03/09/2007
TERIMA KASIH MAK...........
Nak ucapkan terima kasih bebanyak pada mak aku sempena hari wanita semalam (hehe).
Dah hampir 2 minggu mak aku ada di KL ni & hampir 1 minggu kat rumah aku je. Sebelum tu dia dok kat umah adik aku di Segambut. Org dah pencen la katakan.....baru la senang dia nak jalan. Kalau tidak mak aku ni punya la susah nak dok lama-lama kat KL ni. Macam-macam yang dia fikirkan kat kg tu. Mujur tak de ayam itik kambing kerbau lembu. Ni pun dia dah nak balik malam Ahad ni. Katanya ada banyak jemputan kahwin cuti sekolah ni.
Sepanjang mak aku berada di umah aku memang la best. Mana tak, balik dah siap masak. Kain pun dah siap lipat. Bukan tu je. Bila kita org p keje dia dah tak de apa nak buat tinggal sorang2 (anak2 mcm biasa hantar nursery)....dia dok cuci karpet aku la, simen umah aku la, mop lantai la.....pendekata macam2 yg dia buat. Aku dah cakap tak payah buat sebab aku akan buat bila weekend nanti. Dia nak buat juga sebab katanya kalo duduk saja dia mengantuk.
Bila aku bawak dia pergi carrefour, dia ada la beli beberapa brg utk dia bawak balik Muar nanti......memula memang aku bayar (pakai kredit card).....tup tup balik umah dia bagi aku duit. Bila aku tolak dia dah sumbat dlm handbag aku. Pergi beli barang kat Nutri-Metics (aku dealer) pun mcm tu juga. Itu la mak aku. Kalau dia nak sesuatu memula tu mmg kita bayar.....at the end of the day dia akan bayar balik kat kita. Katanya aku lagi banyak nak pakai duit.
Aduhai! Itulah pengorbanan ibu aku. Pengorbanan yg tiada tandingannya. Setiap pengorbanan dia tak pernah nakkan balasan. Agaknya bagi dia cukup sekadar aku kenang jasa dia & tak lupa pada diri dia. Aku takkan lupa pengorbanan ibuku sampai aku bila2 pun. Harapnya anak2 aku pun begitu la juga nanti. Semoga ibuku sentiasa sihat walafiat.
13:31 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
01/18/2007
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1428 BUAT SEMUA WARGA MUSLIM TERUTAMA PEMBACA SETIA BLOG AKU. SEMOGA KITA DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, DIMURAHKAN REZEKI, HIDUP SENTIASA DIREDHAI SERTA DIPERTINGKATKAN KEIMANAN KITA, INSYAALLAH.
17:50 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
11/26/2006
BIRTHDAY WISHES TODAY
Firstly, would like to wish a HAPPY BIRTHDAY to my favourite her, ARJUN RAMPAL. May your dreams come true. May you successful in your carrier & May Allah bless you.
Who is ARJUN RAMPAL? This is ARJUN RAMPAL.
Actor from Hindi Film, which is my favourite hero & my boyfriend as well....hehehehe
Also, would like to wish a HAPPY BIRTHDAY to PAK LAH, our Prime Minister. No need to put PAK LAH pic here coz everybody know who is PAK LAH. Moga Pak Lah dipanjangkan umur & dapat memerintah negara dgn adil & saksama serta dapat membuat keputusan yg bernas.
09:56 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
10/20/2006
SALAM AIDIL FITRI
Dalam keghairahan menanti Syawal menjelma, kita seharusnya merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan. Moga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita semua. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi pada Ramadhan akan datang.
Sekali lagi aku mohon maaf dari tangan hingga ke hati. Bagi yg pulang beraya di kampung macam aku ni, hati2 ketika memandu. Berehat sebentar (kalo mengantuk) kat Petronas…..hehehe mcm iklan Petronas plak.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Semoga terhibur dgn lagu raya kat blog aku ni.
Jemput bertandang ke teratak buruk aku seminggu selepas raya. Tiada open house sbb pintu rumah aku sentiasa open utk sesiapa saja yg sudi dtg.
Dari aku & family,
Sazarol Kamal + Farah = Afiq Shazman, Izzat Farkhan & Saidatul Fiqah
12:00 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
10/10/2006
SELAMAT HARI LAHIR & SELAMAT BERSARA
Selamat Hari Lahir Yang ke-56 buat bonda tercinta, Fatimah bte Gimin. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta hidup sentiasa diberkati. Selamat bersara juga buat bondaku. Selamat berehat. Semoga dapat dipenuhi masa bersara ini dengan ibadah yang lebih baik lag.
Actually, mak aku dah last day kerja hari Khamis lepas, 5/10/06 walau sepatutnya dia last day hari ni tapi disebabkan dia ada cuti kerja ganti so dia dpt la awal sikit.
Lama dah mak aku kerja ngan govt ni. Berpuluh2 tahun. Dari awal lagi aku kata pencen, suruh ambik pencen awal dia tak mau. Nak jua sampai umur 56 tahun. Mak aku mula berkhidmat di Sek Men Pt Bunga & kat sekolah tu la dia paling lama. Kalau pelajar dulu2 ni sebut je Kak Timah mmg dia org kenal dgn mak aku even Ramlah Ram yg dah jd penyanyi popular tu pun masih ingat lagi pada dia. Itu la pelajar dulu tapi pelajar skrg ni sombong. Itu dari cerita mak aku la.
Beberapa tahun sebelum mak aku pencen baru la dia ditukarkan ke Sek Keb Tamil kat Muar gak.
