak uji aku, agaknya kali ni dia nak uji aku. Kini, aku masih bersedih dgn kehilangan HP aku. Bersedih taik kucing......hehehe.....aku ni hilang kucing ke hilang apa ke ada problem ke mmg susah nak tengok aku sedih, ketawa sepanjang masa ada la.......hehehe....entah la, yg pasti aku sedih waktu tu jugak la.
Sapa-sapa nak contact aku boleh guna no lama but for time being guna 012 dulu. 013 nxt baru nk activate. Ada sapa2 yg sudi nk bagi present HP kat aku? Hahahaha.........banyak cantik muka ko farah.......
14:33 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
07/27/2006
I LOST MY HANDPHONE :-(
Yesterday, I lost my handphone. Both hp lak tu. Sob...Sob...Sob.....hp ni ibarat nyawa bagi aku. Hilang kat office lak tu. Dalam pantry lagi. So, sapa yg amik. Tak nak tuduh sesapa but can suspect la. Siap buat analysis lg cam private investigator lak.
Whatever it is, aku akan terus baca yasin supaya Allah lembutkan hati org yg curi tu pulangkan semula hp aku tu. Siap mintak tolong mak baca yasin sama. Father in law lak aku mintak tolong buat solat hajat. Insyaallah, kalau ada rezeki dpt la balik if not aku redha je la akan kehilangan hp tu namun begitu aku tak halal dunia akhirat bagi org yg mencurinya. Aku tak kisah cara mana pun org tu nak pulangkan as long as aku dpt balik. Aku dah niat nak puasa 2 hari kalo dpt balik hp tu. Penting woiiiii....semua biz contact aku kat situ. Prospect nyer no lagi. My calendar/appt lg. Info lagi. Aduhai! Rasa mcm nk gila.
Once aku lost hp ni the most important thing is contact inside the phone/sim card. Secondly, duit. Ye la, nak beli hp lagi bukannya tak duit. Bukan 1, 2 lak tu.
Aku mintak kawan2 pls give me your hp no ataupun call me ke coz both my no remain unchanged. Cuma baru hari ni dpt replace sim card for 012. 013 lambat sket arrr tp korang bagi je la dulu, aku simpan dulu then once dpt 013 tu nnti aku update dlm tu. Mujur ada member office bagi pinjam hp. If not teruk gak la aku. Alhamdulillah & thanks a lot Azam & Rashid sbb bagi pinjam hp. Budimu akan kukenang.
18:13 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
06/21/2006
AKU RINDU
Namun begitu aku tak pernah melupakan kalian semua. Kalian semua sentiasa dihatiku. Sahabat tidak bermakna kita becakap hari-hari, berjumpa selalu, berhubungan selalu tetapi apa yang tersemat di hati sebenarnya. Moga berkekalan ikatan persahabatan kita.
Sebenarnya bukan blog kalian je aku tak sempat nak singgah. Website lain yang kukira amat penting seperti Alaf, KLFM, gengjurnal, Fotopages, Myspace, Friendster juga tidak sempat untuk kulayari. Aku kena kerja keras sekarang untuk promote business/website aku.
Aku juga rindu dengan Yatie. Harap kita dapat jumpa bila Yatie balik dari Dubai untuk bercuti. Sekejap pun jadi la. Yatie ni terlalu baik buat aku.
Kalian semua tetap diingatan & percayalah kalian semua takkan kulupai. Aku berjanji akan menjengah & membaca blog kalian bila kelapangan waktu. Sekarang ni business masih belum smooth lagi. Aku kena kerja lebih keras sekarang. Aku kena beri lebih perhatian pada network aku sebab aku memang dah berjanji pada diri aku yang aku akan Bantu mereka jika mereka benar-benar serious. Insyaallah, bila segalanya dah berjalan lancar aku akan punya masa untuk baca blog kalian juga update blog aku.
Doakan aku berjaya dalam kerjayaku ini & dalam bidang perniagaan yang kuceburi.
Wassalam.
210606 @ 1230 pm
12:15 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this
06/16/2006
SABAR JE LA.......
Namun dalam pada tu ada juga la terkilan dengan network aku ni. Biasa la, bukan senang nak memuaskan hati semua orang. Kadang dia orang ni sekali kita tolong wah! Terus nak bergantung pada kita. Patut-patut la, aku pun nak kena jaga network aku yang lain gak. Mati la aku semua nak kena jaga.