Apapun, selamat bersara buat mak. Selamat hari lahir lagi sekali. Lepas ni senang la sikit mak nak jalan kan? Gambar? hehehe....mak aku bukan mcm anak dia yg sorang ni yg gila glamour......hahaha
13:35 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
09/24/2006
SELAMAT BERPUASA
Assalamualaikum
Selamat menjalani ibadah puasa buat semula umat islam di seluruh dunia terutama buat para pembaca blog aku. Semoga kita semua mendapat keberkatan disepanjang bulan ramadhan ini.
Jangan lupa order kuih raya ek! Hehehe.......paling penting kena selalu visit www.farah2u.com macam2 ada kat sana. Bukan Astro je `macam-macam ada'.....farah2u pun `macam-macam ada' :-)
Sekian, selamat berbuka puasa.
15:17 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
08/30/2006
SALAM KEMERDEKAAN
Selamat menyambut hari kemerdekaan kita, Malaysia yang ke-49 kepada semua rakyat Malaysia. Sambut la hari merdeka ini dengan penuh semangat & erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka bukan bererti korang merdeka dari melakukan perkara yang tak sepatutnya. Sambut la merdeka dgn penuh kesyukuran bukan hiburan yg xtrim.
Kalau setakat nak sambut merdeka dgn buat perkara tak senonoh bererti korang belum merdeka. Aku bengang ni sbb bendera kat kereta aku hilang. Sapa la kutu yang amik. Bendera pun nak curi ke? Kalo dah dasar suka mencuri t, benda murah pun dia akan curi. Pd org yg suka mencuri ni aku nak pesan - `korang dihidupkan kat dunia ni adalah utk membeli apa yg korang mampu bukan ambik apa yg korang mau'.
Okey la, aku nak sambut merdeka mlm ni kat depan TV jerk sbb laki aku nak masuk pertandingan memancing mlm ni. Aku kan, kalo boleh nak merdekakan diri aku dari ekonomi skrg, maksudnya nak merdekakan diri aku dari dibelenggu ngan hutang. Boleh ke? Hehehe
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (sambil angkat tangan laungan kemerdekaan) :-)
17:40 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
08/22/2006
CONGRATULATIONS
I would like to take this opportunity to congrate 2 of my network who has in position Loyalty Leader (LL) right now. Congratulations to you, Neng Azidah & Mahani. Because of your courage juga la I pun dapat pangkat Ruby skrg ni. Alhamdulillah. Teruskan usaha anda.
Actually, aku tak expect pun akan dpt title Ruby coz aku ni buat je tak nak fikir sgt pasal duit or position ni walaupun target aku nak dpt Diamond. The most important skrg ialah aku nak fokus pada apa yg aku buat ni kerana Allah. Kalau dah memang rezeki aku, akan dpt la RM & position tu. Kepada yang lain yang belum dapat jadi LL aku harap korang teruskan usaha & jgn cepat putus asa. Insyaallah, aku akan bantu mana yg terdaya but for time being aku tengah tolong husband aku utk jadikan dia LL.
Hmmmm....skrg ni aku ada lg 2 takuk utk melayakkan aku dpt Diamond, means aku kena ada lg 6 LL then baru aku entitle to get Diamond.
Aku seronok buat biz dgn Lifecode @ Sanitary Pad compared with my previous biz sbb aku rasa aku tak de pressure buat biz ni. Aku rasa flexible sesgt. Mungkin pengalaman la yg telah mendewasakan & mematangkan aku & pengalaman gak telah mengajar aku erti segalanya. Yg paling aku bangga, kejayaan di sini banyak dipelopori oleh org Melayu.
Anybody wanna join my network? Click here www.farah2u.com & get in touch with me for more details. Insyaallah, aku akan bantu & will share my experience with you.
To all my network, semoga anda semua berjaya. Jumpa anda semua di puncak kejayaan. Again, congrtulations Neng Azidah & Mahani.
12:49 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
07/25/2006
PERGINYA SEORANG BINTANG……
Dengan pemergian beliau, aku nak mengingatkan para artis semua terutama diri aku sendiri….eh! macam aku artis plak……hehehe…..nak mati sebenarnya tak kira muda atau tua usia kita. Bila-bila saja kita akan dijemput. Untuk itu kita hendaklah sentiasa mengingati-Nya. Jangan lupakan tanggungjawab kita pada-Nya juga buat la amal selagi sihat.
Aku memang terkejut sungguh dengan pemergian beliau. Namun, sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Hanya Allah yang mengetahui bila masanya untuk kita pergi menyahut seruan ilahi.
Aku akan terasa kehilangannya & pasti merinduinya sebab aku memang meminati lakonan beliau malah aku lebih suka beliau mengendalikan rancangan Roda Impian berbanding Halim Othman.
Semoga roh allahyarham Hani Mohsin ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh. Al-fatihah.
17:30 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this
07/22/2006
HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVING HUSBAND
Happy Birthday To My Loving Husband................
Hari ni genap la usia husband aku 43 tahun. Celebrate? Hmmm....husband aku ni memang dari bujang tak suka nak celebrate birthday. Apapun kita org dah celebrate kat PD last week. Gambar dah upload tapi tak sempat nak alter.
Tapi untuk hari ni aku dah sediakan kek. Kek tu dipotong & dimakan di Lifecode's office since aku organise special training for my group yg kat KL. Kebetulan ada sorang lagi pun birthday nyer sama ngan husband aku.
Gambar? Husband aku ni kureng sikit bab2 gambar. Aku je yg suka posing lebih2.
Untuk hadiah dia kali ni aku belikan perfume Dunhill.
Once again, happy birthday to my loving husband. Moga panjang umur, murah rezeki & hidup sentiasa diberkati.
18:15 Posted in Wishes | Permalink | Comments (0) | Email this