Ada pulak yang kata aku ni downline dia. Ha….ha…ha….sampaikan status pun nak berebut padahal setiap yang ada downline tu mesti la akan jadi upline & kalau berusaha keras lagi akan dapat jadi leader, macam aku sekarang ni la. Tapi, tak pe, aku tak kisah sebenarnya, orang nak kata aku ni downline dia ke apa ke sebab yang penting tiap-tiap minggu aku dapat income dari Lifecode itself. Apa ada pada status.
Ada lagi…..aku punya amount bonus tiap-tiap minggu pun dia orang nak tau. Aik! Macam ni tak de privacy la aku. Income aku semua dia nak tau sedangkan dia downline aku. Aku yang upline pun tak sibuk nak ambik tau berapa downline aku dapat, cukup sekadar bertanya `dah dapat bonus belum’? Upline aku sendiri tak pernah tanya berapa aku dapat. Perangai aku ni pulak memang tak suka nak cerita berapa income aku, takut jadi riak pulak nanti. Hehehe….ada gak part yang kena jadi secretive.
Tu belum lagi aku beritahu downline aku yang nak control aku lagi. Aku siap kena marah dengan downline aku la sebab dia orang ingat aku ni diam sebab tak serious la, tak nak ambik tau la, tak nak tolong la. Laaaa….takkan la apa yang aku buat semua nak report kat dia. Gila kuasa apa ke budak ni? Apa-apa aje la.
Pelik…pelik….perangai manusia ni kan? Ada yang bila aku dapat prospect seboleh-boleh nak duduk bawah aku. Ni la antara cabaran yang aku kena hadapi. Kalau la aku dok fikirkan semua ni, mau pengsan aku dibuatnya. Tapi, aku ni dah memang dari dulu memang jenis manusia yang buat derk je apa orang nak buat, apa orang nak kata. Bagi aku rezeki aku datangnya dari Allah. Yang penting aku usaha + doa then orang nak cakap apa nak buat apa suka hati la. Aku pun bukan gila sangat nak kejar status & kekayaan. Cukup asal rezeki aku diberkati dan mendapat keredhaan dari-Nya.
Tu cerita dari downline. Belum lagi cerita dari orang yang buat similar business ni. Bukan senang nak berjaya oiiii. Pelbagai cabaran harus dilalui. Sebelum ni pun aku dah puas laluinya tapi sekarang ni dah semakin dewasa & semakin cerdik gitu…..hehehe so dah pandai la nak handle.
Aku akan tetap dengan focus aku, target aku nak dapat sampai Diamond dalam Lifecode ni. Dan aku akan tetap bantu mereka yang memerlukan guidance dari aku. Mana group yang dah besar tu kalau boleh korang monitor la sendiri ye sebab aku kena bantu group yang lemah. Aku ada cara & strategy aku sendiri untuk bantu mereka. However, don’ t worry be happy sesekali aku akan bantu korang & turun padang serta arrange whatever necessary.
Aku nak ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih pada semua network aku. Aku harap dia orang semua akan setia dengan Lifecode. Aku nak cari ramai lagi network dari seluruh negara. Sapa-sapa yang minat nak jadi network aku, please get in touch with me. I try to do my best to help you untuk berjaya dalam biz ni.
Nasihat aku pada semua, buat la kerja dengan jujur & ikhlas berserta niat kerana Allah Ta’ala. Insyaallah, rezeki yang kita dapat akan diberkati. Apapun yang korang nak anggap kat aku nak cakap apa aku nak buat apa kat aku, aku tak kisah. Aku sempoi…..Yang penting kita tetap bergerak in one group. Aku faham, memang bukan mudah nak menyenangkan hati semua orang. Dan, Ingat! Jika nak berjaya jangan peduli apa orang nak cakap pasal kita. As long as kita tau apa yang kita buat tu betul, go ahead. Jika rasa tertekan dengan kata-kata orang, ambil wuduk, solat & baca quran serta berdoa pada Allah minta diberi petunjuk.
Amin!
160606 @ 1245
17:35 Posted in Voice of My Heart | Permalink | Comments (0) | Email this

